Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, August 4, 2016

Bahaya Merkuri (Raksa) & Salah Anggap


Sebentar tadi anak aku tingkatan 4 di sekolah Arab telefon bertanyakan tentang bahaya merkuri. Dia dalam keadaan macam tertekan kerana dia sentuh thermometer yang pecah itu dan rakannya 2 orang pegang ceceiar merkuri tersebut. Dia makin tertekan kerana cikgu dia kata boleh bawa mati. Kita tak boleh salahkan cikgu 100% kerana cikgu pun tidak didedahkan secara khusus tentang bahaya serta penyelanggaraan merkuri.

Aku cuba tenangkan anak aku dengan memberitahu basuh tangan dengan air yang banyak lebih kurang 10 sehingga 15 minit. Ini bukan prosedur betul untuk atasi merkuri tapi ini adalah cara aku untuk menyakinkan sesiapa yang kena bahan beracun. Bila kita sebut basuh dengan air banyak.... dia yakin dan dia buat dia akan tenang.

Merkuri yang pecah ni cantik dan kalau letak dalam plastik (puth) kita penyek akan pecah dan bercantum balik. Kalau kita lihat cerita terminator 2 liquid metal di mana-mana tompak-tompak cecair lagom itu bercantum.

Aku sebut pasal pernah buat dulu semasa merkuri pecah. Aku tahu pasal bahaya merkuri ini semenjak sekolah lagi tapi masa itu sikap nak main dan nak tahu kami cuba ambil tanpa pegang.

Aku juga masih ingat lagi kawan sekolah aku, kalau tak Zainal rasa Mazalaini yang ambil merkuri pecah dengan tangan buat balik ke asrama. Aku beritahu tak boleh pegang dengan tangan tapi dia orang buat 'dono' aje... Anggapan salah kalau pegang akan masuk dalam tangan, sebenarnya tidak tepat. Dua-dua tu masih hidup sampai sekarang.

Sebenarnya merkuri masuk lebih mudah melalui penafasan kerana merkuri meruap. Melalui makan secara tak sengaja atau makan binatang yang tercemar dengan merkuri biasanya ikan.

Apa dia Merkuri atau Raksa?

Mercury merupakan bentuk logam cecair berwarna perak. Merkuri digunakan pada alat-alat 'laboratorium' seperti termometer raksa, termostat, spignometer, barometer dan lain-lain. Secara umum logam merkuri wujud dalam bentuk cecair pada suhu blik sekitar 25 darjah celcius dengan takat beku -39 darjah celcius.

Merupakan logam yang paling mudah menguap. pengalir yang baik dan digunakan sebagai penghantar elektrik yang baik. Dapat membentuk aloi dengan logam lain (disebut juga dengan amalgam).

Bahaya Merkuri

Sebagaimana diketahui, merkuri adalah bahan yang berbahaya kepada manusia. Merkuri adalah logam berat yang boleh mendatangkan beberapa penyakit berbahaya. Merkuri boleh masuk ke dalam tubuh dan tersimpan dalam darah.

Merkuri biasanya masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan atau minuman yang tercemar bahan-bahan merkuri. Boleh juga masuk melalui penafasan kerana merkuri boleh meruap dengan mudah.

Isu-isu persekitar berkaitan Merkuri



Mei 2016 lalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang melakukan kerja membersihkan sejumlah merkuri yang ditemui dibuang di sebuah pondok di kawasan ladang sawit di Bukit Tok Alang. Kerja pembersihan dilakukan selepas seorang daripada remaja menunjukkan lokasi yang menjadi punca pencemaran merkuri di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu dan di beberapa rumah penduduk kampung di situ.


Sebelum ada juga isu sebuah rumah tertumpah themometer merkuri yang terpaksa memanggil Jabatan Bomba untuk membersihkannya.



Ramai orang tak tahu bawa bateri argentum oksida juga mengandungi merkuri.


Banyak produk kecantikan mengandungi kandungan merkuri yang tinggi. Misalnya Produk Qu Puteh sendiri pernah diharamkan selepas Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (bunyi desingan telinga) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk berkenaan selama lebih kurang tiga bulan.

Cara penyelanggaran jika berlaku pencemaran merkuri

Merkuri yang tumpah akibat daripada thermometer yang pecah misalnya dapat masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan. Ketika termometer pecah, sebahagian dari merkuri menguap ke udara. Merkuri tersebut jika terhirup oleh manusia yang berada di dekatnya boleh membawa kesan yang bahaya.

