Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, December 7, 2011

Sunat anak..



Bersunat atau bahasa baku disebut berkhatam suatu tradisi bagi anak-nak lelaki yang nak jadi benar-benar 'lelaki'. Aku dulu bersunat ketika masuk darjah 5. Hampir semua abang-abang aku bersunat dengan Tok Mudin di Kg Merbau Patah, sebab kami berasal daripada Kuala Terengganu. Aku dilahirkan di Kg Pulau Sekati.

Tapi aku, lain sedikit bersunat di hospital. Masa itu perubatan hospital Dungun dah mula ada rawatan khatam. Mungkin susah nak ke Kuala Terengganu, jadi paling baik sunat aje di Dungun.

Steambot


Pada akhir tahun 2010, sekolah aku ada buat jamuan akhir tahun di Rumbia Resort di Paka. Pilihan menu antaranya ialah 'steambot'. Tapi steambot yang disediakan cukup mengecewakan aku... cakap mudah.. "langsung dok sedap".

Dua hari kena seksa di' bini!!


Terlalu lama tak update blog ini. Cuti sekolah sepatutnya aku banyak masa tapi masa semuanya habis digunakan untuk kerja lain, walaupun masih mengadap komputer. Malam berjaga siang tidur sampai tengah hari. Walaupun orang tua kata 'kahak rezeki' tapi gaji aku masih jalan...gaji aku sekarang ni 'rapat dinding'.

Wednesday, November 23, 2011

Windows 8 - Takdok kerja cari kerja....


Paparan Mula Windows 8

26 Oktober 2011 aku ada sedikit masa free. Aku ambil keputusan nak install "Windows 8 Developer Preview" pada Notebook aku. Mulai-mula nak install pada notebook HP Tablet touchscreen, tapi kebetulan apdater telah dirosakkkan oleh anak aku (ni kes main FES2011).

Aku download daripada laman Microsoft untuk versi beta (tested) 2.8 GB dengan lesen sehingga 2013. Dulu masa Windows 7 pun aku pernah guna lesen RTM ini secara percuma selama setahun. Tak ada apa-apa kelebihan hanya kita sempat 'pening pala' dulu daripada orang sebelum Microsoft jual buat duit!!!

Thursday, November 17, 2011

Manis ke keputusan UPSR?

Keputusan  UPSR anak aku
Hari ini agak sibuk, Tak masuk dalam kepala result UPSR akan keluar hari ini. Anak sulong aku periksa UPKK tahun lalu dapat 8A tapi percubaan dapat 4A 1B. Jadi aku pun macam tak berapa harap untuk dapat 5A.

Emaknya, hari ini telah mengurus untuk mandapat keputusan UPSR. Tadi dapat telefon bahawa Muizzuddin hanya dapat 4A 1B sahaja. Nampak macam frust aje isteri aku. Aku macam biasa, tak pusing sangat. Lagipun aku dah tulis mengenai perkara ini dalam tulisan lalu bahawa keputusan peperiksaan UPSR tak valid kerana banyak sangat soalan bocor. [ baca di sini ]


Tuesday, November 15, 2011

Tandas sekolah aku patut dipertandingkan juga..


Ramai yang ucap tahniah kepada aku di FB pasal sekolah aku memang 17 kategori daripada kategori yang dipertandingkan untuk sekolah-sekolah daerah Dungun. Tahun lepas dapat 9 sahaja.. (sahaja ??? oii)

Makmal ICT kalah, dan sebenarnya kalah sebelum bertanding lagi.. Tak banyak projek tahun ini sekadar buat "Taman Wifi" aje... itu pun idea cikgu Jasli.

Aku suka bertanding jika pertandingan itu boleh menambahkan pengetahuan dan persedian kita. Tapi kalau lebih drp itu aku macam tak selesa sahaja. Sepanjang aku ingat 3 pertandingan sahaja yang memenatkan yang aku tempoh selama jadi cikgu. Pertadingan 3K peringkat kebangsaan di SO (Sultan Omar) dulu. Dapat tempat keempat. 

Monday, November 14, 2011

Dropbox free service untuk penyimpanan dan pengkongsian data



Saya banyak dapat email invate atau apa-apa hal mengenai open source daripada Rizal Hanafi. Sebahagiannya saya delete terus aje.. baca pun tak. Entah hari itu saya nampak Dropbox, macam menarik juga. Aku pun cuba-cuba untuk install dan jarang aku install selagi aku faham tapi dropbox ni entah aku boleh install. Mungkin nak mencuba....

Bulan puasa lalu saya ada jumpa dengan team IT geng aku dengan beberapa orang kawan daripada Selangor di Rumbia Resort. Kami berbuka puasa dan bersahur di sana. Aku perkenalkan Dropbox dengan memberitahu bahawa banyak maklumat boleh dikongsikan bersama dan tak memerlukan lagi Yohoo e-Groups misalnya. Aku demo guna TV Sony LED 32" yang baru dibeli untuk buat test bagi metting kumpulan kecil tanpa perlukan projektor LCD. TV menggunakan kabel HDMI boleh support audio dan video sekali. Memang best. Kalau dapat TV 52" lagi best!!! tapi duit kantoi!

Tuesday, November 1, 2011

Aku cukup malu hari ini...

Cikgu Che Wan mengetuai hakim pertandingan
Hari ini aku telah dijemput untuk menjadi hakim pertandingan blog, facebook, video koperat dan multimedia  Kaunseling dan Bimbingan daerah Dungun. Mula-mula lihat surat, macam malas nak join dengan 'geng kaunselor'!

Tapi bila lihat nama Che Wan dan Musa aku gagahi untuk hadir walaupun terpaksa merempuh hujan.

Jadi hakim ini sebenar, aku dah mula tak berminat setelah beberapa kali keputusan hakim telah 'dibakul sampahkan'. Aku malas nak tulis panjang pasal perkara ini. Ustaz Mahadi cukup memahami...


Saturday, October 22, 2011

Buku nota kimia aku..


Dulu orang tak panggil buku nota, orang panggil buku salinan kimia. Masa dulu aku hanya guna buku 80 muka surat sahaja untuk setahun. Zaman sekarang dahlah buku tebal besar pula.. entah apa yang disalin. Nota sekadar isi penting aje.

Thursday, October 20, 2011

Kapit: Tukang jahit aku..


Semasa aku saja-saja search gambar Kapit, Sarawak sekadar cari nostagia, aku bertemu dengan gambar Cina tukang jahit ini. Wah seronok juga pasal dia ini adalah tukang jahit aku di Kapit.


Monday, October 17, 2011

Penapis Air


Aku menulis pasal air sebelum ini dan sebenarnya artikel itu ada banyak siri. Ada niat nak sambung tapi oleh kerana terlibat dengan kumpulan KIK (Inovatif dan Kreatif - satu kumpulan telibat dalam pertandingan buat program KIK) aku dah tak cukup masa dan menjadi aku begitu inovatif dan kreatif dalam 'menceduk' dan 'mengubah suai' kerja-kerja orang lain.. he he (yang tahu aje boleh gelak!)


Sunday, October 16, 2011

Pop Corn Masin Manis!

Satu aktiviti yang entah macam jadi terbuat (bukan minat sangat -- seperti komputer juga) iaitu memasak. Aku bukan lah suka sangat tapi.. jadi macam suka-suka mencuba separti komputer juga suka-suka mencuba.... Boleh baca entri aku yang lepas dalam blog Lot7640 yang aku paste di sini!


Pelbagai jenis pop corn

Masa mengisi minyak di Caltex, anak perempuan aku yang suka minta"be'li" minta aku beli 'gulailir' (gula kapas). Aku 'wak dok je'. Dua hari lepas tu masa mengisi minyak 'gulailir' sudah tidak ada. Dia minta beli'pop corn'. Aku 'wak dok' dengar je!! Dia marah ke aku! Perempuan dia akan merajuk!

Pelihara ikan air tawar (payau)

Kalau orang tanya aku adakah hobi lain boleh mengatasi daripada mengadap komputer.. aku jawab masih belum lagi walaupun ada cubaan untuk mengubah hobi.. Entri aku dalam blog album boleh di baca..



Aku dah mula tukar hobi. Pelihara ikan pula. Aku mula dengan 2 ikor ikan jelawat. Satu hilang ('nompak' agaknya) dan sekor lagi 'mapus keras' pasal silap tukar air (Baca di sini). Selepas itu aku bertukar kepada 2 ekor anak keli biasa, 4 ekor ikan puyu, 3 ekor ikan sepat kuning (gold gourami) dan 3 ekor sepat padi (pearl gouromi).

Sosej LOVE dengan telur mata kerbau

Lama tak melawat blog nota aku ni.. Aku masukkan entri aku drp blog album aku di sini untuk di kongsikan bersama...



Hari ini balik sekolah aku tak buka komputer, aku sekadar ke kolam ikan dan beli 9 ekor anak Dwarf Gourami (jenis ikan sepat) dan ikan "tiger". Anak kecil aku merungut nak makan sosej sebab dia lihat semalam aku beli sosej.

Tuesday, September 20, 2011

Pendrive & Harddisk Cina banyak yang palsu...

Hari ini aku keseorangan di bilik 104 setelah 'geng kik Dungun' dah balik. Tak tahu tak buat apa, kurang sihat pula tu akibat aircond 22 darjah celcius sehingga subuh tadi.. Apatah lagi semalam ada sedikit hujan menyebabkan aku dengan Zam dah hampir jadi 'dingin beku'. Zam pagi tadi masih cergas pasal pembungkusannya dengan selimut sempurna (macam mayat... pasal kepala pun terbungkus sama).. aku pula terlentang tanpa selimut..

Oleh kerana tak tahu nak buat apa, aku buka "Dropbox" untuk melihat tugas-tugas KIK Negeri Terengganu, tapi mood kerja sudah mencapai tahap minumum.. aku sekadar lihat aje..

Thursday, September 15, 2011

Soalan UPSR bocor?

Masej soalan sains UPSR bocor.. betul atau tidak wallahualam!
Semalam aku dapat masej berkenaan soalan UPSR bocor. Aku tak reply pun. Malah aku tak ambil peduli berkenaan soalan bocor ini walaupun anak sulong aku sedang mengambil peperiksaan UPSR tahun ini.

Bagi aku semua ini adalah tak betul dari segi undang-undang, malah paling penting agama kita sendri tidak membenarkannya. Kita tak boleh didik anak kita dengan suatu didikkan yang salah. Anak ibarat rebung yang perlukan suatu asuhan yang "murni". Jangan kita rosakkan permulaannya dengan suatu yang tak baik atau pun haram... makan minumnya, sumber pendapat dan malah segala-galanya hendaklah diasaskan dengan perkara yang baik dan dijauhkan daripada yang haram.

Wednesday, September 14, 2011

Mayat tak reput di Kg Pasir Raja

Gambar hiasan sahaja
Mengikut cerita, seorang wanita yang tinggal di Kampung Pasir Raja, Dungun dengan anak perempuannya berusia 5 tahun setelah 2 tahun kematian suami telah membawa anaknya ke hospital Dungun kerana anaknya mulai sakit dan demam yang berpanjangan.

Atas nasihat seorang doktor anak itu telah dirujuk ke Hospital Kuala Terengganu dan tak sampai satu hari pihak hospital Kuala Terengganu telah mencadangkan anak ini di hantar ke Hospital Pakar Kuantan kerana penyakitnya agak sukar dikesan dan agak ganjil.

Sunday, September 11, 2011

Kentut & Pasangan Suami Isteri

Aku sekeluarga beraya di rumah terbuka Cikgu Zam
Hari ini aku nak menulis mengarut sedikit, pasal semalam 10/9/2011 adalah hari ulang tahun perkahwinan aku yang ke-13 dan kami sekarang dah ada 5 orang anak. Al Hamdulillah semuanya adalah kurniaan Allah s.w.t. Pasal Kentut.. mesti yang membaca mengatakan aku dah mula tak berapa 'sihat'?

Sebelum aku mengulas panjang pasal kentut, nak tanya sepanjang yang berkahwin pernahkan engkau kentut di hadapan pasangan engkau.... atau cuba tahan sedaya upaya? Atau sekadar kentut di hadapan anak-anak sahaja?


Thursday, September 8, 2011

Kotak sahaja cantik tapi isi tak ada...


Hari ini sekolah aku membuat majlis menyembut Hari Raya Aidil Fitri 2011. Semua guru dan pelajar pakai baju raya. Aku pun hari ini rasa macam nak berkahwin aje.. dengan samping dan songkok.

Biasa pagi-pagi kami ke kantin. Kantin macam biasa tiada perubahan, kurang persediaan dan bila ditanya macam-macam alasan. Hanya mee hoon menjadi alas perut. Nasib baik ada juga mee kalau tak makan 'sekut' (biskut) ajelah pagi ini.

Sunday, September 4, 2011

Permata Hijrah testimoni untuk kucing

Set Pemulihan
Ini cerita lama, tapi aku nak tulis juga sekadar kongsi pengalaman. Tahun 2009 aku 'terbeli' juga produk ini walaupun aku tak guna pun. RM300 ++ harganya dikira mahal dan membazir jika tak dimanaffatkan

Aku memang ada rabun ayam dalam fizik dia kata atimetisma yang terpaksa menggunakan kanta selinder untuk menyekat sebahagian daripada cahaya.... Akhir ini aku dah mula ada rabun dekat, setelah terlalu banyak dihadapan komputer.

Saturday, September 3, 2011

Air tempayan sahaja membesarkan aku

Tempayan mulut besar tak sesuai buat jeruk pianang, susah nak tutup
Dulu masa aku kecil, rumah aku ada beberapa tempayan. Satu tempayan untuk isi air bersih yang diambil daripada telaga. Kalau emak aku suruh ambil air daripada telaga, emak aku selalu berpesan jangan tercelup tangan dalam air ini. Air tempayan ini digunakan untuk basuh pinggan mangkuk, masak nasi dan dijeram untuk buat air minuman.

Masa tengah malam kalau tak ada 'air mati' (air masak), aku togok (minum) air tempayan ini sahaja dengan dayung. Rasanya juga ada dipengaruhi oleh dayung, samada tempurung, plastik atau tin (besi). Wah susah dah nak dapatkan nikmat air payau-payau dengan rasa plastik atau besi!

Thursday, September 1, 2011

Adobe InDesign CS5

Semasa menyiapkan kad Raya untuk pengurusan sekolah, aku menggunakan gabungan Photoshop & CorelDraw dan aku masih mengganggap CorelDraw adalah terbaeek!! Bila di kedai priting mereka lebih banyak menggunakan Adobe, apatah lagi beberapa orang pelajar pratikal dari U di kedai priting tersebut juga menggunakan Adobe terutamanya Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Semasa bersembang mereka, kata mereka InDesign agak bagus. Aku tak banyak komen. Aku lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Tapi daripada komen perbandingan mereka antara CorelDraw dengan Photoshop sudah cukup membuat aku tahu tahap pengetahuan budak-budak U ini.

Solat Aidil Fitri boleh ke buat sendiri?

Datang lewat, tangga masjid jawabnya..
Tahun ini aku beraya di Merchang rumah keluarga isteri. Nampaknya tahun akan mendatang aku mungkin beraya di sana, pasal ayah dan ibu aku sudah tak ada. Bukan isteri aku beriya-iya nak beraya di sana, tapi anak-anak aku begitu teruja untuk ke sana. Rasanya pasal di sana ramai keluarga balik dan berkumpul di situ dan bagi budak-budak walaupun kita kata tak berakal tapi dia orang dah nampak "lubuk duit raya".


Wednesday, August 31, 2011

Zakat Fitrah & Amil Zakat

Pembantu Amil, Sdr Md Zaid orang panggil Mat Zaid Dr
pasal dia boleh sunat.. bagus sunat dengan dia ni..
Biasanya tiap-tiap tahun aku bayar zakat fitrah, lewat sampai pagi raya. Sunatkan sebelum solat raya. Tapi aku jenis 'last minute'. Tahun lepas bayar pukul 3.00 pagi di kedai roti canai di Jalan Baru. Chok (Mohd Yusof) amil kawasan Bukit Catak dan kebetulan Ustaz Sufian (amil juga) kebetulan ada.


Saturday, August 13, 2011

Menghalang laluan

Contoh kenderaan yang menghalang laluan di Putik
sebelum ini yang menyusahkan orang ramai.
Kita selalu mendengar ungkapan hadis yang disebut Jihad adalah setinggi-tinngi amal dan membuang halangan jalanan adalah selemah-lemah amalan yang boleh membantu iman pada diri seseorang. Jihad pula menurut Said Hawa dalam bukunya "Jundullah", di bahagikan kepada 4 iaitu Jihad paling utama ialaj Jihad Fisibillah dan termasuk juga jihad dalam pendidikan, khusus golongan guru ramai yang terbabit jika dia benar-benar ikhlas.

Saya suka satu percakapan pengetua saya kepada kontrator yang membaiki dewan sekolah. Dia sebut anggaplah membaiki dewan ini sebagai suatu amalan untuk membantu atau sumbangan mereka kepada sekolah atas asas untuk memberikan kemudahan kepada warga pengguna termasuk anak-anak kerabat mereka yang akan bersekolah situ nanti.

Thursday, August 11, 2011

Menginsafi Diri Di Surau Intan Sakinah


Aku kalau setiap pagi khamis jika ke surau sekolah (Surau Intan Sakinah), cikgu-cikgu lain mesti akan gelak sakan mengumpat aku. Mereka kata kalau cikgu Amra datang itu tanda kiamat kecil, kalau cikgu Zul datang makna tanda kiamat besar.

Hidup bermasyarakat dan sekop komuniti sekolah, acah, perli dan bergarau adalah perkara biasa. Kita tak patut mengambil endah sangat perkara seperti ini.

Thursday, August 4, 2011

Nasi Sayur @ Nasi Cair

Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak.

Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?

Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.

Batal wuduk bila tersentuh isteri

Hari ini aku berkupiah. Nampak warak sikit!!
Hari ini khamis, biasanya di sekolah aku ada bacaan Yaasin dan solat hajat. Jadi nak ke sekolah aku ambil wuduk dahulu. Bukan apa malas nak buka kasut dan pakai stokin semula nanti. Bayangkan kalau kaki basah atau lembab susahlah sikit nak pakai stokin. Ini kira bukan susah sangat tapi 'malas'.

Bila ada wuduk, aku kena berhati-hati dengan isteri, pasal takut tersentuh. Dalam kereta masa hantar anak-anak ke sekolah belum turun kereta dia orang bersalam hulur tangan dari tempat duduk belakang. Aku pun berhati sebab tak nak tersentuh tangan isteri untuk berebut dan bersalam dengan empat orang anak.

Saturday, July 30, 2011

Bila anak murid nakal belanja cikgu....


Khamis, 28/7/2011 aku lewat balik daripada sekolah, pukul 3.30 petang, sedang anak aku balik daripada sekolah pukul 3.00 petang. Belum solat, makan tengah hari belum lagi dibeli dan paling mudah beli sahaja di kedai paling dekat atau di sepanjang jalan ke sekolah anak aku.

