Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, January 6, 2012

Nur Amalina dan Nik Nur Madihah sebagai perbandingan

Saya menerima pelbagai reaksi atas penulisan berita gagalnya Nur Amalina pelajar 17 A1 menghadapi kejutan budaya. Penulisan itu juga bersifat sebagai pendidik yang membicara soal-soal akhlak bukannya menjaga tepi kain atas dasar Nur Amalina telah menjadi ikon pelajar semenjak 2005 selepas kerjayaannya dalam peperiksaan 2004.

Saya juga tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan itu kerana ibunya sendiri telah mengiyakan paparan gambar yang tersebar di internet dan memang tidak dinafikan dalam penyebaran maklumat diinternet ada penulis menulis tidak mengikut cara yang sepatutnya sehingga ada yang menambah kononnya Nur Amalina gagal di Universiti. Malah ibunya sendiri yang membeli dan gambar itu diambil sendiri oleh ibunya. Jadi tidak timbullah gambar tersebar itu suatu teknik 'photoshop' Anda boleh baca di sini untuk jawapan Nur Amalina dalam kes ini.

Suka saya membuat perbandingan seorang lagi pelajar yang telah berjaya pada SPM 2008 empat tahun kemudian iaitu mendapat 20A (19 A1 dan 1 A2).


Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak berbanding dengan Nur Amalina sebab itu difahamkan ramai wartawan pergi ke rumahnya di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.


Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.


Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai nelayan.


Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata beliau,
“Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa.” Itulah rahsia kejayaan beliau.


Cuba anda lihat (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.


Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan.

KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ?
Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.


Keluarga Nik Nur Madihah telah dikurniakan sebuah banglo di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa oleh kerajaan Kelantan atas kerjayaan beliau.

Ada yang bertanya, kenapa keluarga beliau tidak dibantu sebelum ini atau meminta bantuan zakat. Jawapan Nik Nur Madihah cukup mengkagumkan saya.. dan itu sepatutnya ada pada setiap diri insan.
“Macam yang saya cakap hari tulah. Kami lebih suka berusaha dengan tulang empat kerat kami. Kami masih gagah dan mampu ikhtiar sendiri. Lainlah kalau sakit atau tidak berupaya. Kami memang tidak mengadu pada sesiapa (di kalangan manusia).

Berkenaan zakat, kami tidak mohon sebab kami fikir ada lagi orang lain yang lebih susah. Kalau kami mohon, mungkin orang yang lebih susah akan terlepas bahagiannya.”


Ekoran daripada perkembangan berlaku kepada Nur Amalina, ramai dikalangan penulis cuba untuk mendapat maklumat tentang perkembangan terkini Nik Nur Madihah sekarang.

Buat masa sekarang, Nik Nur Madihah masih belajar di Kolej Tuanku Jaafar. Dijangka menamatkan pelajaran di situ pada bulai Mei atau Jun 2012. Insya Allah akan menyambung pelajaran ke UK pada bulan September 2012. Sebelum ini Nik Nur Madihah telah belajar di Jordan selama setahun untuk jurusan Fizik tetapi ada perkembangan di Jordan tidak menjamin pencapaiannya beliau berpindah ke Kolej Tengku Jaafar. Al Hamdulillah Nik Nur Madihah tidak mengalami kejutan budaya di Kolej berkenaan dan masih kekal pakaian seperti dahulu.
(gambar di atas adalah student kolej TJ)


Insya-Allah jika ada kesempatan nanti saya akan paparkan maklumat terkini Siti Fatimah ikon pelajar peperiksaan SPM 2006 yang dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.




Video Terkini Nur Amalina




1 comment:

  1. Nota Tercicir...: Nur Amalina Dan Nik Nur Madihah Sebagai Perbandingan >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Nur Amalina Dan Nik Nur Madihah Sebagai Perbandingan >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Nur Amalina Dan Nik Nur Madihah Sebagai Perbandingan >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete