Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Saturday, September 14, 2013

Rampasan Senjata Terbesar


Hari ini satu rampasan senjata terbesar telah dilakukan berikut apabila 2 kongsi gelap bergaduh sesama sendiri. Rampasan yang melibatkan 4 pucuk pistol dengan bekalan peluru untuk sebulan termasuk satu pistol laser.

Peristiwa bermula apabila seorang daripada kumpulan tersebut telah ditembak tanpa memakai baju. Akibat daripada kesakitan dia telah menyepak si penembak. Adegan luar kawalan pun berlaku dimana bukan lagi tembak menembak tapi tumbuk menumbuk dan ada yang meraung menyebabkan bapanya turut serta.



Setelah ditarik telinga dan geledah dilakukan telah membawa kepada terjumpanya beberapa lagi pistol simpanan dan bekalan peluru yang mengejutkan ibu bapanya. Seorang daripadanya sempat melarikan diri keluar ikut pintu hadapan rumah.

Kegiatan ini telah lebih semangat lagi semasa cuti Hari Kemerdekaan di percayai mereka telah membeli baju askar di Wang Kelian, sempadan Perlis-Thailand.


Nasib baik mereka tidak membeli pistol buatan Thailand yang diperbuat daripada besi (menghapiri pistol sebenar) berharga sekitar RM50 - RM80 bepucuk.

Dipercayai semua senjata ini dibeli dengan menggunakan duit raya baru-baru ini dan pembelian dibuat dengan bantuan rakan sekolah yang bebas keluar ke kedai untuk membuat urusan pembelian kerana mereka berdua sukar keluar akibat kawalan ketat oleh ibubapa.

Setelah rampasan berkenaan mereka telah dikena perintah tahan rumah dimana tidak boleh bermain komputer, menonton dan kebebasan untuk keluar rumah. Seorang dipaksa menyiapkan beberapa modul peperiksaan dibawah penyeliaan ibunya bagi menghadapi peperiksaan UPSRI bulan Oktober nanti. 

No comments:

Post a Comment