Masa memilih lauk, aku di sapa daripada belakang di meja kedai makan tersebut. "Cikgu Zul,  Assalamualaikum!". Aku toleh ke belakang. "Aku dulu kena tampar di cikgu" kata suara tersebut pada rakan-rakannya. Aku sekadar tersenyum.

"Cikgu tamparlah saya jadi orang" katanya lagi sambil mementik telefon yang agak mahal juga harganya.

Friday, July 22, 2011

Anak yang mengkhianati ayah

Aku di SMKSO sekitar 1997

Anak anugerah Allah untuk pasangan ibu bapa. Penyeri keluarga. Ada orang kata kekekayaan dan kemewahaan itu adalah rezeki anak. Tapi rezeki itu bukanlah satu-satu penyebab datang daripada anak. Anak soleh adalah penyambung kepada amalan setelah kita tidak ada di dunia ini lagi.

Dalam masa yang sama kita jangan lupa anak juga adalah dugaan Allah ke atas diri kita. Tanggungjawab kita terhadap anak sehingga dia dewasa.

Dulu aku adalah seorang Ketua Guru Disiplin di SMK Sultan Omar. Tujuh tahun sebagai Ketua Guru Disiplin bermula daripada 1997 telah mengajar aku mengenal erti bagaimana sukarnya kalau ada anak-anak yang nakal perlukan bimbingan yang keras... ya masalah mengurus dan mentadbir tabiat dan perilaku anak-anak, apatah lagi anak-anak itu bukan anak kita sendiri, ketika itu aku masih belum kahwin dan di awal perkahwinan.

Friday, July 15, 2011

Makmal ICT jadi tempat proses bunga hidup?


Untuk dapat tempahan bunga hidup 1500 kuntum bukan perkara yang mudah. Tapi nampaknya tuan pengetua sekolah aku cuba memecahkan rekod ini. Selepas bersara aku rasa boleh 'buat bisnis ini'. Paling selesa bekerja untuk proses bunga hidup mestilah tempat yang dingin. Makmal ICT aku rasanya paling dingin. Aku ni mana boleh lihat alatan rosak..

Thursday, July 14, 2011

Corel PDF Fusion 1.0 menggalahkan Solid Converter PDF v7?


Saya selalu ditanya oleh rakan-rakan setugas tentang software untuk menukar format PDF kepada word (Microsoft Word). Setakat hari ini Solid Converter PDF v7 adalah yang terbaik dalam penukaran ini. Saya telah guna Solid Converter bermula daripada versi 3 lagi.

Rupanya saya tak bersendirian dalam hal ini, pakar komputer cikgu Anuar juga sependapat dengan saya. (Banyak perkara tentang sofware kami tak sependapat).

Sunday, July 10, 2011

Transformers 3 Dark Of The Moon ciplak skrin (scene) cerita The Island (2005)?

Filem telah menjadi satu daripada 'corak hidup' atau hobi. Ini tak dinafikan. Aku pun tak perasan agak terjerumus dengan 'pemfileman' ini. Walaupun aku boleh kata tak sampai 5 kali aku menonton wayang seingat aku.

Masa kecik, aku duduk atas riba abang sulong aku. Masa tu ada kuaci cap helang menonton cerita Melayu, entah apa namanya aku tak pasti. Yang aku ingat ada babak tepuk telur keluar ayam dan seorang itu tak menjadi. Aku rasa umur aku antara 3 tahun. (Nanti rajin aku cari cite tu..)

Sekolah rendah (darjah berapa aku tak ingat) menonton di panggung Fajar, walaupun tiket 40 sen tapi kita orang masuk 'tebor'. Tiket dipassing ikut tandas. Satu tiket boleh pakai 2-3 orang. Cite Kung Fu tak ingat, mungkin Shorgun Ninja.

Saturday, June 25, 2011

Evolusi tanda tangan

Tanda tangan, orang putih sebut signature yang berasal daripada perkataan Latin, signare yang bermakna "kepada tanda".

Macam-macam jenis tanda tangan. Ada juga rekod tanda tangan paling lebar di dunia yang telah di sahkan dalam dokumen rasmi. Rasanya men'jelir' nak buat u-turn kelebarannya.


Thursday, June 23, 2011

Sifu photography cLub ! *SMKtiz*

Semenjak Cikgu Zainal (orang panggil di Uncle, tapi aku panggil dia Mie. Kami asal satu kampung kebetulan rumahnya dengan rumah aku tak jauh) datang ke IZ aktiviti fotografik agak meriah di sekolah aku.


Mie tak 'lokek' untuk mengajar malah dia juga mudah bagi kamera SLRnya kepada pelajar untuk mengambil gambar. Ada cikgu tanya tak bimbang jatuh ke? Dia jawab selamba, saya masukkan tali pemenggang dileher pelajar, selagi dia tak ditanggalkan kamera itu takkan jatuh!

