Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, August 4, 2010

Font seakan-akan jawi yang cantik

Saya pernah menulis di http://www.aizek.net/ untuk artikel ini dan rasanya baik juga diposting sama pada blog saya sendiri.

Saya ditanya oleh cikgu Zam berkenaan font semacam tulisan jawi. Saya beritahu dia dulu saya ada simpan tapi sekarang entah di mana. Banyak sangat PC sekolah yang saya guna dan saya juga ada satu tabiat suka berpindah tempat.

Rasanya sudah 4 atau 5 kali meja saya berubah. Sekarang saya duduk dalam bilik "frozen" (server). Mengigil dan bila pulang pukul 3.00 petang saya tak perlu buka air-cond kereta dan kadang kala lupa menyebab anak-anak yang diambil menegur kerana kepanasan...

Saya cari font berkenaan dan mungkin juga ada cikgu lain yang yang keinginan sama dengan font ini.

Anda boleh cari font terbaik di http://www.fontsy.com/


Ini adalah contoh font yang dicari oleh cikgu Zam, dan memberikan idea untuk saya buat head pada laman http://www.aizek.net/


Sila lihat perkataan Maklumat di hujung Jari anda...

Jika anda berminat boleh download di Menu Muat Turun pada laman ini atau cara mudah di sini  http://www.aizek.net/v5/modules.php?name=Downloads&d_op=getit&lid=5

Nanti akan ada bagaimana pula nak masuk dalam PC setelah dimuat turun. Itu kena tanyalah sendiri. Kata perpatah Melayu, "Malu bertanya sesat jalan.."

Lalu cikgu zam mencelah, silap tanya kena 'jerkah'

2 comments:

  1. Belum sepenuhnya.. Tapi Insya-ALlah akan dibaiki selepas ini mana-mana yang "lompong"..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails