Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Sepanjang hayat aku 2 kali aku bersumpah


Sepanjang aku ingat 2 kali aku pernah bersumpah.Ini bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi..Ini bukan bersumpah junjung Quran, atau letak Al Quran di dada semasa belajar mengaji quran. Atau pangkah Alif Lan Lan Ha... di belakang atau dada!

Satu semasa darjah 2 dan satu lagi semasa darjah 5. Sumpah yang darjah 5 tu akau telah di'matikan' ketika aku berumur 30 tahun dengan puasa 3 hari.

Saturday, September 14, 2013

Rampasan Senjata Terbesar


Hari ini satu rampasan senjata terbesar telah dilakukan berikut apabila 2 kongsi gelap bergaduh sesama sendiri. Rampasan yang melibatkan 4 pucuk pistol dengan bekalan peluru untuk sebulan termasuk satu pistol laser.

Peristiwa bermula apabila seorang daripada kumpulan tersebut telah ditembak tanpa memakai baju. Akibat daripada kesakitan dia telah menyepak si penembak. Adegan luar kawalan pun berlaku dimana bukan lagi tembak menembak tapi tumbuk menumbuk dan ada yang meraung menyebabkan bapanya turut serta.

Tuesday, September 10, 2013

15 Tahun sudah berlalu...



Hari ini genap 15 tahun perkahwinan aku. Asas perkahwinan yang didasarkan untuk mendapat keredhaan Illahi (objektif asal) harus dinilai dan disemak semada telah mencapai atau terpesong dek kerana kerenah dunia yang serba mencabar.

Rumahtangga muslim memang mudah disebut tetapi sangat sukar dihayati, dijelma dalam kehidupan yang realiti. Gangguan musuh terutama syaitan dan manusia yang kadang kala membisikkan sesuatu yang boleh menyeleweng daripada apa yang dihajati seperti yang disarankan oleh Islam.

Friday, October 12, 2012

Amnesia Sementara (Hilang Ingatan Sementara)

Masa ini dia tak kenal aku lagi...

Khamis, pukul 12.30 tengah hari anak perempuan aku, Nabihah (Darjah 6) telefon. Nombor terpapar adalah nombor sekolah, SR Islam Bersepadu Zainal Abidin. Dia beritahu Mursyid (adiknya Tahun 2) hilang ingatan akibat ditolak oleh rakannya di dalam kelas.

Aku cuba tenang, sambil berfikir kenapa? Semalam baru aku nasihatkannya dengan tegas supaya dia jangan bergaduh di sekolah. Kalau dia buat aku akan rotan kakinya sampai 'terkencing'.

Thursday, July 5, 2012

Kolam ikan jadi tempat asmara katak


[Kemaskini 9.20 malam] Dulu aku tulis pasal kolam ikan. Aku dah buat 'servey' kebanyakan yang buat kolam ikan 90% akan terbiar selepas setahun, dua tahun atau selebihnya. Boleh baca di sini (klik). Aku buat kolam ikan pada September 2011. Mula-mula aku buat kolam mandi untuk anak-anak, sila baca di sini (klik). Selepas itu aku masukkan ikan setelah anak aku sudah boring dengan kolam itu.

Dua bulan pertama aku masih rajin lagi untuk bersihkan kolam. Selepas itu dah mula mari sifat malas akhirnya kolam tu aku tak salin air. Bila katak datang dan buat tempat 'berasmara' kolam itu penuh dengan berudu (lihat gambar di atas) aku bertambah malas.

Wednesday, December 7, 2011

Sunat anak..



Bersunat atau bahasa baku disebut berkhatam suatu tradisi bagi anak-nak lelaki yang nak jadi benar-benar 'lelaki'. Aku dulu bersunat ketika masuk darjah 5. Hampir semua abang-abang aku bersunat dengan Tok Mudin di Kg Merbau Patah, sebab kami berasal daripada Kuala Terengganu. Aku dilahirkan di Kg Pulau Sekati.

Tapi aku, lain sedikit bersunat di hospital. Masa itu perubatan hospital Dungun dah mula ada rawatan khatam. Mungkin susah nak ke Kuala Terengganu, jadi paling baik sunat aje di Dungun.

Thursday, November 17, 2011

Manis ke keputusan UPSR?

Keputusan  UPSR anak aku
Hari ini agak sibuk, Tak masuk dalam kepala result UPSR akan keluar hari ini. Anak sulong aku periksa UPKK tahun lalu dapat 8A tapi percubaan dapat 4A 1B. Jadi aku pun macam tak berapa harap untuk dapat 5A.

Emaknya, hari ini telah mengurus untuk mandapat keputusan UPSR. Tadi dapat telefon bahawa Muizzuddin hanya dapat 4A 1B sahaja. Nampak macam frust aje isteri aku. Aku macam biasa, tak pusing sangat. Lagipun aku dah tulis mengenai perkara ini dalam tulisan lalu bahawa keputusan peperiksaan UPSR tak valid kerana banyak sangat soalan bocor. [ baca di sini ]


Sunday, October 16, 2011

Pop Corn Masin Manis!

Satu aktiviti yang entah macam jadi terbuat (bukan minat sangat -- seperti komputer juga) iaitu memasak. Aku bukan lah suka sangat tapi.. jadi macam suka-suka mencuba separti komputer juga suka-suka mencuba.... Boleh baca entri aku yang lepas dalam blog Lot7640 yang aku paste di sini!


Pelbagai jenis pop corn

Masa mengisi minyak di Caltex, anak perempuan aku yang suka minta"be'li" minta aku beli 'gulailir' (gula kapas). Aku 'wak dok je'. Dua hari lepas tu masa mengisi minyak 'gulailir' sudah tidak ada. Dia minta beli'pop corn'. Aku 'wak dok' dengar je!! Dia marah ke aku! Perempuan dia akan merajuk!

Pelihara ikan air tawar (payau)

Kalau orang tanya aku adakah hobi lain boleh mengatasi daripada mengadap komputer.. aku jawab masih belum lagi walaupun ada cubaan untuk mengubah hobi.. Entri aku dalam blog album boleh di baca..



Aku dah mula tukar hobi. Pelihara ikan pula. Aku mula dengan 2 ikor ikan jelawat. Satu hilang ('nompak' agaknya) dan sekor lagi 'mapus keras' pasal silap tukar air (Baca di sini). Selepas itu aku bertukar kepada 2 ekor anak keli biasa, 4 ekor ikan puyu, 3 ekor ikan sepat kuning (gold gourami) dan 3 ekor sepat padi (pearl gouromi).

Saturday, September 3, 2011

Air tempayan sahaja membesarkan aku

Tempayan mulut besar tak sesuai buat jeruk pianang, susah nak tutup
Dulu masa aku kecil, rumah aku ada beberapa tempayan. Satu tempayan untuk isi air bersih yang diambil daripada telaga. Kalau emak aku suruh ambil air daripada telaga, emak aku selalu berpesan jangan tercelup tangan dalam air ini. Air tempayan ini digunakan untuk basuh pinggan mangkuk, masak nasi dan dijeram untuk buat air minuman.

Masa tengah malam kalau tak ada 'air mati' (air masak), aku togok (minum) air tempayan ini sahaja dengan dayung. Rasanya juga ada dipengaruhi oleh dayung, samada tempurung, plastik atau tin (besi). Wah susah dah nak dapatkan nikmat air payau-payau dengan rasa plastik atau besi!

Thursday, August 4, 2011

Nasi Sayur @ Nasi Cair

Anak perempuan 5 tahun aku yang suka menggangu semasa memasak.

Bulan puasa ini kalau sebut pasal makanan semuanya berselera. Aku pun nak menulis pasal makanan juga kali ini. Pernah engkau orang terutama yang lelaki (suami) macam aku ini membuat 'spot check' apa yang ada dalam peti ais? Berapa plastik yang berisi lada, sayur, cuka kerepok, ikan bilis, kueh atau makanan yang tak habis? Mungkin ada yang dah berkulat kerana terlalu lama?