Friday, May 27, 2011

Adobe Illustrator CS5 atau CorelDRAW X5?

Soalan ini selalu bermain dalam fikiran pengguna komputer dan ramai yang tak boleh menentukan mana yang lebih baik kerana mereka telah di'lahir'kan dalam suasana yang tak boleh membuat judgment. Maksud saya kalau orang Melayu tanya mana lebih baik jadi Cina atau Melayu? atau mana lebih baik jadi Melayu atau Arab?

Bagi orang Malayu akan kata Melayulah lebih baik. Begitu juga pengguna software komputer, jika dia pengguna Adobe tentu sudah Adobe akan dikatakan lebih baik.


Sunday, May 22, 2011

CorelDraw X5 atau Corel DESIGNER X5?

Soalan ini aku terbaca di internet dan aku terasa nak juga tahu "menantang apa" lebihnya Corel DESIGNER ini?  Sebelum ini minda aku tertutup Corel DESIGNER hanya untuk grafik teknikal termasuk buat pelan dan kejuruteraan sahaja (untuk CAD).

Aku mula download, Corel DESIGNER Technical Suite X5 daripada laman asalnya hanya sekitar 807MB sahaja.

Bila nak install, kena buang CorelDraw yang tersedia ada. Rupa-rupa pakej ini telah ada dengan CorelDraw sekali.


Saturday, May 21, 2011

Windows 8

Catatan: Artikel ini aku dah tulis dalam laman sekolah pasal blogspot.com mengalami gangguan. Ok

Hari ini nak buka blog tak boleh kerana www.blogspot.com mengalami gangguan. Jarang berlaku pada syarikat besar ini mengalami gangguan yang agak lama. Untuk itu saya mengambil kesempatan menulis di laman www.Aizek.Net yang kini kurang dikemaskini dengan berita-berita sekolah.

Aktiviti sekolah memang banyak, tapi pemberitaan masih lagi tak begitu kemas. Rasanya ini adalah cabaran kepada cikgu-cikgu bahasa dan khususnya kepada Panitia Bahasa. Takkan orang sains pula yang menulis?

Sayur lemak jambu golok

Minggu lepas emak saudara aku bagi buah "jambu golok" kepada isteri aku. Kata dia aku suka makan sayur jambu golok. Isteri aku bawa balik dan menyebut kepada aku. Aku sekadar terdiam. No komen..

Jambu golok kata orang Terengganu, Gajus bahasa standard. Orang Kelantan kata buah ketereh. Janggus ada juga disebut.

Daunnya boleh dibuat ulam. Ada juga yang guna daun untuk menghilangkan hamis pada daging kambing. Aku pernah tulis pasal masak ikan haruan dulu. Daun ini digunakan baik untuk membasuh dan membuang lendir pada ikan haruan.

Monday, May 9, 2011

Sony Vegas Pro 10

Semalam aku baru terperasan bahawa Sony Vegas Pro telah mengeluarkan versi baru. Bukan sahaja baru malah dah versi 10d iaitu yang keempat daripada versi 10nya.

Memang kebelakangan ini, aku kurang buat projek video. Tahun ini hanya satu sahaja video klip iaitu majlis penutupan program Adab. Itupun banyak dikendalikan oleh Cikgu Zam.

Macam biasa versi terbaru dikalangan pembuat software video utilities sekarang menumpukan kebolehan membuat video dalam versi 3D.

Thursday, April 28, 2011

Corel VideoStudio X4

Syarikat Corel.com telah membeli syarikat Ulead beberapa tahun yang lalu. Antara program Uled yang agak aku suka ialah Ulead Media Studio 7 dan Ulead Video Studio 11. Aku tak faham kenapa ada dua program video daripada syarikat ini, sama juga aku tak faham dengan syarikat Sony yang juga mengeluarkan Sony Vegas Pro dan Sony Media Studio Pro yang semuanya hampir sama.

Ulead Media Studio 7 lebih canggih dibandingkan dengan Ulead Video Studio 11 dan setanding pada masa itu dengan Adobe Premiere 1.5, Pinnacle Studio 8, Vegas Pro 5 dan beberapa program studio lain. Tapi aku hairan kenapa Corel lebih menumpulkan kepada Video Studio tak diupgrade Media Studio.

Bank Soalan SPM

Yang ini aku dah tulis dalam www.aizek.net, sekadar salin di sini sahaja.

Dua hari lepas, saya mendapat e-mel menjadi agen untuk koleksi soalan-soalan SPM. Ada imbuhan untuk buat kerja ini. Tapi saya bukan berminat dengan hal-hal begini, sebab saya masih lagi berpendapat Pendidikan dan Kesihatan adalah menjadi tanggungjawab kepada penguasa bagi suatu kelompok masyarakat untuk menyediakan dalam bentuk kebajikan yakni secara percuma.