Termometer pecah dan merkuri tumpah ke lantai. Bila lantai dibersihkan dengan air, maka air bekas pencucian yang tercemar merkuri akan masuk dalam longkang, maka merkuri akan mencemari lingkungan longkong.

langkah-langkah cadangan sekiranya terjadi kejadian seperti tadi;

1. Suruh pelajar berkumur banyak kali. Periksa mulut sekiranya ada luka sebab luka memudahkan masuk ke dalam badan.

2. Buka tingkap, pintu, jika ada aircond  atau kipas tutup semua. Biar udara beredar semulajadi daripada luar.

3. Jangan Vacum tumpahan merkuri itu  kerana panas sedutan vacum boleh menyababkan merkuri meruap. Meruap memudahkan merkuri masuk ke dalam badan. Kalau ada glove guna glove. Kutip merkuri tu perlahan-lahan sebab merkuri ni bila disentuh akan terpecah-pecah. Lebih baik letak sulphur atas merkuri dan kutip perlahan-lahan.

4. Letak dalam beg kertas/plastik. ikat atau balut semula. Buang atau tanam (lebih selamat).

5. Bawalah pelajar itu ke hospital untuk pemeriksaan jika ada kesan sampingan akibat pencemaran merkuri seperti mual, muntah atau lemah badan.

6. Pantau kesihatan pelajar berkenaan dalam masa 2 minggu. Lihat sekiranya ada ciri-ciri mual, muntah, demam atau lemah-lemah tubuh badan terutamanya bahagian kaki.

11 comments:

  1. assalammualakum,
    sy fiza... bole x nak tanya berkaitan merkuri nie.. pagi tadi saya baru perasan termometer utk check demam anak pacah dalam beg kecil yg biasa sy letak alat2 mekap dan balm.. barang2 dalam beg tu perlu ker saya buang ke semuanya?? atau bole basuh dengan air panas??
    harap tuan dapat membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudari fiza,
      Seeloknya buangkan sahaja semua barang yg berada dalam beg tersebut, dikuatiri terkena merkuri tersebut dan memudaratkan....

      Delete
    2. Pengalaman sy kecil dulu ketika umur 6-9tahun penah berlaku di ruang tamu rumah sy sendiri, sy terpecah kn thermometer bapak sy punye hehe maklum la bapak guru skolah mungkin dia terlupa nk simpan thermometer tu, tp yg pasti kt rumah msa tu ada 2 beradik je sy dgn kakak sy, mase thermometer tu pecah sy main abis dah kt tgn, biasa lah budak bru jumpe bende bru cantik silver gitu haha
      Sy tnjuk kt kakak smbil hulur tangan nk tunjuk. Hmm trus dia bising ap semua pokpek² sambil kemas... tetiba senyap masa tu sy kt dapo da lari kekekeke, dia punya ngisss hahaha sy pun dtg la tgk rantai tngan emas dia putus sbb terkena merkuri thermometer tu la, sy x nagis sbb teruja siap letak lg rantai tu ad la nk tgk emas tu cair dlm merkuri tu emas tu bole hilang. Budak² mase tu mn tahu nilai emassss hahah. Tp alhamdulillah kmi xde ap² yg memudarat kn mse tu syukur alhamdulillah masih bernyawa

      Delete
    3. Nota Tercicir...: Bahaya Merkuri (Raksa) And Salah Anggap >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Nota Tercicir...: Bahaya Merkuri (Raksa) And Salah Anggap >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Nota Tercicir...: Bahaya Merkuri (Raksa) And Salah Anggap >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK ve

      Delete
  2. Bagaimana pula kesan merkuri dalam krim kecantikan ya? Risau juga. Since kata merkuri memudaratkan jika termakan, terminum atau terhidu..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat bahaya sebab boleh terkena kenser. Lebih baik guna products yang bebas mercury

      Delete
  3. Termometer bilik kat rumah saya berwarna merah, bukan warna silver. Adakah ia mengandungi merkuri juga?

    ReplyDelete
  4. Salam tuan. Boleh minta no utk dihubungi? Saya nak whatsapp tentang merkuri. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Assalam saya nak tanya harga termometer biasa berapa ye sebab saya dah terjatuhkan termometer dekat sekolah and cikgu suruh ganti

    ReplyDelete