Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, June 15, 2012

SQ3R teknik membaca


Entah bila aku minat membaca? Seingat aku, semasa sekolah rendah dulu aku suka membaca buku-buku hikayat misalnya "Buku Hikayat Pendawa Lima", "Hikayat Cekel Waneng Pati" dan hampir semua cerita dongeng maharaja pahit dengan dewa dewi.... aak beranak cerita wayang kulit. Ada juga buku penyiasatan seperti "HardyBoy" tapi aku kurang minat.

Selain itu aku membaca buku pelajaran, aku suka membaca buku komik dan majalah. Semasa di Sekolah Kebangsaan Pusat Dungun dulu walaupun aku tak menjadi pengawas perpustakaan aku selalu tolong bantu pengawas perpustakaan terutama yang tak hadir. Aku macam pengawas juga.


Bila aku aku masuk UTM tahun dua aku jumpa Hayatul Kamil Termudi (Sekarang Ir dan consultant civil engineer), senior tahun 5 dan juga Presiden MPP yang banyak melatih aku pasal masa tu aku tinggal sekali dengan dia di Kolej Ketiga Ampang Ulu Klang. Antara masih aku ingat dalam benak kepala ialah pendakwah mesti ada 'library sendiri'. Dia bukan sahaja bercakap tapi dia buat. Mula tahun dua UTM aku kumpul duit untuk belikan buku setiap bulan untuk membina "Perpustakaan Peribadi". Dulu ada senarai list buku (masa tu aku tulis tangan) rasanya sempat aku ambil gambar tapi tak jumpa.

Saya selalu bersama dengan Hayatul pergi ke pengedar (tujuan nak dapatkan potongan 30%) untuk membeli buku dan kami tidak lepas perluang jika Dewan Bahasa & Pustaka buat jualan potongan harga untuk habiskan stok dan kebetulan pula Dewan Pustaka ini berada di A3 Ulu Klang.

Bila aku posting mengajar di Kapit, aku kesunyian terpencil.... aku tulis surat rintihan kepada sahabat aku Ahmad Lutfi. Dia macam seolah-olah memperlekeh aku atas kelemahan diri. Kami berjumpa semasa cuti persekolah di KL dan antara point menarik perbincangan saya dengan dia ialah saya patut jadi seperti Syed Qutb. Syed Qutb mungkin tidak mampu untuk menulis tafsir Al Quran (Fil Zillali Quran) jika dia tidak dipenjara!

Oleh itu saya jadikan Kapit itu sebagai penjara... dan saya bukan nak buat tafsir Al Quran, tapi sekurang-kurang membaiki kelemahan yang ada untuk saya pulang semula ke tanah air menjadi orang yang mantap dari segi fikiran dan pandangan... mampu menghadapi segala situasi.

Bila saya pulang ke kampung 1994, saya kehilangan ramai kawan. Walapun saya mengajar di sekolah berhampir rumah saya. Ia lebih daripada 17 tahun saya tidak berada di kampung, bermula tingkatan satu bila bersekolah asrama.

Ramai rakan sekolah rendah sudah tidak ada di kampung, hanya tinggal cikgu Saifudin Wahid sahaja yang banyak membantu, kalau saya nak pergi ke mana-mana. Motorsikal Honda Cup QP14 saya belum lagi sampai tersangkut di perlabuhan Kelang. Saya ke sekolah berjalan kaki. Malah ke D'Gate pun saya berjalan kami untuk membeli buku dan keset untuk santapan rohani dan mental saya.

Secara tak sengaja saya terjebat dengan kumpulan pengamal komputer, melalui kawan sekolah saya dahulu Nor Ahmad yang berada di kedai Nobori Komputer. Saya berkenalan dengan boss-boos komputer seperti Nobori, Zaimi (Ma'in tech), Mat Haslim, cikgu Kamaruzaman (K, Kaka sekarang ini), cikgu Musa, Mat Pendek dan ramai lagi..

Oleh kerana masa itu saya kurang kawan, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Satu buku sehari atau dua hari sahaja boleh habis.

Satu lagi kelebihan saya ialah boleh membaca buku tanpa membeli di kedai buku. Ilmu ini saya belajar semasa di UTM dengan seorang senior Zakaria Nor (dah arwah... al Fatihah). Kita masa student mana ada banyak duit nak beli buku pada masa itu...

Bila aku dah kahwin membaca buku sudah hilang sedikit demi sedikit sehingga dapat anak kelima. Aku sekarang sekadar membaca buku online sahaja... buku PDF.

Untuk akhir ini aku turunkan satu formula baca buku yang diangungkan oleh mat salleh, SQ3R

SQ3R ialah survey (tinjau), question (soal), read (baca & jawab), recite (ulangkaji) dan review (cuba ingat). 
  
Survey ini bermakna sebelum membaca kita buat tinjauan dulu dengan membaca tajuk buku, 'belek' muka dmi muka surat untuk melihat topik demi topik untuk mendapat gambaran secara menyeluruh apa yang nak disampaikan kepada kita.

Question pula ialah kita membuat persoalan atas apa yang kita tinjau sebelum ini, contohnya kita 'belek' buku "Ikan Masak Stim"! Kita mula membuat persoalan apakan guna dapur biasa boleh ke? Kalau ikan kembong boleh ke? Soalan-soalan ini akan menambahkan minat kita membaca.

Read kita mula membaca untuk mendapatkan jawapan persoalan yang kita timbul tadi!

Recite (Revise) pula ialah ulangkaji untuk setiap topik atau bahagian iaitu kita cuba menjawab soalan kita tadi dengan perkataan sendiri, kalau baik boleh tulis pada secebis kertas nota.

Kalau kita tidak boleh menjawab persoalan-persoalan yang kita buat tadi adalah lebih baik jangan sambung topik atau bahagian seterusnya kerana memang kita tidak faham isi kandungan buku tersebut. Kita baca berulang supaya kita faham apa yang pengarang nak sampaikan.

Ada juga orang buat garis atau guna pen mark untuk menanda isi-isi penting.

 Review (Recall) ialah kita cuba mengingat semula apa yang kita baca daripada buku tersebut. Amalan aku buat semenjak sekolah lagi ialah sebelum tidur aku cuba ingat apa yang aku baca, kalau tak ingat aku ambil semula buku yang biasanya aku letak bawah bantal untuk aku 'belek' dan cari.

Ilmu adalah 'benda hidup' dia akan hidup subur jika anda sampaikan pula kepada orang lain. Cara nak sampaikan pula macam-macam cara... salah satunya macam aku ini menulis di blog. Bukan nak ego tapi nak ingatkan apa yang kita pernah pelajari... setelah menulis sesuatu perkara, ingatan akan lekat lebih kuat dan lama berbanding kita bercakap sahaja (mengajar).. walahualam.

1 comment:

  1. terbaik cikgu, sy mmg guna cara ni kalu nk study, tp dok thu plop de teori SQ2R...gud sharing...

    ReplyDelete