Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Sekolah. Show all posts
Wednesday, March 27, 2013
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) buat pelajar jadi jumud??
Mulai hari ini 27 Mac 2013, aku tak akan menulis berkenaan IT di blog ini lagi. Semua penulisan berkenaan IT akan dibuat hanya di blog aku satu lagi http://zulbmohd.blogspot.com. Perkara ini dibuat bagi memudahkan pelajar ICTL merujuk nota-nota di sana tanpa ada artikel mengarut lain.
Aku tak tahu sangat pasal PBS, 'tobat' aku sekadar buat apa yang terlintas... lagi pun aku mengajar subjek Pendiidikan Sivik dan Kewarganeragaan yang rata-rata dianggap subjek 'kasta rendah'. Subejk diberikan kepada cikgu yang 'tak tentu hala' dalam arus kecermelangan sekolah.
Monday, January 21, 2013
Birthday: Hari ini 13 tahun lagi aku boleh pencen Cikgu!!
![]() |
| Dengan Notebook Acer TravelMate 430 |
Hari ini kira hari ulang tahun aku, orang putih kata 'birthday'. Arab kata maulud. Nanti ada yang akan sambut Maulidur Rasul...
Tuesday, November 6, 2012
Windows 8 untuk Makmal ICT 2013?
Hari ini aku install windows 7 dan windows 8 untuk PC makmal sekolah aku sebagai percubaan untuk sistem windows pada sesi 2013 nanti. Masa cuti ini banyak masa. Boleh buat eksperimen.
Dulu semasa office 2007 mula keluar aku install semua pc di makmal dengan office 2007. Aku tinggal satu buat 'baka'. Ramai guru mengadu dan 'bengang' kepada aku. Tapi itu cara terbaik untuk memaksa mereka berubah. Kalau tak perkembangan it menjadi jumud.

Monday, October 29, 2012
HP ePrint Home & Biz untuk Android
Aku mengajar PSK dan semua kerja pelajar dihantar melalui e-mel. Paling malas nak download dan nak semak untuk PBS. Cari jalan paling mudah untuk kerja-kerja 'pengfailan', akhir aku terjumpa HP ePrint for Android. Dah cuba ok boleh print terus daipada HP melalui wireless dan rangkaian network.
Sila dapatkan di sini [klik]
ePrint ini boleh mencetak kandungan digital inkjet HP dan pencetak LaserJet. Antara fail-fail yang boleh dibuka dan dicetak ialah Word, Excel, Powerpoint, foto, PDF dan fail teks. Terdapat lebih daripada 200 model pencetak HP yang support dengan ePrint ini.

Monday, October 22, 2012
Annual Dinner Aizek 2012

Malam tadi annual dinner sekolah aku. Ini adalah acara tahunan yang wajib! Tapi macam biasa kita makan kita bayar. Masa aku di Sarawak dulu annual dinner ada orang sponser untuk hargai cikgu!
Di tanah air sendiri, nampak macam tak ramai yang menghargai guru. Nak dapatkan hadiah pun terpaksa 'mengemis' dengan syarikat atau pembakal yang pernah berurusan dengan sekolah. Sudah pasti pembekal akan masukkan dalam kosnya untuk mendapat keuntungan atas apa yang diperniagakan dengan sekolah.
Friday, October 12, 2012
Amnesia Sementara (Hilang Ingatan Sementara)
![]() |
| Masa ini dia tak kenal aku lagi... |
Khamis, pukul 12.30 tengah hari anak perempuan aku, Nabihah (Darjah 6) telefon. Nombor terpapar adalah nombor sekolah, SR Islam Bersepadu Zainal Abidin. Dia beritahu Mursyid (adiknya Tahun 2) hilang ingatan akibat ditolak oleh rakannya di dalam kelas.
Aku cuba tenang, sambil berfikir kenapa? Semalam baru aku nasihatkannya dengan tegas supaya dia jangan bergaduh di sekolah. Kalau dia buat aku akan rotan kakinya sampai 'terkencing'.
Tuesday, August 28, 2012
Cip Cegah Ponteng SchoolTrac dan Buku Kun 555
Semalam terbaca 20 sekolah sekitar Lembah Klang bekerjasama dengan syarikat ABRA Corp melaksanakan sistem "Cip Kawal Ponteng Sekolah". Zaman IT sekarang telah merubah banyak perkara dalam disiplin tapi status disiplin makin hari makin 'teruk'.
Kad Schooltrac mengandungi cip dan disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS. Sistem ini, menggunakan frekuensi radio yang mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika waktu persekolahan.

Tuesday, June 26, 2012
Esok TIZ EDU FEST 2012
Tadi perasmian Hari Koperasi, esok pula Perasmian Pembukaan Edu Fest 2012. Aku juga kena buat pamplet. Macam tadi pukul 3.00 petang tak ada idea lagi untuk design... Aku makin pening. Dahlah penat kerana kurang tidur. Pagi tadi nasib baik ada cikgu Shapawi yang membantu memasang LCD dan TV untuk tayangan video klip. Bayangkan perasmian pukul 9.00 pagi, LCD dan TV baru nak pasang pukul 8.30 pagi... kalau tak biasa pasti ada yang panik!!! Tapi kita orang dah biasa main last-last minit.... Pengetua pun nampak macam tak ambil kisah.
Dulu masa kali pertama pasang 4 TV dan 2 LCD, sehari sebelum tu Pengetua dah pantau...
Macam tahun lepas juga, kali ini tak ada AJK untuk perkara ini. Walaupun telah dibangkitkan tapi masih tak ada, ni mesti main copy & paste aje AJK dan tukar mana-mana yang bertukar atau ke kursus.
Macam tahun lepas juga, kali ini tak ada AJK untuk perkara ini. Walaupun telah dibangkitkan tapi masih tak ada, ni mesti main copy & paste aje AJK dan tukar mana-mana yang bertukar atau ke kursus.
Pernah Guna Lotus Approach??
Aku agak "putol kayu" dalam Microsof Access. Satu sebab aku guna Lotus Approach. Dulu aku guna dBase III Plus untuk database. Selepas itu aku ada belajar Clupper 5.0 dengan Mat Pendek (Mohd Azli, tokey Just Tech Computer). Tapi tak sempat habis Clipper aku terjumpa dengan Lotus Approach melalui Zaimi (tokey kedai Main'tech Computer sebelum Zumo).
Aku belajar programming clipper untuk selesai beberapa masalah teknikal database, tapi bila aku guna Lotus Approach aku dapati Lotus Approah boleh manipulasi database dengan baik tanpa kita perlu buat programming. Lotus Approach hanya guna databse orang lain, misalnya guna dBase kerana Lotus Approach tak ada fail database sendiri, tapi hebatnya dia boleh manipulasi lebih baik daripada dBase sendiri. Misalnya kita boleh set number dengan 16 digit sedangkan pada masa itu Access hanya boleh maksimum 12 sahaja.
Hari ini Perasmian Hari Koperasi Sekolah 2012
[Kemaskini 8.25 pm] Macam biasa bila ada program aku kena buat pamplet dan juga buku tanda tangan pelawat. Ini kira tugas 'saing mati'. Dulu aku kena buat video klip, tapi sekarang cikgu Zam dah pikul "kayu api" ini.. he he Semalam dia buat sampai pukul 4.00 pagi untuk video klip hanya satu minit.
Daripada 2005 di Aizek ini aku dah tak ada idea nak buat pamplet.. 'netang', 'negak' hanya belum lipat 3 segi lagi aku tak cuba. Last minit akhirnya siap juga dan al Hamdulillah printer OKI5700 masih berfungsi dengan baik walaupun ada sekali sekala 'paper jem'
Friday, June 15, 2012
SQ3R teknik membaca
Entah bila aku minat membaca? Seingat aku, semasa sekolah rendah dulu aku suka membaca buku-buku hikayat misalnya "Buku Hikayat Pendawa Lima", "Hikayat Cekel Waneng Pati" dan hampir semua cerita dongeng maharaja pahit dengan dewa dewi.... aak beranak cerita wayang kulit. Ada juga buku penyiasatan seperti "HardyBoy" tapi aku kurang minat.
Selain itu aku membaca buku pelajaran, aku suka membaca buku komik dan majalah. Semasa di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dulu walaupun aku tak menjadi pengawas perpustakaan aku selalu tolong bantu pengawas perpustakaan terutama yang tak hadir. Aku macam pengawas juga.
