Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, August 13, 2016

Betul ke Maksud Pokemon itu "Saya Yahudi"?


Isu Pokemon bermaksud 'Saya Yahudi" telah bermula tahun 2010 lagi, tapi masa itu aku tak ambil cakna sangat, aku tak baca pun artikel atau posting berkenaan Pokemon "Saya Yahudi". Walaupun tak ambil cakna perkara ini macam mempengaruhi juga minda kita.

Aku suka kumpul filem kartun. Lebih darupada 100 koleksi filem kartun ada dalam simpanan aku sampai sekarang. Daripada 100 ++ itu tak ada kartun daripada pokemon dan lego. Lego mungkin aku benci kepada pelukis kartun Denmark yang menghina Rasulullah. Tapi aku tak pasti kenapa pokemon tak ada.

Semalam aku terima satu posting daripada 'Geng Surau' seperti di atas.

Isu Pokemon Saya Yahudi timbul semula kerana games Pokemon GO. Saya secara peribadi adalah permain 'games' tegar. Aku pernah tulis artikel di sini. Aku berhenti bermain permainan games pada tahun 1996 dan sehingga sekarang minat untuk games komputer sudah pudar sama sekali. Bukan sahaja permainan komputer, main pada handset pun aku tak suka.

Aku setuju mufti mengharam mereka yang tegar dalam permainan pokemon ini. Banyak keburukan kalau kita ketagih. Mufti memberikan nasihat yang bagus, mereka mendalami sebab aku cakap mufti betul aku pun dulu giler main, sampai banyak kerja terbengkalai kerana kurang tidur duduk mengadap PC.

Pokemon pertama kali diperkenalkan pada tahun 1995 dan 2016 adalah ulang tahun ke-20 Pokemon. Kartun ini dicipta oleh Satoshi Tajiri dan merupakan orang Jepun. Beliau mendapat ilham menghasilkan permainan ini daripada pengalaman waktu kecilnya di mana beliau suka mengumpul serangga:




Pokemon berasal daripada perkataan "Pocket" dan "Monster". Ini membawa maksud Pokemon adalah Pocket Monster atau dalam bahasa mudahnya "Raksasa yang Boleh Disimpan di dalam Poket".

Ini kerana raksasa tu boleh ditangkap dan kurung dalam sebiji bola kemudian boleh dimuatkan ke dalam poket oleh pemiliknya. Secara amnya atau ringkasnya Pocket + Monster = Pokemon
Manakala Charmander pula berasal daripada perkataan Char (perkataan inggeris, maksudnya bakar, membakar ataupun terbakar) dan Salamander (sejenis binatang dalam cerita dongeng, binatang ini semacam biawak dan dikatakan hidup dalam api). Secara ringkasnya Char + Salamander = Charmander.




Pikachu pula berasal daripada perkataan Pikapika (bahasa Jepun, maksudnya bunyi arus eletrik) dan Chuchu (bahasa Jepun juga, maksudnya bunyi tikus). Secara ringkasnya memberikan maksud Pikapika + Chu = Pikachu.

Kalau kita terokai cerita-cerita kartun banyak idea untuk buat raksasa khayalan untuk mempengaruhi budak-budak tetapi tak banyak yang berjaya seperti pokemon yang telah meresapi bukan sahaja kepada budak-budak tetapi orang dewasa terikut sama.


Lilo & Stitch juga mengenai makluk ciptaan tetapi verita menari tetapi tidak berkembang kerana perwatakannya tidak begitu berkembang sebagaimana orang-orang Jepun membuat watak.

Abhbar Yordania “ad-Dustur” edisi hari Isnin 8 Muharam 1422 H. pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beberapa Doktor ahli bahasa Suryani di Universitas Yarmuk, begitu pula pernyataan Lembaga Sosial Suryani di Yordan, bahwa kalimat Pokemon, Pikachu dan nama-nama lain dalam kartun Pokemon, sama sekali tidak ada kaitannya dengan bahasa Suryani, bahkan nama-nama itu asing bagi bahasa Suryani. Hal serupa juga adanya anggapan bahwa nama-nama tersebut menggunakan bahasa Jepun. Begitu pula anggapan bahwasanya menggunakan bahasa Ibrani.

Saya setuju beberapa perkara dalam isu Pokemon ini antaranya

Syirik Dan Merusak Aqidah Muslim jika kita mempercayai dan mengada-adakan makhluk hidup khayalan yang memiliki keistimewaan serta kemampuan luar biasa dan ajaib kerana ini boleh merosakkan pemikiran kanak-kanak. Kita juga sedar dan faham keistimewaan yang ada boleh membantu kebaikan adalah mujizat nabi-nabi. Tertakala pokemon jika ini dimainkan oleh kana-kanak harus dibimbing supaya mereka tidakj menyeleweng dariupada akibah sebenar.

Kedua  berkenaan Teori Evolusi Yang Sesat yang tersemat perkembangan evolusi monster-monster kecil yang memiliki kemampuan ajaib ini dengan sendirinya. Ini sebenarnya sejajar dengan teori Darwin yang kufur dan batil, yang menyatakan adanya perkembangan dan peningkatan makhluk dengan sendirinya, serta menidakan keterlibatan al-Khaliq dalam perkembangan itu. Jika tidak dibimbing kanak-kanak mempunyai salah fikir.

Kita boleh membantah sesuatu tetapi jangan kita mengelirukan dengan maklumat yang tidak benar kerana ini akan merosakkan golongan ulama dalam Islam kerana ada mereka yang menyebar luas perkara yang tidak benar. Adalah lebaih baik kita membuat kajian dan menolak dengan hujah dan fakta yang benar.

1 comment:

  1. Nota Tercicir...: Betul Ke Maksud Pokemon Itu "Saya Yahudi"? >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Betul Ke Maksud Pokemon Itu "Saya Yahudi"? >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Betul Ke Maksud Pokemon Itu "Saya Yahudi"? >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete