Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, October 25, 2010

Doa minta senang

Semalam saya ke rumah tiga pupu saya yang akan bertolak ke Mekah pada hari ini 25 Oktober 2010. Walapun jarang berjumpa hubungan saya agak rapat dengan suaminya dan kami ada semacam satu "ummp". (kena cari petafsiran khusus)

Dalam perbualan yang terbatas disebab ramai orang datang menziarahinya,  sempat juga saya bersembang beberapa perkara tentang agama dan menarik untuk saya menulis di sini menganai ceritanya nasihat daripada Ustaz Daud, Balai Besar. (Dia selalu solat di Surau Ustaz Daud)



Sunday, October 24, 2010

Turun memasak...

Lama benar saya tak memasak. Dulu masa di Sarawak saya adalah tukang masak kepada kawan-kawan se rumah yang kebetulan semuannya "putol kayu" dalam hal memasak, walaupun Iskandar, emaknya adalah tokel gerai makan di Kubang Krian yang terkenal. (Gambar sebelah tahun 1992 saya di Kapit, Sarawak)

Anak sulong saya yang tahun 5 tu main "baruh" di Merchang Jumaat lalu dapat tangkap seekor ikan haruan yang agak besar. Saya lihat aje gelagatnya, sepatah haram pun saya tak tegur dan tak berikan apa-apa respon. Hanya saya cakap sekadar macam berbisik dengan emaknya macam perangai 'ayah' (bahasa saya dengan isteri) masa kecil.