Sunday, June 10, 2012
Print Merge Menggunakan CorelDraw
[kemaskini artikel lama] Hari Sabtu ini, 12 Mei 2012 sekolah akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2012. Macam biasa semuanya sibuk dengan pelbagai tugasan. Aku tak ketinggalan menjadi sebahagian komuniti Jawatankuasa. Tugas rutin tiap-tiap buku atur cara.
Aku memang dikenali sebagai guru paling 'cool & releks'. beri 'natang' apa tugasan pun aku releks aje.. kadang kala AJK di bawah aku cemas kerana biasanya aku buat kerja 'last minute'.
Aku memang dikenali sebagai guru paling 'cool & releks'. beri 'natang' apa tugasan pun aku releks aje.. kadang kala AJK di bawah aku cemas kerana biasanya aku buat kerja 'last minute'.
Tuesday, June 5, 2012
Bagaimana Untuk Setting Bridged Pada Modem 3-in One
[update ke-2 - 10.20 pagi] Beberapa hari lalu talian internet sekolah aku mengalami masalah, dua kali juruteknik call aku kata semua kawasan tak ada internet. Malam tu aku ke sekolah, aku setting semua sekali network. Ada aku tulis dalam blog ini pada artikel "Setting Network di sekolah aku - Part 1". Aku tak cerita bahawa 8 port switch rosak dan satu 'modem/router/wireless Cisco' (linksys) juga rosak port RJ11 (DSL) menyebabkan aku terpaksa beli satu lagi modem 3-in one TPLink.
Tuesday, May 29, 2012
Setting Network di sekolah aku - Part 1
Aku banyak kali buat catatan untuk rangkaian network di sekolah tapi malangnya jenis 'cakdus' (gopoh dan tak kemas) kadang kala catatan entah ke mana? Jadi aku rasa paling baik buat catatan ialah menggunakan maya (sekarang orang sebut cloud). Simpan di blog rasanya sukar untuk hilang. Kalau aku tak ada orang lain boleh rujuk blog aku... untuk buat setting apa-apa...... 'femes'lah blog aku!! he he
Thursday, April 26, 2012
Edraw Max 6 banyak membantu dalam pembinaan gambar rajah
Semasa mendapat 42 pc baru di makmal sekolah, aku menggantikan pc lama tahun 2009 yang lalu aku dibekalkan dengan satu software Edraw Max 4. Program itu agak menarik tapi aku dah lazim dengan CorelDraw aku macam tak pandang aje software berkenaan. Malah CD original sebanyak 42 keping aku beri sahaja kepada pelajar aku kepada yang berminat.
Wednesday, April 25, 2012
Photoshop CS6 terlalu hebat untuk photo manipulasi
Sebelum ini saya ada menulis tentang CorelDraw X6 (Versi 16) yang baru dilancar kini Photoshop persainnya juga telah memperkenalkan Photoshop CS6 Beta (versi 13) yang sangat hebat sehingga tak sabar untuk mendapat versi sepenuhnya nanti. Saya tak tumpu kepada Adobe Illustrator yang sama-sama vektor grafik tapi saya lebih suka kepada Adobe Photoshop kerana gambungan coreldraw + photoshop membolehkan reka bentuk grafik saya menjadi lebih mantap.
Photoshop CS6 Beta menambah beberapa ciri baru yang sangat mengkagumkan dan memudahkan manipulasi kepada photoshop. Didatangkan dengan berlatar belakang hitam, seperti versi-versi terkini software lain semuanya menggunakan latar belakang hitam sebagai satu trend baru. Sebelum ini Sony Vegas, Corel PhotoPaint, Pinnacle, Cyberlink dll.

Sunday, April 22, 2012
Mengajar Subjek PSK
Mulai tahun lalu aku diminta mengajar PSK (Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan). Bayangkan kalau anda seorang guru option Fizik & Maths di minta mengajar subjek bukan option, anda sudah boleh memahaminya... melainkan anda tidak boleh berfikir.
Masa aku di SMKSO dulu, aku mengajar subjek option. Kemudian aku mulai sibuk dan tak cukup masa apabila menjadi Ketua Guru Disiplin. Atas dasar itu aku mendapat subjek sampingan PJK (Pendidikan Jasmasi dan Kesihatan) dan PSV (Pendidikan Seni Visual) untuk ringakan tanggungjawab kepada kelas peperiksaan.

Wednesday, February 8, 2012
Steambot Segera di Makmal ICT
Semalam saya dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Wan Syukur di kantin dan pada masa itu makanan tak banyak yang ada. Cikgu Wan Syukur tanya saya nak makan makanan panas ke? Saya cadangkan kepada cikgu Wan Syukur "mee mamat".
Kebetulan Cikgu Zam ada di situ, menyampuk "Mamat-mamat sebut slow sikit" Itu ayah aku, katanya. Nasib kami lagi malang pasal tak ada tukang masak nak masakkan mee kepada kami.
Saya pun terpaksa makan kueh pau. Entah berapa kali kueh pau menjadi alas perut. Kami banyak sembang pasal makanan, entah macam mana terkeluar steambot. Ada cadangan nak buat steambot di Makmal ICT.

Monday, January 16, 2012
Dulu aku guru kaunseling sekolah?? Boleh percaya ke?
Semalam dan hari ini aku mengemas kini fail-fail aku yang bertaburan dalam hardisk. Cukup pening tapi banyak menyelesaikan masalah kerana banyak bahan aku boleh dijumpai semula dan ini meringankan kerja aku untuk tahun ini. Bayangkan aku ada 1 hardisk 2 tera, 1 hardisk 650G, 3 hardisk 500G, 1 hardisk 320G, 1 hardisk 160G dan beberapa hardisk 80 dan 40G....
Dalam menysusun, aku terjumpa satu simpanan folder 'surat peribadi' berformat Lotus Ami Pro. Ada 60 surat kepada pelajar semuanya ada password. Surat ini sekitar tahun 1995-1998. 5 kali aku teka password akhirnya berjaya. Tak payah sangatlah kerana aku ada kobinasi tersendiri dalam membuat password.
Sebahagian sebesar surat itu adalah urusan aku dengan pelajar aku di Kapit. Ramai pelajar Kapit masih menghubungi aku walaupun aku telah pulang ke Terengganu pada 1 Mei 1994.

Friday, January 6, 2012
Nur Amalina dan Nik Nur Madihah sebagai perbandingan
Saya menerima pelbagai reaksi atas penulisan berita gagalnya Nur Amalina pelajar 17 A1 menghadapi kejutan budaya. Penulisan itu juga bersifat sebagai pendidik yang membicara soal-soal akhlak bukannya menjaga tepi kain atas dasar Nur Amalina telah menjadi ikon pelajar semenjak 2005 selepas kerjayaannya dalam peperiksaan 2004.
Saya juga tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan itu kerana ibunya sendiri telah mengiyakan paparan gambar yang tersebar di internet dan memang tidak dinafikan dalam penyebaran maklumat diinternet ada penulis menulis tidak mengikut cara yang sepatutnya sehingga ada yang menambah kononnya Nur Amalina gagal di Universiti. Malah ibunya sendiri yang membeli dan gambar itu diambil sendiri oleh ibunya. Jadi tidak timbullah gambar tersebar itu suatu teknik 'photoshop' Anda boleh baca di sini untuk jawapan Nur Amalina dalam kes ini.
Suka saya membuat perbandingan seorang lagi pelajar yang telah berjaya pada SPM 2008 empat tahun kemudian iaitu mendapat 20A (19 A1 dan 1 A2).

Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)