Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, April 22, 2013

Sotong Bakar..


Hari aku bersembang dengan Cg Noripah pasal resepi.. sambil "joke" aku tunjukkan blog ini dan minta dia masukkan aku ke dalam Panitia Kemahiran Hidup untuk mengajar memasak. Percakapan terhenti disebabkan masa itu aku ada kelas.

Hari ini sibuk sedikit, aku balik lewat. Sekitar pukul 5 ptg, kemudian teringat isteri minta beli beras siam cap pisang. Ke kedai runcit Atiqah. Tegok (lihat) kerang beli kerang RM3.50. Ikan Daun Ba'ru 'bapok' (besar) hampir besar pinggan... jarang aku lihat ikan daun ba'ru besar tu. Angkat letak, angkat letak... pikir isteri sibuk tak jadi beli... Dalam perjalan pulang rasa macam silap tak beli RM12 aje sekilo..