Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, October 24, 2010

Turun memasak...

Lama benar saya tak memasak. Dulu masa di Sarawak saya adalah tukang masak kepada kawan-kawan se rumah yang kebetulan semuannya "putol kayu" dalam hal memasak, walaupun Iskandar, emaknya adalah tokel gerai makan di Kubang Krian yang terkenal. (Gambar sebelah tahun 1992 saya di Kapit, Sarawak)

Anak sulong saya yang tahun 5 tu main "baruh" di Merchang Jumaat lalu dapat tangkap seekor ikan haruan yang agak besar. Saya lihat aje gelagatnya, sepatah haram pun saya tak tegur dan tak berikan apa-apa respon. Hanya saya cakap sekadar macam berbisik dengan emaknya macam perangai 'ayah' (bahasa saya dengan isteri) masa kecil.

Dulu saya pernah taut ikan haruan, kail keli. Tetak ikan haruan, 'nangguk' di baruh atau alur. Semuanya kenangan manis masa kecil, ya masa di sekolah rendah dulu, sebelum tinggal di asrama pada tingkatan 1 hingga 5.

Kaki 'kelaring', selalu kena marah dengan arwah emak saya. Rupanya genetik kromoson aku masih ada juga power untuk menetukan tabiat anak-anak.

Malam semalam ikan haruan terlepas, walaupun dua bata diletakkan dalam pasu. Anak saya cari tak jumpa. Nasiblah ikan itu. Saya malas nak komen, tapi zaman saya kecil dulu awah saya letak batu giling (zaman tu giling rempah sendiri) sebagai alas. Memang sah ikan haruan tak ada 'cang' nak terlepas.

Petang tadi, terjumpa ikan tersebut di belakang rumah. Dia orang tunjuk kepada saya, saya kata boleh masak pasal baru lagi mati, dengan lendir dan tubuh masih lentok. Isteri saya suruh saya yang masakkan.

Dalam hati nasib baik ikan ini dah mati. Kalau tak mati, weh susahnya nak "katak kepala" dia dengan lesung batu supaya dia mati. Saya semenjak tua ni ada sikap kesian!!

Semua 5 orang anak saya, makan ikan keli dan haruan. Isteri saya sahaja tak makan. Saya sendiri makan semua jenis ikan yang orang makan termasuk belut.

Dalam hati saya dulu ayah saya selalu masak bila saya bawa balik ikan haruan besar, kerana mak tak makan ikan darat. Rupanya nasib ayah saya dah terkena pada saya. Malam ini masaklah aku!!


(Ikan haruan betina ada telur... mesti best nyer!!)


Nak buang hanyir ikan harun perlukan asam jawa dan sedikit garam. Asam jawa kena banyak, setengah bungkus. Kalau ada pucuk jambu golok lagi bagus.

Ikan haruan ini kalau kari memang best, tapi semalam isteri dah masak kari ayam kampung. Bakinya masih ada. Saya hanya goreng aje.


Selepas goreng saya rasa sedikit tak habis satu ketul, semuanya habis dirantah oleh 5 orang anak. Siap dengan cicah sos tomato sekali...

1 comment:

  1. patut pong mung kuat kompleng masa wat kursus kat hotel bbarrang!

    ReplyDelete