Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, June 29, 2012

Respon untuk komentar tulisan pasal janggut dan kelebihan solat

Bila saya menulis pasal janggut, rupa ada beberapa komen secara tidak langsung kepada tulisan itu. Tumpuan yang diberikan janggut boleh meningkatkan daya 'pembiakan' (bahasa sains). Saya hanya gelak dan kebetulan tadi terjumpa seorang sahabat yang juga menyimpan janggut dan saya kata kepadanya simpan sahaja kalau isteri tak usap tak banyak kebaikan, hanya dapat sunnah!

Memang kalau kita kaji tentang kelebihan Islam dan amalannya kita sudah pasti menjadi manusia yang 'sedar dan insaf' tapi kebanyakkan orang Islam sekadar tahu bercakap tapi kesedaran tidak datang daripada dalam diri sendiri.


Sebenarnya tak perlulah kita mencari bahan tambahan untuk menjadi manusia yang kuat kerana Allah telah mengajar kita tentang kekuatan itu secara tidak disedari. Yang penting kita ikut ajaran Islam daripada yang wajib sampai kepada yang disunatkan.

Kelebihan Solat

Dulu bila saya sukar nak lipatkan kaki semasa solat dan ada rasa sakit... saya hanya berpendapat sudah tua. Tapi sebenarnya saya tak tahu bahawa saya ada penyakit... Tapi bila saya baca banyak bahan daripada Ir Dr Fatimah Ibrahim saya mula sedar akan bagaimana Allah telah mengajar saya untuk menjaga anggotanya dengan bersolat agar saya boleh menjaga 'mesin' ini dengan lebih baik disamping saya sedar dan insaf dihadapannNya.

Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

"Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh," kata Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas.

Malah Ng Siew Chok (bukan Islam ) berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.

Dr Fatimah Ibrahim dalam kajiannya, berkata model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Awal bulan ini dalam menjawab apa yang menarik daripada kajian beliau semasa temuramah di TV9 Dr Fatimah ialah bagaimana Solat boleh merawat "mati puncuk" dan "mati putik" (bagi perempuan). Dia berkata bila seseorang itu bersolat dengan betul pergerakkan solah akan mengerakkan otot di belakang tisu kemaluan lelaki yang jarang senanam boleh berbuat demikian. Bila wuujud pergerakkan ini darah boleh berjalan dengan lancar.

Begitu juga apabila seseorang itu rukuk dengan betul, tapak tangannya akan menolak tempurung lutut menyebabkan darah boleh mengalir.

No comments:

Post a Comment