Semalam saya ke rumah tiga pupu saya yang akan bertolak ke Mekah pada hari ini 25 Oktober 2010. Walapun jarang berjumpa hubungan saya agak rapat dengan suaminya dan kami ada semacam satu "ummp". (kena cari petafsiran khusus)
Dalam perbualan yang terbatas disebab ramai orang datang menziarahinya, sempat juga saya bersembang beberapa perkara tentang agama dan menarik untuk saya menulis di sini menganai ceritanya nasihat daripada Ustaz Daud, Balai Besar. (Dia selalu solat di Surau Ustaz Daud)
Dia beritahu saya, semasa dia memberitahu ustaz Daud bahawa dia nak ke Mekah, ustaz Daud nasihatkannya bila sampai di sana jangan doa mintak nak kaya tapi doakanlah mintak senang.
Dia terus menjawab nak kaya dan nak senang kan sama aje ustaz?
Ustaz Daud terus menjawab tak sama. Senang bermaksud senang (mudah) mendapat harta, senang juga membelanjakan harta untuk kebaikan atau sedekah. Ustaz Daud meneruskan nasihatnya ya senang mengeluarkan duit kepada kebajikan walaupun semua duit dikeluarkan. Hati senang tak rasa, esok nak makan apa?
Senang dalam urusan dengan orang dan semua hal kehidupan. Dia tambah lagi ustaz juga menyebut senang bangun tengah malam bagi bertahajjud.
Dia mengakhirinya "Oii nampak aje orang tua tu slow tapi ilmunya cukup tinggi"
Semasa zaman Saidina Omar, ada orang Badwi berdoa di tepi kaabah. "Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku daripada golongan orang yang sedikit" Saidina Omar marah dan bertanya dari mana dia dapat doa seperti ini. Memang semua orang kenal Saidina Omar pada masa itu seorang yang tegas dalam agama.
Lalu Badwi itu berkata tak tahu ke Nabi s.a.w. pernah bersabda sesungguhnya sedikit daripada umatku yang bersyukur dan saya berdoa supaya dimaksud dalam golongan yang sedikit itu.
Terdiam Saidina Omar atas apa yang disebut oleh Badwi itu dan sesungguhnya apa yang di doakan itu sebenarnya adalah benar.
Doa mampu mengubah 'ketetapan kehidupan kita' (Ini kena study bab Qada dan Qadha). Doa juga disebut sebagai senjata mukmim. Saya Insya-Allah akan berdoa mintak senang dalam doa-doa harian.
Walapun hari, saya akan ke PSPN untuk 4 hari dalam penghakiman pertandingan Blog Pelancongan Negeri Terengganu. Pada hari juga saya sepatutnya kena siapakan 'Montaj' Persaraan Ketua Sektor, JPNT yang akan di adakan pada malam ini.
Semasa saya menulis artikel ini, saya belum mula lagi buat kerja untuk program malam ini tapi hati saya masih senang...
sesungguhnya...saya juga minta kesenangan dunia dan kesenangan akhirat.. senang dunia dlm erti kata..senang masuk kubor...tidak di aibkan... mati mudah (senang) tk tgung malu dgn nazak... senang berurusan dgn kawan2, senang mencari realiti..
ReplyDeleteApek cite P.Ramlee aje ada sebut hidup pun susah mati pun susah!!
ReplyDelete