Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, April 22, 2014

Nantang apa makna label pada buah-buahan??

Semenjak isteri saya tahu dimana nak dapatkan buah-buahan murah.. Peti rumah saya penuh dengan pelbagai buah. Biasanya bila berjaga malam terutama mengadap komputer saya akan selongkar dapur, kalau tak ada apa yang jumpa aku 'ratah' ikan goreng yang tak habis... kalau tak ada apa-apa, ikan bilis jadi mangsa...

Tapi sekarang tak lagi.. makan buah. Bayangkan sekali beli satu peti.. RM120 kalau epal gala besar untuk 56 biji. Sekali makan tak payah sarapan pagi esoknya..

Ada kedai fozen buah-buahan sebelum sekolah menengah Teknik. Boleh pilih main kotak-kotak. Buah-buah ikut musim dan sekarang musim pear.

Friday, April 11, 2014

Makan Nasi Lauk Kari Gemunggal (kacang kelo atau munggai)


Hari ini balik sekolah makan kari gemunggal. Isteri aku masakkan spesial untuk aku. Gemunggal ini bukan makanan orang Melayu. Jarang sangat orang Melayu tahu cara makannya... Orang Melayu kalau nak buat ubat kuat itu memang pandai.. nanti aku cerita di akhir coretan ini.

Cerita masakan ini bermula bila aku nak tukar tabung gas terpandang pokok gemunggal dan ada buah hampir kering (tua). Aku terlintas ditepi pagar rumah adik aku ada pokok ini. Maka aku pun balik dan pergi lihat, wah masih ada buah muda!! Aku petik dan tinggalkan di atas meja.

Tanpa di suruh isteri aku cuba buat yang spesial untuk aku...

Tuesday, April 8, 2014

Sepanjang hayat aku 2 kali aku bersumpah


Sepanjang aku ingat 2 kali aku pernah bersumpah.Ini bersumpah dengan Wallahi, Wabillahi dan Watallahi..Ini bukan bersumpah junjung Quran, atau letak Al Quran di dada semasa belajar mengaji quran. Atau pangkah Alif Lan Lan Ha... di belakang atau dada!

Satu semasa darjah 2 dan satu lagi semasa darjah 5. Sumpah yang darjah 5 tu akau telah di'matikan' ketika aku berumur 30 tahun dengan puasa 3 hari.