Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, October 17, 2013

Masak Lamb Steak Black Paper Di Rumah


Raya Haji aku di rumah kakak ipar dan semua keluarga sebelah isteri berkumpul di sana dan kami semua korban 2 ekor kerbau. Kebetulan ada kenalan anak saudara aku seorang chef hotel. Kami minta dia orang buat kerbau bakar (BBQ). Dari situ aku memerhati dan memang aku ada niat nak buat kambing steak. Kambing kepingan steak aku dah beli di Mydin 3 minggu lalu. Tak sempat nak tanya Mr Google lagi. Tapi mujurlah ada Chef.

Nak buat steak, pertama kita kena buat rempah BBQ untuk gaul daging. Bahan-bahannya semuanya yang 'tersedia' boleh di beli di Giant atau Mydin.




Antara barangan yang diperlukan.



Bahan-bahannya adalah Sos Tomota, Sos Chille, HP BBQ Original, Grill Mates Montreal Steak, Steak Spice, Chinnes 5 Spice (Beli hok murah tak apa.. bunga rawang, cengkih, kayu manis, ladang hitam dan buah pala) dan Hunt's Original Barbbecue Souce.

Gaul semuanya dalam satu bekas. Sebatikannya. Masukkan minyak zaitun. Kalau tak ada 'bahang aje' minyak masak biasa.



Selepas tu jadi macam ini.



Bersihkan daging potong ikut urat. Ini adalah petua untuk daging lembut apabila dimasak.



Gaulkannya dengan rempah tadi. Sebaiknya perap semalaman. Makin lama diperap makin sedang sebab rempah meresap.

Kedua nak buat kuahnya pula.



Beli Demi-Glace Brown Source Mix campurkan dengan air kacau pelahan-lahan sehingga sebati. Kemudian panaskannya di dapur.



Kacau sehingga sebati, masukkan sedikit buttercup dan masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (boleh beli yang dah siap). Kalau nak sedap kasi banyak lada hitam.

Ketiga ialah untuk bahan hiasan. Yang ini banyak jenis dan banyak cara. Yang saya buat ialah:-



Hiriskan kobis dan lobak merah halus-halus. Gaulkan dengan mayonnaise dan taburkan sedikit ladam hitam. Simpan dalam peti ais.



Bahan lain seperti barkoli, bunga kobis, tomato kecik asparagus, cendawan (semuanya ada di Aneka). Boleh goreng pada kuali tak melekat dengan menggunakan minyak zaitun + buttercup. Kalau malas boleh celur dalam air panas sahaja.

Ada yang suka ketang goreng boleh masak kentang. Saya masukkan sekali kacang panggang. Ikut mana yang ada yang boleh menambahkan kenyang.



Nak Grill kambing, gunalah microwave pilih 10 minit dan balik untuk 10 minit bagi yang nak masak penuh. Separa masak boleh guna 5-8 minit sahaja.



Ini rupa yang dah siap di microwavekan...



Kalau rajin boleh guna BBQ. Rasanya pun lebih kurang sama aje.. Tapi boleh masak banyak sekali gus. Macam aku terpaksa buat beberapa kali untuk 7 orang makan.



Pastikan anda balikkan untuk dapatkan rasa yang sekata...



Dah siap untuk di makan. Aku suka banyak kuah.. 




Bila siap.. aku akan cuba dulu..


Anak aku lagi darsyat.. tak main pisau dan garfu... nak best katanya... Yang penting jimat duit aku.. kah kah Kalau ke hotel UiTM Lamb Steak RM18 seorang tak masuk lagi minum. Bayangkan anak + bini (nasib baik seorang) 7 orang semuanya. Itu belum masuk cukai 5% + Garvoment Tax 6%.

Selamat mencuba..

[KLIK GAMBAR UNTUK BESARKAN PADA SAIZ 1024 PIXEL]

No comments:

Post a Comment