Dalam menysusun, aku terjumpa satu simpanan folder 'surat peribadi' berformat Lotus Ami Pro. Ada 60 surat kepada pelajar semuanya ada password. Surat ini sekitar tahun 1995-1998. 5 kali aku teka password akhirnya berjaya. Tak payah sangatlah kerana aku ada kobinasi tersendiri dalam membuat password.
Sebahagian sebesar surat itu adalah urusan aku dengan pelajar aku di Kapit. Ramai pelajar Kapit masih menghubungi aku walaupun aku telah pulang ke Terengganu pada 1 Mei 1994.
Baru aku 'perasaan' rupanya aku adalah Guru Kaunseling di SMK Kapit, Kapit Sarawak bermula tahun 1993. Mesti "terkejut beruk" cikgu Che Wan Ismail bila terbaca artikel ini.
Aku buat kad menggunakan pc pada tahun 1993. Masa tu guna wordpad sebab tak ada lagi Microsoft word. Kalau taip dengan wordstar atau profesional write tak cantik... nak buat macam macintosh |
Ada orang pertikai boleh ke guru biasa menjadi rujukan untuk menasihati pelajar? Sama juga bolehkah guru biasa menjadi guru agama di sekolah? Aku tak nak jawab....
Tapi pernah aku joke di sekolah sekarang, kepada pelajar semasa aku mengajar ICTL. Aku tanya pelajar, apakah sijil saya dalam IT yang saya jadi guru kamu. Aku beritahu pelajar bahawa aku tak ada sijil untuk IT tapi aku mengajar IT kerana orang berpendapat aku boleh mengajar IT. Aku bagi contoh perbandingan katakan tukang kebun sekolah ini pandai IT, jadi tidak salah kalau dia mengajar IT kerana orang pendapat dia paling pandai IT.... Pelajar macam 'terpegun' tak tahu nak ulas. Ok aku tinggalkan persoalan ini kepada pembaca...
Aku nak papar satu petikan surat aku kepada pembaca, entah saja nak tahu apa persepsi pembaca kepada aku... Memang tak patut kita sebarkan maklumat sulit kepada umum. Itu etika kaunselor!!
Surat dalam format Lotus Word Pro |
Edoh, Saya sebenarnya tidak pernah bercakap dengan mana-mana pelajar perempuan berseorangan, sampai larut malam. Tapi dengan awak saya bercakap. . . entah kenapa ? saya rasa awak mengertikan. Saya korban masa-masa akhir saya bersama awak, dalam keadaan tersebut, dan saya juga agak segan dengan polis yang bertugas malam itu, entah apa anggapannya saya tak tahu. Tapi saya agak kesal. . . apa yang kita bincangkan, sedikit pun tidak memberi manafaat.
Edoh, Saya memperinggatkan semula, nasihat saya itu :-
1. Peranan awak ke sekolah dan tanggungjawab terhadap ibubapa.
2. Apa dia konsep cinta dan kasih sayang yang sebenarnya.
3. Apa dia lelaki dan perancangannya terhadap wanita yang dikatakan dicintai.
4. Bagaimana perempuan boleh tewas dengan nafsu lelaki.
5. dll.
Edoh, Awak menangis pada malam itu, kan. . . . tapi malang awak tewas juga dengan perancangan lelaki serta janji-janji lelaki. Awak sedar bahawa lelaki yang diterima lelaki yang mengajak ke Geraja kan, tapi awak tak sedar lelaki juga boleh menggunakan itu sebagai alasan untuk menewaskan awak.
Edoh, Minta maaf sekiranya saya katakan bahawa saya sudah jangka awak akan tewas sebelum pertemuan kita pada malam itu. Tapi bagi awak nasihat saya itu, tak ada apakan ? Bila dah jadi tak ada apa lagi yang nak dikesalkan. Awak telah merosokkan karier, imej dan pandangan guru terhadap awak dan awak juga sedikit sebanyak telah mengewakan ibubapa awak sendiri.
Edoh, Saya rasa setakat ini sahajalah. . . . surat tanda kekesalan saya terhadap awak, walau bagaimanapun saya tak terasa hati, tak marah, dan tak berniat nak sakitkan hati awak (tapi sekadar rasa kesal sedikit). Kalau awak nak berhubung dengan saya mungkin untuk apa perbincangan, saya masih sudi untuk memberi pendapat atau pandangan. Itu pun kalau awak ada masa.
