Tadi perasmian Hari Koperasi, esok pula Perasmian Pembukaan Edu Fest 2012. Aku juga kena buat pamplet. Macam tadi pukul 3.00 petang tak ada idea lagi untuk design... Aku makin pening. Dahlah penat kerana kurang tidur. Pagi tadi nasib baik ada cikgu Shapawi yang membantu memasang LCD dan TV untuk tayangan video klip. Bayangkan perasmian pukul 9.00 pagi, LCD dan TV baru nak pasang pukul 8.30 pagi... kalau tak biasa pasti ada yang panik!!! Tapi kita orang dah biasa main last-last minit.... Pengetua pun nampak macam tak ambil kisah.
Dulu masa kali pertama pasang 4 TV dan 2 LCD, sehari sebelum tu Pengetua dah pantau...
Macam tahun lepas juga, kali ini tak ada AJK untuk perkara ini. Walaupun telah dibangkitkan tapi masih tak ada, ni mesti main copy & paste aje AJK dan tukar mana-mana yang bertukar atau ke kursus.
Macam tahun lepas juga, kali ini tak ada AJK untuk perkara ini. Walaupun telah dibangkitkan tapi masih tak ada, ni mesti main copy & paste aje AJK dan tukar mana-mana yang bertukar atau ke kursus.
Tahun lalu aku minta Syed Watan untuk printing, tapi kualitinya kurang baik cetakkan kelabu. Aku tak tahu sebab. Tahun ini aku printing di Card House, aku pergi sendiri lihat mesin dan bagaimana proses cetakkan berlaku.
Aku juga guna latar dan warna yang sama. Hasilnya juga kurang memuaskan.. cetakkan macam 'terbakar' tapi aku tak kisah sangat pasal Yazid (pekerja harapan Card House) membantu untuk mencetak walaupun dia terpaksa balik pukul 7.00 malam dengan motor tak berlampu.
Tadi adalah masa aku paling tension, hingga aku rasa sudah hilang daya untuk membuat cetakkan, tapi al Hamdulillah atas doa kepadaNya akhirnya siap juga walaupun aku tak 'ukur siku' kertas A3 yang dilipat 4 itu.
Oleh kerana kejar masa aku save aje JPG dan tak pasti tadi aku save RGB atau CMYK. Untuk cetakkan kita kena save CMYK untuk dapatkan hasil cetakkan yang menarik dan timbul (berair...)
Paling cantik ialah kita kena cetak melalui software asal, misalnya design itu di buat dengan Illustrator cetak pun guna illustrator bukan convert kepada JPG.
Design kali ini aku tinggalkan beberapa mistake... kalau engkau orang boleh cari memang aku angkat tabik!!
Pamplet tahun lalu |
No comments:
Post a Comment