Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, August 6, 2010

Nasib selipar mereka yang hadir awal ke masjid...

Hari ini saya ke masjid untuk Solat Jumaat seperti biasa, taklah awal sangat dan tak pula lewat sehingga terpaksa sambung solat 4 rakaat.. (hanya yang mengerti tahu kenapa sambung 4 rakaat..)

Minggu-minggu sebelum ini, saya lupa bila masanya, saya pernah datang lewat ke masjid. Hari pula hujan renyai-renyai. Saya memaksa diri saya berdiri dalam keadaan hujan renyai itu sambil menunggu khutbah habis dibaca di hadapan pintu masuk salah satu di masjid sebagai 'kifarat' kepada kealpaan saya.

Kenapa saya menyiksa diri saya??

Ya kerana "ralek" 'bermain komputer' (istilah sahaja, sebenarnya saya dah mula tak bermain permainan komputer semenjak tahun 1997 lagi.. Games terakhir saya main pada masa itu ialah DOOM... Setelah saya melepasi 30 level tanpa trick atau menipu dan membunuh boss jahat kambing bertanduk hanya dengan menggunakan senapang patah sahaja dengan lebih drp 250 das tembakkan... akhirnya saya sudah tawar dengan semua games... Apa taknya hampir sebulan nak habiskan 30 level tu..) saya hampir tertinggal solat Jumaat.

Masa saya menunggu saya melihat bagaimana seorang yang pakaiannya agak warak, nampaknya alim.. tiba-tiba datang terus naik ke tangga atas sekali, menolak selipar-selipar yang sedia ada di atas dan meletakkan seliparnya. Dia terus naik dan solat sunat...

Selipar yang ditolak itu bergelimpang jatuh ketepi..

Terfikir saya, dalam hati, kita datang untuk "bertemu" dengan Allah, kita berwuduk, berpakaian dengan baik.. tapi hati kita masih 'kotor' dengan sikap kita yang masih kotor dalam erti kata sebenarnya...

Walaupun kecil itu itu adalah sikap dan metaliti kita manusia, yang selalu tamak.. Kita tidak pernah berfikir hal orang lain, atau nasib orang lain.. asalkan diri kita selesa dan baik.

Kejadian ini juga terjadi dalam oraganasasi, tak kira apa organasasi pun samada organasasi yang nak perjuangkan Islam seperti orang tadi yang nak bersolat (baikkan!!!). Usaha menjatuhkan orang lama selalu berlaku.. apa yang dipentingkan diri sendiri..

Sukar mencari manusia yang mengenai erti kesempurnaan hubungan sesama manusia, redha, menghormati sesama sendiri dan melebihi orang lain.. Memang dunia telah akhir zaman!!!

3 comments:

  1. betui...tingkah laku atau peristiwa yg nampak kecik dan remeh, membawa pengertian yg besar bagi jiwa pemerhati yg peka dan prihatin!

    ReplyDelete
  2. zizie ali, lama benar tak menulis. Dulu tahun 2006 tuan kerap menulis dan tulisan tuan amat menarik sekali. kenapa perlu dihentikan perkara yang baik.

    ReplyDelete
  3. cgcyber,ada org kata blog dah tak hip lagi. skrang zaman fesbuk. guane pun, terima kasih atas kata-kata peransang. rasa termotivasi unt menulis macam dulu-dulu.

    ReplyDelete