Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, November 10, 2010

Kalau bukan kita siapa lagi nak menghargai guru?

Semalam anak sulong mengajak saya untuk membelikan  hadiah bagi majlis akhir tahun untuk kelasnya. Saya memang malas nak keluar, apatah lagi nak  ke pasaraya. Bukan perangai saya "lepak" di pasaraya, melainkan jika ada hal benar-benar penting.

"Ayah hadiah untuk 4 orang guru dan juga air gas (berkarbonat)"  katanya dari jauh. Apabila dia minta dengan umminya, ummi tak sihat dan tak nak keluar.

Saya adalah pilihan terakhir baginya, memang dia tahu saya bukan suka sangat keluar membeli dan kalau saya keluar saya jarang sangat ajak anak-anak bersama. Bukan apa malah nak layan kerenah dia orang ni, yang macam-macam.


Terfikir sejenak, bagus juga budaya Sekolah Rendah Agama Bersatu Zainal Abidin, masih wujud penghormatan kepada guru. Masih ada pelajar yang meraikan gurunya setiap tahun.

Walapun nilai hadiah yang dipilih tidaklah seberapa tetapi sikap penghargaannya adalah suatu yang besar. Guru adalah pemberi ilmu dan ilmu ini akan dimanafaat untuk masa-masa akan mendatang, apa salahnya menghargai guru.

Kita sebagai ibubapa sepatutnya menjanakan lagi sikap ini dengan kata-kata perasan agak anak-anak kita menjadi "hati yang hidup". Hanya hati yang hidup sahaja bisa menerima dan memanafaatkan ilmu yang dicurahkan.

Kalau bukan kita siapa lagi yang akan menghargai guru?

Sekarang banyak perkara di sekolah orang mempersalahkan guru. Guru bukan lagi menjadi profesion yang mulia. Guru tidak lagi dihormati, malah guru kadang kala menjadi penyebab kepada keruntuhan akhlak dikalangan pelajar...

Setakat hari ini saya masih bangga menjadi seorang guru kerana saya bisa mencorak anak-anak mengikut acuan yang saya mahukan!! Itulah cabaran dunia pendidikan hari ini.

   

No comments:

Post a Comment