Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, March 27, 2013

Cuti Terancang Aku Masa Sekolah Dulu, Tangkap "Che Rhu"


Ini rumah semasa aku kecil. Aku tinggal di sini semenjak sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Rumah ini adalah rumah sewa. Kemudian kami tinggal sebelah tanah ini bila keluarga kami membina rumah sendiri. Banyak kenangan manis yang masih tidak luput dalam ingatan. Antaranya 'Cuti Terancang' aku mencari cik rhu-cik rhu (ada kata che ghu-che ghu payah nak eja sebenarnya)



Ini dia Che Rhu. Ada yang sebut undur-undur. Dalam bahasa saintifik dikumpulkan dalam keluarga Myrmeleontidae. Lebih dikenali sebagai antlion (Semut Singa). Dianggarkan lebih 2000 spesis ini tersebar diseluruh dunia terutama pada kawasan bersuhu  panas dan berpasir.

Macam mana dapat nama "Che Rhu" bagi orang Terengganu aku belum buat rujukan terperinci.. engkau orang boleh cari sendiri. Yang aku tahu 'Nantang' (Serangga pun org Terengganu panggil binatang) ni biasa ada di bawah rumah (masa tu rumah kayu bertiang) atau dekat 'got' (reban) ayam.


Dia jenis pemangsa suka makan semut. Dia akan buat kawah pasir untuk memerangkap serangga lain. Jika serangga terjatuh, Che Rhu akan menyerang dan mengheretnya ke dalam pasir.

Cara MenangkapnyaAda banyak cara untuk memangkap Che Rhu. Cara paling bodoh kaut aje pasir dilubang kawah dan kais, kalau jumpa nasiblah... Ini kira tak terancang!!

Cara lain ialah tangkap semut masukkan ke dalam lubang kawah, tunggu sehingga Che Rhu keluar menyerang, kemudian kaut pasir dan kais cari Che Rhu. Ini pun kira masih tak 'profesional'.

Che Rhu keluar drp persembunyian untuk menangkap semut
Cara yang aku guna biasanya aku kail Che Rhu dengan mengikat semut/kerengga dengan benang halus atau rambut (curi rambut emak yang gugur). Bila Che Rhu tangkap semut terus aku tarik dan Che Rhu akan 'terkail' sekali.

Boleh juga ikat Che Rhu sebagai umpan untuk tangkap che rhe lain. Atau kalau tak ada umpan gerakkan rambut.... dan che rhu akan datang keluar menyangka ada serangga yang terjatuh dalam kawah perangkapnya. Masa tu terus kaut pasir.

Bila dapat beberapa ekor che rhu kita letak pasir atas papan kita lihat aksinya menggali dan menyorok dalam pasir. Selain itu kita laga che rhu, lihat mana yang kuat... Aktiviti ini biasa dilakukan oleh budak belum sekolah selepas membuang air besar dalam semak, sambil menunggu emak atau ayahnya basuh 'punggungnya' di telaga....

KesihatanChe Rhu berkhasiat mengubati penyakit diabetes, terbukti secara medical, bahkan para doktor menganjurkan pesakit memakan serangga ini yang masih hidup tanpa dibersihkan dengan air kena jika terkena air khasiatnya akan hilang. Adalah dipercayai yang menyembuhkan diabetes dari serangga ini adalah bulunya.

Che Rhu juga tidak boleh dimakan dalam keadaan mati, kerana hilang khasiat. Jika merasa jijik, boleh memasukkannya ke kapsul kosong lalu dimakan.

Maklumat ini baru aku tahu... entah ya entah tidak!! Tapi tobat aku tak buat!

Video

video

Video ini menunjukkan bagaimana Che Rhu mengenakan mangsa..

Fakta Saitifik

Bila dah 'tua berjanggut' baru aku tahu Che Rhu ini adalah larva sahaja. Rupanya serangga ini ada kitaran hidupnya.


Bila besar rupanya macam 'sibu' (pepatung).



Lelah aku tulis pasal 'nantang' ni. Jom kita gi tangkap Che Rhu......

3 comments:

  1. la sibur rupanya

    ReplyDelete
  2. Ambo kecik dulu panggil "undur puyuh" nate ni :)

    ReplyDelete
  3. Klako explanation . .. suke bace..terbaik boh

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails