Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, September 14, 2013

Rampasan Senjata Terbesar


Hari ini satu rampasan senjata terbesar telah dilakukan berikut apabila 2 kongsi gelap bergaduh sesama sendiri. Rampasan yang melibatkan 4 pucuk pistol dengan bekalan peluru untuk sebulan termasuk satu pistol laser.

Peristiwa bermula apabila seorang daripada kumpulan tersebut telah ditembak tanpa memakai baju. Akibat daripada kesakitan dia telah menyepak si penembak. Adegan luar kawalan pun berlaku dimana bukan lagi tembak menembak tapi tumbuk menumbuk dan ada yang meraung menyebabkan bapanya turut serta.

Tuesday, September 10, 2013

15 Tahun sudah berlalu...



Hari ini genap 15 tahun perkahwinan aku. Asas perkahwinan yang didasarkan untuk mendapat keredhaan Illahi (objektif asal) harus dinilai dan disemak semada telah mencapai atau terpesong dek kerana kerenah dunia yang serba mencabar.

Rumahtangga muslim memang mudah disebut tetapi sangat sukar dihayati, dijelma dalam kehidupan yang realiti. Gangguan musuh terutama syaitan dan manusia yang kadang kala membisikkan sesuatu yang boleh menyeleweng daripada apa yang dihajati seperti yang disarankan oleh Islam.

Monday, September 9, 2013

Notis Amaran Nyamuk


Balik daripada sekolah, terlihat notis ini. Amaran untuk minta jaga kebersihan rumah daripada pembiakan nyamuk dan denda RM10,000. Denda langgar org sampai mati tak sehebat ini.

Nasb baik longkang rumah aku kotor, kalau bersih mesti nymuk aedes membiak, tapi oleh kerana kotor "ogak-ogak kepala besar beratas" (Banyak larva nyamuk) tapi bukan jenis aedes. Kalau tidak "tak cakap nak bayar"!!

Related Posts with Thumbnails