Tidak salah untuk berniaga tapi saya memang lebih fokus kepada kebajikan bersama. Ilmu pengetahuan komputer saya misalnya kalau dipelajari secara berbayar sudah tentu saya tidak mampu berbuat demikian dan sampai hari ini saya mungkin bodoh tentang komputer.

UPS mampos! Internet terganggu, IP jadi limit

Tak nak tulis keluhan ini, rasa macam bersalah dengan cikgu-cikgu dan pelajar yang mengadu tiada internet. Nak tulis nanti ada yang kata kasar pula cikgu Zul buat aduan di blog.

Kita sebagai guru yang dipertanggungjawab telah banyak bertolak ansur dengan syarikat-syarikat pembekal yang banyak "manis daripada masamnya" semasa nak minta tanda tangan (sain), apatah lagi ada pegawai yang mengiring juga manis juga dari segi bahasa percakapannya yang mengsyorkan agar cikgu kenalah "sain".

Saya dah artikel berkenaan perkara ini dengan bahasa yang lembut sperti selalu kita belajar dalam peribahasa iaitu "seperti menarik rambut dalam tepung..." tapi hari ni saya akan menulis pula seperti pertandingan "meniup tepung mencari 'coklat'".

Wednesday, April 20, 2011

Pakai Songkok

Masa di kantin aku telah ditegur oleh Tuan Pengetua, "mana songkok cikgu Zul?". Aku jawab sepontan tak ada riben cikgu (maksud aku lilitan putih pada songkok). Tuan Pengetua diam sahaja, aku tak pasti beliau terima atau tidak jawapan aku.

Aku sebenarnya dah lama beli songkok untuk acara-acara bersongkok terutama di sekolah. Songkok itu aku tinggalkan  di sekolah pasal di rumah aku tak pernah guna melainkan masa kahwin dulu sahaja. Kalau aku bawa balik songkok, pasti isteri aku tidur tak lena, mandi tak basah apa tah lagi jika berbaju melayu yang segak.

Selepas aje balik daripada kantin, aku terus ambil kertas A4 putih potong 3 jalur dan buat lilitan dan sempat guna songkok berbelang ini dalam taklimat sekolah 2.30 petang pada hari yang sama. Nampak pengetua tersenyum aje...


Monday, April 18, 2011

Nasi lemak dijual seminggu sekali di kantin sekolah, rasionalnya?

Semalam heboh tentang arahan keluar daripada Menteri Kesihatan untuk larangan serta merta untuk penjualan nasi lemak. Aku ambil petikan kenyataan tersebut daripada akhbar untuk tatapan semua.

Kerajaan menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah di seluruh negara bagi membendung risiko semakin ramai pelajar mengalami masalah obesiti.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu semalam menegaskan, pengusaha kantin juga hanya dibenarkan menjual nasi lemak sehari dalam seminggu.


Saturday, April 9, 2011

Budak pandai tak perlu belajar sejarah

Hari ini aku boring sedikit, campur pula kekenyangan selepas balik dari Mayang Sari, Majlis Meraikan Guru-guru dan pelajar yang berjaya didalam acara sukan antara sekolah-sekolah Daa (sekolah swasta Terengganu). Cuba mengemaskini bloglist dan terbaca beberapa artikel daripada blog guru terutama daripada Cikgu Zali bekas bos peperiksaan IZ dulu.

Aku tertarik tulisan daripada blog ZizieAli.. yang tersirat dengan tajuk "Budak Pandai". Walaupun tulisan ini sudah dua bulan dan nampaknya zizie sibuk kerana blognya pun banyak 'tumbuh sarang laba-laba'.

Friday, April 8, 2011

Microwaves

Zaman aku bujang dulu, banyak perkakas dapur aku beli, termasuklah microwaves. Masa aku beli dulu emak aku berlebel "nak wat menda got Zul weh!". Dulu microwaves agak mahal. Beli microwaves dibekalkan video tape VHS. Tonton dulu cara menggunakannya. 1 jam lebih aku habis masa belajar memasak dengan video tapes. Kalau tak ada tapedecoder, mampuslah tak boleh guna microwaves dengan betullah.

Oleh kerana emak aku tak suka, aku dan abang aku Hamzah yang dah meninggal adalah pengguna setia 'menatang tu'. Buat teh o pun guna microwaves, mudah aje masukkan air, gula dan teh ucang pada cawan yang tahan microwaves, pilih 1 minit. Teh O siap untuk diminum. Kalau members datang ke rumah, teh sejuk dalam teko aku panaskan. Dia terkejut cepat engkau buat air. Anak tukang masak!!! jawab aku mematikan hujah.


Tuesday, March 29, 2011

Nabi Adam sekarang nabi Adam ke-30?

