Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, January 9, 2017

Kisah Hidup 2 : Roti Planta Gula


Dulu semasa aku kecil, jarang berjumpa makanan lazat seperti KFC, Burger, Pizza, Minuman CoolBlog dll. Memang tak jumpa walaupun KFC mungkin dah ada pada masa itu. Antara yang hebat roti planta tabur gula. Itu kira makanan mewah juga bagi kehidupan aku yang miskin.



Bila abang sulong aku kahwin, dia tinggal di rumah sewa hadapan rumah sewa kami. Aku selalu melintasi di hadapan rumah sewanya kerana perigi (telaga) berada di hadapan rumah sewanya.

Zaman dahulu mana ada paip air, semuanya guna perigi dan perigi pula berkongsi beberapa rumah untuk satu perigi, macam cerita P. Ramlee. Tandas kalau ada tu kira bagus tapi kami guna semak aje.

Bila melintasi rumah sewa abang aku, aku lihat dia makan roti planta. "Zul nak roti?". Aku jenis pemalu. Aku jawab tak nak. Dalam hati memang nak. Bila jawab tak nak, melepaslah.

Kisah roti planta ini hilang begitu sahaja. Aku tak pasti tapi rasanya masa tu aku sekolah rendah.

Bila aku bekerja dan mula mengajar di Sarawak. Aku tinggal sendiri di rumah sewa dan aku memasak sendiri. Jadi banyak pilihan untuk aku membeli makanan untuk persiapan masakan aku.

Terlihat Planta. Apa lagi keinginan untuk merasainya pun ada. Sepanjang kisah aku dengan abang aku sehingga aku bekerja mungkin aku dah makan roti planta banyak kali tapi aku tak banyak mengingatinya.

Aku pun beli planta marjerin tin besar. Bila aku makan aku rasa tak sedap pun! Akhirnya berbulan-bulan planta tak habis dan aku tak pun makan roti planta tabur gula.

Nafsu kita akan sentiasa melihat kemewahan dan keseronokan orang lain. Kita selalu akan rasa orang lain lebih baik daripada kita. Kita jarang bersyukur dengan apa yang ada.

Kadang kala apa yang kita lihat seronok, hebat dan mewah sebenar tidak ada apa-apa pun. Sebab itu ramai orang yang miskin lebih bahagia hidupnya berbanding dengan orang kaya.










1 comment:

  1. xdok button nok like.. buat laa sutel(1). Teruskan menulis, kalau kita xdok sekurang2nya ada lah ilmu nok baca.

    sekian
    https://donrichmanchannel.blogspot.com/

    ReplyDelete