Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, February 8, 2012

Steambot Segera di Makmal ICT

Semalam saya dengan Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Wan Syukur di kantin dan pada masa itu makanan tak banyak yang ada. Cikgu Wan Syukur tanya saya nak makan makanan panas ke? Saya cadangkan kepada cikgu Wan Syukur "mee mamat".

Kebetulan Cikgu Zam ada di situ, menyampuk "Mamat-mamat sebut slow sikit" Itu ayah aku, katanya. Nasib kami lagi malang pasal tak ada tukang masak nak masakkan mee kepada kami.

Saya pun terpaksa makan kueh pau. Entah berapa kali kueh pau menjadi alas perut. Kami banyak sembang pasal makanan, entah macam mana terkeluar steambot. Ada cadangan nak buat steambot di Makmal ICT.


Saya beritahu bahawa nak buat steambot bukannya payah sangat... Ramai macam tak percaya. Lagi banyak persoalan timbul, misalnya bagaimana dalam makmal yang 'beraircorn' boleh masak steambot?

Saya siapkan peralatan mudah untuk steambot dan pagi tadi saya mulakan 'pertunjukkan'


Mula-mula tuankan air mineral sebotol. Jangan guna air minuman. Sebab apa jangan tanya.... ini petua masak tau!!



Lepas tu tumbuk sikit lada jarum dengan belakang gelas.. ni pun petua juga..!!


Masukkan lada jarum yang ditumbuk kedalam periuk steam..


Kalau nak kuah Sup Siam, belilah perencah sup siam Abadi.. Tak payah susuh buat sendiri. Habis masa aje..



Gaul rata...




Masuk bahan-bahan steambot..


Kacau lagi..


Tutup tuperware dengan kemas.. mana tahu masuk 'nantang' didalamnya..


Juru kamera import..


Cikgu Amra adalah pakar dalam bidang kari-mari.. Perlu dapatkan nasihat daripada beliau...


Lepas tu rasa dulu..


Kalau terbeliak bijik mata macam ini... mesti best punya..


Cikgu Razak adalah pakar makanan..




Kalau cikgu Wahab boleh gelak macam kini... anda semua boleh faham. Pernah lihat cerita kartun "ratatouille" bagaimana pengkritikan makan terkecundang dengan masakan seekor tikus.


1 Malaysia...


Setiap apa yang berlaku mesti ada kawal selia.. Bidang sedang menyelia masakan, mana tahu kalau ada yang tidak menepati ciri-ciri pembelajaran yang sebenarnya...
Sorry semua adalah joke aje.. kalau ada gambar yang sengaja ditambah tokok itu anggap aje itu adalah 'asam garam' untuk menyedapkan makanan.

Ada kaitan kalau baca di sini Steambot

No comments:

Post a Comment