Surau sementara Jalan Kenanga Sura Jeti 1 asalnya rumah emak arwah cikgu Juhaili yang dibeli oleh cikgu Juhaili daripada emaknya sebelum dia minggal dunia. isteri cikgu Juhaili wakafkan sementara untuk dijadikan surau.

Surau ini betul-betul di hadapan rumah aku. Kebetulan dulu aku ada pertikaikan arah kiblat dan aku berhujah dengan kompas kiblat dan cetakkan peta daripada google map untuk membandingkan arah kiblat ini dengan Surau Jalan Kenanga,

Masjid Sura dan Surau Batu 48 dekat kedai Telur Power. Akhirnya mereka mengubah kiblat, sengitlah sedikit kerana asalnya rumah.

Monday, March 28, 2011

Kegunaan lain pada scroll di mouse (tertikus)

Blog ini dah makin nak sesawang, aku pun sekarang agak sibuk. Hari ini teringin nak kongsikan tips simple dengan anak murid aku. Ya paling simple iaitu penggunaan mouse yang scroll. Tergelak bila sebut mouse ada scroll.. pasal budak sekarang mana lihat mouse lama yang tak ada scroll. Aku ada gambar mouse yang dulu di jual dengan harga RM150 yang aku beli masa offfer dengan harga RM88. Aku malas nak cari.. masih ada 'natang tu' aku simpan buat kenangan pasal dia masih ok lagi. (Kalau terjumpa nanti aku ambil gambar)

Ramai pengguna komputer akan menggunakan skrol pada laman bila membuat klik pada skrol yang ada di laman dengan mengheret mouse. Ada juga yang menggunakan mouse dengan membuat klikan pada scroll mouse sehingga simbol scroll keluar dan mengheret ke atas dan bawah laman.

Thursday, March 10, 2011

Pendrive Kingston 256GB dari China

Semalam sepatutnya aku dah siap print slip Ujian TOV 2010 untuk tingkatan 3 dan 5. Tapi hanya siap ting 5 cikgu Zam tunjukkan aku pendrive 256GB. Mula-mula aku cakap tak boleh percaya kepada buatan China. Mungkin pendrive 8 atau 16GB sahaja dijadikan 256GB.

Buat format 'low lavel', pasti boleh tahu betul atau tak.

Aku terfikir mana ada 256GB, rasa-rasa mungkin 64GB sahaja yang paling besar. Bila aku semak di laman kingston.com terjumpa hanya 128GB sahaja. "Aku dah agak dah mesti tipunya"

Friday, February 25, 2011

Kod QR

Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Sejenis 'penyimbolan' dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat di negara Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar biasa kerana kod ini mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam handphone.

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kod ini, kebetulan semasa kita orang menjadi hakim "manipulasi" (pak kaduk) oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu dalam pertandingan laman-laman Perlacongan Negeri Terengganu suatu masa dulu RizalHanafi ada membuka idea pasal perkara ini. (Nanti kalau ada masa aku akan tulis pasal hakim Pak Kaduk.. tapi nak tahu cerita panjang tanyalah Ustaz Mahadi.. dia Bapak Kaduk!!)

Thursday, February 24, 2011

Mesin Basuh


Mula aku bekerja, pertama yang aku beli ialah mesin basuh. Kawan-kawan aku lebih kepada peralatan audio video, kerana di Sarawak kami berada di Kapit cukup pendalaman. Surat khabar lewat sehari, kalau paling awal pun 6.00 petang baru sampai dengan bot. (Gambar: Aku tahun 1990)

TV3 pun tak dapat siaran. Kedai sewa tape video pada masa itu menjadikan cerita di TV3 sebagai rakaman jualan.. macam sekarang kita download cerita P. Ramlee nampak logo Astro.

Kapit ialah Bahagian ke-7, Bahagian yang paling pendalaman yang majoriti masyarakat adalah berbangsa Iban. Aku agak nasib baik kerana mengajar di sekolah menengah yang sudah pasti di pekan Kapit. SMK Kapit. K itu bukan kebangsaan tapi kerajaan, Sekolah Menengah Kerajaan Kapit, Kapit, Sarawak.

Monday, February 21, 2011

Minyak Ron 97

Dua bulan lebih aku tak menulis, macam ada suatu yang tak kena aje. Sibuk memanjang. Banyak isu boleh dikongsikan bersama tapi sudah terlepas.

Selepas kereta Iswara aku totaly loss aku macam 'patah kaki' sedikit. Motor buruk HandaCup aku yang telah ditinggalkan begitu lama kini jadi 'teman' semula.

Aku memang 'bengang' sikit dengan motor tu pasal tiap kali aku pakai mesti tayar pancit. Malas nak heret, aku tonggang juga, akibatnya aku terpaksa habiskan RM10 untuk tiub baru. Kata orang tak balik modal macam ni!

Terakhir aku minta 'pomeng akjus' macam mana kasi jangan pancit lagi. Al Hamdulillah nampak macam berhasil dah tak meragam lagi.