Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, February 2, 2012

Jika nama manusia hanya menggunakan satu database 'Case Sensitive'

Hari ini saya buat semakan nama untuk kelas 2 Intan 4. Saya memang sensetif dengan ejaan dan nama pelajar. Zaman dulu semasa saya mengajar Fizik mana-mana pelajar tidak menulis namanya dengan betul termasuk nama ayah, saya kadang kala menolak satu markah.

Lagi parah saya akan tambah bin atau bintikan "anak polong", "anak hantu raya" dan ini mmebuatkan pelajar saya berhati-hati semasa menulis kertas jawapan.

Dalam semakan nama ada dua orang pelajar, seorang lelaki dan seorang perempuan mempunyai nama ayah yang sama iaitu MOHD SHAPAWI. Saya tanya mereka ini adik beradik ke?. Jawapan serentak daripada dua pelajar berkenaan tak!!

Kebetulan pada masa itu ada Cikgu Shawapi di belakang makmal ICT. Saya kata "Wah rupanya ada dua orang anak Phawi di sini!"
Terfikir kalaulah nama manusia ini tak boleh sama, mungkin masalah ini boleh diselesaikan. Sama macam kita daftar e-mel. Jika nama itu telah digunakan kita akan dimakluman "username already taken"

Tapi terfikirjuga susah nak ingat nama misal Zul234 dan Zul2012 dll wah memang 'bengong' kepala kita nanti!!

No comments:

Post a Comment