Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, October 19, 2013

Resipi Ais Krim Goreng


Lama aku nak buat ais krim goreng kepada anak-anak aku. Pertama kali aku makan ais krim goreng ialah di Motel Desa. Masa tu aku, Anuar Yahya, Amir jadi JU (Jurulatih Utama) Kursus ICT. Masa kursus aku banyak buat teguran kepada En. Azman (sudah meninggal) Ketua Unit Latihan JPNT kerana memilih Motel Desa salah satu daripada tempat kursus.

Semasa aku membuat teguran, ada beberapa orang sepak kerusi aku, aku tak faham. Aku pelik bila aku tegur En Azman akan jawab seolah-olah dia tahu tentang Motel Desa.

Thursday, October 17, 2013

Masak Lamb Steak Black Paper Di Rumah


Raya Haji aku di rumah kakak ipar dan semua keluarga sebelah isteri berkumpul di sana dan kami semua korban 2 ekor kerbau. Kebetulan ada kenalan anak saudara aku seorang chef hotel. Kami minta dia orang buat kerbau bakar (BBQ). Dari situ aku memerhati dan memang aku ada niat nak buat kambing steak. Kambing kepingan steak aku dah beli di Mydin 3 minggu lalu. Tak sempat nak tanya Mr Google lagi. Tapi mujurlah ada Chef.

Nak buat steak, pertama kita kena buat rempah BBQ untuk gaul daging. Bahan-bahannya semuanya yang 'tersedia' boleh di beli di Giant atau Mydin.