Setelah saya tinggalkan SMK Kapit. Tak ada guru yang menjadi guru kaunseling sehingga tahun 1995. Bilik yang saya hiasi dengan tikar getah, dan tak benarkan masuk kasut telah disalah guna oleh pelajar yang saya amanahkan sebelum itu. Saya ada buat "pil kaunseling". Bentuk kumpulan tapi satu malam warden telah menangkap satu pasangan di bilik itu.
Kawan ada 'call' saya. "Hebat mung Zul, budak mung buat projek di bilik kaunseling, tapi yang kelah'nya dia tinggalkan selipar di luar. Warden terlihat dua pasang selipar lelaki dan perempuan di luar pada suatu malam. Bahang tangkap!!..."
Tergolek member aku cerita pasal penangkapan di Bilik Kaunseling tersebut. Tahu apa hukumannya di sana? Anda dituduh zina, gantung 2 minggu!!
Malas nak cerita pasal seks bebas di sana. Sebab banyak perkara tidak menghalang masalah seks bebas di sana. Pelajar perempuan tingkatan satu dan dua, baru masuk alam remaja... mereka kadang kala nak mencuba... Itu yang bahayanya!!
Di sana seorang guru lelaki bujang macam aku memang menghadapi dugaan terlalu besar. Tapi al hamdulillah, Allah selamat aku daripada semua dugaan... mesti engkau orang tak percaya.....
Ini satu lagi contoh surat pasal masalah pelajar di sana. Engkau orang klik dan baca sendiri.
Ini Pelajar Melayu Sarawak. Islam. |
..........
Catatan : Di SMK Kapit 99% pelajar bukan beragama Islam. Terdiri daripada Iban, Kayan Kenyah, Kelabit, Cina, Punan dll. Saya bercakap dengannya di hadapan bangku di tempat duduk hadapan bilik guru sebelah kanan pada gambar saya di atas. Hadapan itunya rumah pengetua kira-kira 50 meter. Seingat saya saya bercakap sampai pukul 12 atau 1 pagi. Polis akan datang ke sekolah untuk tanda buku pergerakkannya. di hadapan bilik guru. SMK Kapit ada sehingga 800 pelajar tinggal di asrama. Pelajar berkenaan adalah pelajar asrama.
Assalamualaikum cikgu,
ReplyDeleteSaya min berasal dari Sarawak (Sibu). Bukan niat di hati untuk menegakkan perkara yang salah (seks bebas) tapi ingin menerangkan sedikit fakta-fakta yang kurang jelas dalam artikel cikgu. Kapit majoriti penduduk adalah Iban dan perlulah diingatkan bahawa dalam masyarakat Iban, seks adalah benda yang tidak salah. Sebab itu kita sering melihat kanak-kanak yang baru meniti usia remaja sudah mempunyai pasangan. Perkara ini berlaku adalah disebabkan oleh mentaliti bangsa itu yang menganggap seks itu perkara biasa. minta maaf cikgu atas pembetulan saya ini. sebagai seorang yang berasal dari Sarawak saya agak terkilan dengan perkataan "seks bebas" yang cikgu gunakan itu. kalau dilihat di zaman sekarang, di mana-mana pun benda ini sudah menjadi lumrah bukan hanya di Sarawak sahaja. sekali lagi saya memohon maaf kepada cikgu
Terima kasih Anonymous July 1 8.29Am
ReplyDeleteseks bebas dalam konteks pembacaan artikel berlainan maksud amalan seks masyarakat iban sebenar. saya akan tulis satu artikel yang lebih perinci dalam hal ini agak boleh difahamkan amalan seks dan seks bebas di kalangan masyarakat iban yang kita fokuskan pada artikel ini.
semua tempat sama. aku ngajar di trengganupun belambak budak seks bebas.
ReplyDeleteJangan nak bagi malu kepada kami Iban Kapit!! Tolong padam blog ni!!
ReplyDeletePaloi ini cikgu..minta share apa yg dia tulis ini
ReplyDeleteDalam bahasa Sarawak, ada turutan tahap kita nganok orang. Bodo, mun diberik tahap, ya kira tahap 1. Paloi adalah tahap 2. Bongok adalah tahap 3. Tuyuk adalah tahap 4. Paling teroklah kita anok orang ya, tuyuk. Sebab maksudnya lebih bongok dari bongok, lebih paloi dari paloi, lebih bodo dari bodo.
DeleteGood artikel dr cikgu zul.. yg cukup terkenal di smkso
ReplyDeleteGood artikel dr cikgu zul.. yg cukup terkenal di smkso
ReplyDelete