Kalau suami, isteri bekerja kita tak selalu masak dan banyak juga kita beli lauk di kedai sahaja. Kadang kala sayur yang dibeli tak sempat nak dimasak akhirnya terbuang sahaja.

Friday, December 17, 2010

Cuti-Cuti Malaysia: Kupon Letak Kereta dan Polis Trafik

Bila saya sampai ke Kuala Kangsar (oghre Perak sebut Kuala), saya agak terkejut, pasal pekannya nampak sunyi aje. Kenderaan taklah juga sibuk. Lebih kurang macam Dungun aje dalam hati saya. Saya manalah pernah datang ke "Kuala" sepanjang hayat. Tapi Kuala Kangsar menjadi agak 'senonim' maybe ada MCKK.

Saya mengelilingi pekan Kuala Kangsar kerana nak mencari tempat rehat, sudah pukul 5.00 petang agak keletihan memandu. Terjumpa Izi Hotel, tapi malangnya dah penuh. Terasa juga pelik, dalam tak ada orangpun hotel boleh penuh. Mungkin hotel baru kot!!

Tuesday, December 14, 2010

Cuti-cuti Malaysia: Teluk Intan & Kawan Lama.

12 Disember 2010, pukul 6.30 petang aku bertolak daripada Kuala Kangsar ke KL masuk lebuhraya, setelah 4 hari aku bercuti menghayati kempen kerajaan "Cuti-cuti Malaysia 2010".Sebelum itu 'teman' (loghat Perak) terdengar cakap-cakap daripada members yang nak balik ke KL berkata "hari ini Ahad mesti jem punya!". Teman mana lah tahu dan tak pernah terfikir bahawa leburaya akan 'jem', melainkan jika ada perayaan aje.

Wah mak datok, jem sakang! Dalam mencari formula baru aku terfikir rupa-rupanya jika 'jem' adalah lebih baik masuk lorong kiri daripada kanan. Lorong kiri lebih cepat (memang sah aku dah uji)

Wednesday, November 10, 2010

Kalau bukan kita siapa lagi nak menghargai guru?

Semalam anak sulong mengajak saya untuk membelikan  hadiah bagi majlis akhir tahun untuk kelasnya. Saya memang malas nak keluar, apatah lagi nak  ke pasaraya. Bukan perangai saya "lepak" di pasaraya, melainkan jika ada hal benar-benar penting.

"Ayah hadiah untuk 4 orang guru dan juga air gas (berkarbonat)"  katanya dari jauh. Apabila dia minta dengan umminya, ummi tak sihat dan tak nak keluar.

Saya adalah pilihan terakhir baginya, memang dia tahu saya bukan suka sangat keluar membeli dan kalau saya keluar saya jarang sangat ajak anak-anak bersama. Bukan apa malah nak layan kerenah dia orang ni, yang macam-macam.

Tuesday, November 2, 2010

Kenapa kita selalu diberikan alasan bodoh?

Isteri saya bercuti setahun tanpa gaji, berehat setelah belasan tahun bekerja. Alasanya lebih kepada berehat kerana dia ada 'sakit kepala' yang berpanjangan. Kami buat keputusan untuk hentikan orang gaji (bibik) dari Indonasia setelah 6 tahun berkhidmat. Tumpuan penjagaan anak-anak diberikan isteri saya. Itu sebaik-baiknya.

Banyak cerita menarik sepanjang setahun cuti ini, tak sempat pula nak dikongsikan bersama.

Setahun masanya adalah  pendek, dia dah mula bertugas 1 Oktober 2010. Saya mula sedih, terpaksa makan bukan lagi dari "air tangan isteri.." tiada lagi 'kemesraan' yang sukar ditafsirkan dalam kehidupan kekeluargaan.

Sunday, October 24, 2010

Turun memasak...

Lama benar saya tak memasak. Dulu masa di Sarawak saya adalah tukang masak kepada kawan-kawan se rumah yang kebetulan semuannya "putol kayu" dalam hal memasak, walaupun Iskandar, emaknya adalah tokel gerai makan di Kubang Krian yang terkenal. (Gambar sebelah tahun 1992 saya di Kapit, Sarawak)

Anak sulong saya yang tahun 5 tu main "baruh" di Merchang Jumaat lalu dapat tangkap seekor ikan haruan yang agak besar. Saya lihat aje gelagatnya, sepatah haram pun saya tak tegur dan tak berikan apa-apa respon. Hanya saya cakap sekadar macam berbisik dengan emaknya macam perangai 'ayah' (bahasa saya dengan isteri) masa kecil.

Saturday, August 21, 2010

Mengunakan nafsu mengalahkan nafsu lain

Kesibukkan dan kebetulan beberapa hari kebelakangan ini terpaksa ke beberapa tempat membuatkan fokus saya kepada blog ini tidak dapat dilakukan. Tak kering idea untuk dikongsi bersama hanya tak cukup masa untuk menulis, kerana menulis ini bukanlah mudah bagi cikgu sains macam saya yang SPM BM sekadar kredit sahaja...

Anak saya berumur 6 tahun telah dilatih untuk berpuasa. hari pertama puasanya setakat pukul 3 petang, hari kedua al hamdulillah boleh sampai waktu berbuka. Esoknya sampai pukul 1 sahaja. Maknanya dia ini bergilir untuk dapat puasa penuh.

Friday, August 6, 2010

Nasib selipar mereka yang hadir awal ke masjid...

Hari ini saya ke masjid untuk Solat Jumaat seperti biasa, taklah awal sangat dan tak pula lewat sehingga terpaksa sambung solat 4 rakaat.. (hanya yang mengerti tahu kenapa sambung 4 rakaat..)

Minggu-minggu sebelum ini, saya lupa bila masanya, saya pernah datang lewat ke masjid. Hari pula hujan renyai-renyai. Saya memaksa diri saya berdiri dalam keadaan hujan renyai itu sambil menunggu khutbah habis dibaca di hadapan pintu masuk salah satu di masjid sebagai 'kifarat' kepada kealpaan saya.

Kenapa saya menyiksa diri saya??

Thursday, August 5, 2010

Membeli hati.. (?)

Semalam isteri saya tak sihat walau bagaimanapun dia masih lagi mengurus rumah tangga dalam keadaan yang agak begitu menyukarkan. Semenjak dia cuti berehat selama setahun, saya sudah menghantar pulang 'bibik' ke Indonasia. Ya begitu lama bibik bersamna kami, hampir 5 tahun.

Memang ada sedikit keberatan untuk menghantar pulang kerana kerja-kerja rumah mungkin tidak mampu dilaksanakan oleh isteri saya. Tapi kali ini saya lebih bersikap "berkeras" untuk tidak mahu menyambung 'bibik' lagi. Bukan kerana bibik tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.. Bibik memang bagus, malah bibik menutup aurat, solat tidak pernah tinggal, malah satu sen pun duit di rumah tak pernah hilang..

Wednesday, August 4, 2010

Apa anak kita buat pada waktu Solat Jumaat..

Hari Jumaat minggu lepas, saya sempat bersolat di Masjid Lama Sura bersama dengan anak lelaki saya yang sulong, Muhammad Muizzuddin berusia 11 tahun. Anak-anak sekarang sudah besar sedikit sudah mulai untuk berjauhan dengan ayah dalam apa-apa program sedangkan semasa kecil dulu berebut-rebut untuk berhimpit dengan adik-adiknya untuk bersama disebelah ayah.

Hingga kadang kala saya pun terpaksa bermain kasar dengan membantu adik-adik yang kecil untuk menolak yang besar, hingga kadang-kala yang sulong ini "terkis hati" (terasa hati).