Isteri saya bercuti setahun tanpa gaji, berehat setelah belasan tahun bekerja. Alasanya lebih kepada berehat kerana dia ada 'sakit kepala' yang berpanjangan. Kami buat keputusan untuk hentikan orang gaji (bibik) dari Indonasia setelah 6 tahun berkhidmat. Tumpuan penjagaan anak-anak diberikan isteri saya. Itu sebaik-baiknya.
Banyak cerita menarik sepanjang setahun cuti ini, tak sempat pula nak dikongsikan bersama.
Setahun masanya adalah pendek, dia dah mula bertugas 1 Oktober 2010. Saya mula sedih, terpaksa makan bukan lagi dari "air tangan isteri.." tiada lagi 'kemesraan' yang sukar ditafsirkan dalam kehidupan kekeluargaan.
Hari ini dah masuk bulan November, sepatutnya isteri saya mendapat gaji, nak juga saya lihat bagaimana seorang yang berpendapat baik sebelum ini terpaksa menjadi pengurusan wang daripada suami yang telah di 'catu'. Dia terpaksa "mengikat perut" dengan wang suami...
Banyak cerita menarik, zaman catu ini. Pernah isteri ke pasar dengan anak lelaki saya, Haziq (gambar sebelah). Anak saya pernah memberitahu saya "Ayah ummi beli buah salak 4 kilo, rambutan 2 kilo, dokong, pisang dan macam-macam lagi. Sakit tangan Haziq bawanya"Saya berseloroh dengan menjawab bulan sepuluh nanti (Oktober) ummi engkau akan beli 10 kilo!!! Haziq hanya ter"pengong" aje... dia tak faham kata-kata saya. Sebenarnya saya hanya bermaksud bulan sepuluh nanti isteri saya akan bekerja semula, dan mempunyai kewangan sendiri... tahulah dia kan raya setelah lama berpuasa!
Semalam saya ambil dia di sekolah, kereta hanya ada satu buat masa ini setelah Iswara lama saya accident dan totaly lost setelah anak saudara isteri saya melanggar tiang elektrik.
Dia beritahu saya, gaji tak ada bulan ini pasal pejabat tak buat gaji. Saya tergelak (dalam hati mampuih.. tak boleh enjoy lagi aku). Dia kata pasal pejabat akan buat gaji sepelas dia daftar masuk semula ke sekolah. Jadi bulan depan baru dapat. Dia cakap itulah prosedurnya...
Saya sedikitpun tak percaya, tapi tak komen hanya terdiam sahaja. Dalam hati saya terfikir bagaimana seorang yang dah bekerja 15 tahun, mohon cuti setahun tarikh cuti dan tarikh masuk semula jelas dalam surat yang dipanjangkan kepada pihak pejabat sekolah, tak boleh dibayar gaji dengan alasan tunggu sehingga isteri saya daftar baru gaji akan dibuat. Bodoh punya alasan!!

Teringat bagaimana saya mula sampai ke SMKTIZ, 2005 sekolah baru saya, pihak pejabat sekolah mengarah saya membuka akaun bank baru untuk gaji dan claim. Ini arahan dia kata dia. Saya juga diberikan alasan-alasan yang bodoh bagi mengiyakan "kemalasan" pihak pejabat!!
Kenapa kita selalu diberikan alasan-alasan yang bodoh semata-mata nak membenarkan kerja yang tak terurus dan pengurusan yang tak cekap!!
Kenapa kita selalu diberikan alasan-alasan yang bodoh semata-mata nak membenarkan kerja yang tak terurus dan pengurusan yang tak cekap!!
No comments:
Post a Comment