Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, July 15, 2012

Kemeja Batik atau Batik Sutera?

Guru perempuan bergaya dengan sutera

Apabila sekolah aku membuat keputusan untuk memakai batik seragam untuk setiap guru, ada inisiatif daripada Kelab Guru untuk menempah batik daripada syarikat batik Desa Murni. Semasa membuat tempahan aku bertanya ini sutera atau tidak?

Seorang guru perempuan yang mengurusnya mengatakan ini bukan sutera cikgu Zul tetapi "kain crepe". Aku jenis 'betul bendul' (orang yang lurus) punya, orderlah baju batik bersaiz XL dengan harga RM220 (kurang pasti harganya sebenar tapi rasa macam tu kerana ini cerita lama)

Bila aku balik beritahu isteri aku, dia pun kata itu sutera. Dia menjelaskan kepada aku pula jenis-jenis sulaman benang yang boleh namakan crape, jacquard atau satin. Sambil ditunjukkan contoh sekali dengan menunjukkan kain crepe yang berharga murah pun ada sekitar RM40 sahaja. Isteri aku memang pandai menjahit. Baju bertunang dan berkahwin aku pun isteri aku yang menjahitnya. Masa aku bertunang dengan dia, aku satu sekolah, aku hantar simple seluar dan baju kepadanya untuk jahitkan baju Melayu aku... bila aku ambil balik seluar dan baju tu nampak dibasuhnya lagi seluar dan baju yang dah bersih itu.... ok setakat ini sahaja.

Esok aku 'cansel' tempahan. Wujud kekeliruan betul ke sutera atau sutera campuran. Ada yang berhujah dengan aku dengan menyebut dua orang guru perempuan (bertudung labuh tapi aku tak nak sebut namanya di sini) kata kain ini buka sutera betul tapi sutera campuran. Sutera campuran boleh lelaki pakai. Sambil mengatakan bahawa suami guru itu pun pakai.

Sutera Campuran


Hujah mengatakan sutera campuran boleh dipakai berdasarkan bagaimana Saidina omar menunjukkan sedikit sutera boleh dipakai dengan menunjukkan 1, 2 atau 3 jari.

Menurut Syukbah, Umar mengisyaratkan satu jari, dua atau tiga jari. Maksudnya kaum lelaki boleh memakai sedikit kain sutera seperti tali leher, kolar baju, pergelangan tangan dan seumpamanya yang tidak melebihi 3 jari lebar. Tapi adakah sutera yang kita pakai itu contohnya tali leher tidak melebihi 3 jari?

Mengesahkan Sutera Sekolah Campuran atau Asli?

Aku tanya yang memandai kata sutera campur ini dia tahu macam mana? Tak ada yang boleh menjawab sekadar hanya dengar daripada penjual, itu pun tak ada hujah yang kukuh!

Untuk tidak menyusahkan guru yang mengurus, aku menukar daripada tempahan baju kemeja siap kepada kain, aku nak jahit sendiri. Dia berikan aku 2 meter, aku cakap aku nak 4 meter pasal nak buat dua pasang dan aku berminat.... Tapi sebenarnya aku nak hadiahkan kepada isteri aku. Sebab perempuan layak pakai sutera dan emas!!

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda. "Kedua-dua ini (baginda memegang emas dan sutera) diharamkan buat lelaki dari ummatku." Hadis HR Ahmad, IBn Hibban, Nasa'iy, Abu Daud, Ibn Majah dari Ali bin Abi Talib  manakala daripada HR Bukhari-Muslim dari Umar alKhattab pula "jangan siapa memakai sutera di dunia, niscaya tidak lagi memakainya di Akhirat." 


Titik permulaannya pengharaman memakai pakaian sutera ini adalah ketika Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai sutera lalu dilarang oleh Jibril ‘alaihissalam, sebagaimana diceritakan dalam hadis daripada ‘Uqbah bin ‘Amir katanya:

Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dihadiahkan (oleh Ukaidir) dengan farruj (sejenis pakaian) sutera. Baginda memakainya lalu mengerjakan sembahyang dengan pakaian itu. Setelah selesai sembahyang Baginda menanggalkan pakaian itu dengan keras seperti membencinya. Baginda bersabda: "Pakaian ini tidak sesuai bagi orang-orang yang bertakwa."

Larangan kepada sutera untuk lelaki adalah satu larangan yang mutlak sama seperti emas. Kalau mengikut pendapat Iman Nawawi daripada kaul Iman Safie, menyandar di atas sutera pun tak boleh bagi lelaki.

Aku pun telefon Desa Murni Sdn Bhd +609-6220366 dan +609-6314884 dan aku dapatkan nama Ani dan seorang lagi aku tak ingat bahagian pemasaran. Aku cakap aku CEO sebuah syarikat dan memang aku berasal drp Terengganu (pasal nak cover bahasa luar aku yang ada slan Trg) nak tempat 30 pasang batik sutera dan aku sebut kodnya sama dengan kod batik sutera sekolah aku.

Berapa u boleh bagi?? Asli atau campur?


Pengesahan memang asli bukan campuran kerana kain sutera yang diimport daripada China ada beberapa kualiti.

Ini kain sutera aku beli 1Malaysia di kotaknya ada
tercatat 100% silk - adakah ini lawak Desa Murni?

Lagipun yang aku beli itu ada tercatat 100% Sutera. Adakah kenyataan di kotak kain sutera ini hanya mainan atau tipuan oleh syarikat Desa Murni Sdn Bhd?? Fikir pakai otaklah....

Adakah Sutera Mahal Harganya?

Satu lagi hujah mengatakan kalau sutera mesti harganya mahal malah mencecah ribuan ringgit. Ini sutera campur.

Pada 1 Mac 2010 Pengarah Urusan Desa Murni, En Suhaimi Embong telah melancarkan 5 produk barunya iaitu ‘Durante Italian Design’ ‘Iman Ekslusif,’ ‘Durra Batik Eksklusif’ dan ‘Alvise Italian Design’. Harga jualan  antara RM250 sehingga RM2000. Maknanya paling murah sutera asli model baru ialah RM250 sahaja dan tidak dinafikan ada yang berharga sehingga RM2000. Sila baca di sini (klik).

Soal mahal dan murah ini suatu yang subjektif. Dulu masa aku bertunang aku pergi ke Kamdar KL, masa tu sebelah Batu Supermarket. Aku kata nak sutera asli yang eksklusif... Dia tunjukkan kepada aku kain nipis (alas baju /lining) macam baju pengantin perempuan selalu mat saleh pakai.... harganya mencecah ribu ringgit. Aku kata nak buat baju kurung. Dia tunjukkan aku sutera korean.. Satin Silk Korean. Harganya masa itu sekitar RM300 ++ sahaja.

Baju itu boleh gumpal dan sejuk seronok kalau 'peluk' bini he he... Baju itu masih ada sampai sekarang kerana isteri aku kurang pakai katanya susah nak basuh. (Sutera jika kena air hilang kekuatannya 30%, pasal tu jangan basuh sebarangan nanti rosak)

Desa Murni mendapatkan bekalan kain putih sutera daripada China. Sutera pula ada dua jenis iaitu sutera ternak dan sutera liar. Sutera ternak dimana kepompongnya dibunuh dengan redam dalam air panas atau dicucuk dan benang yang dihasilkan adalah tidak putus dan boleh capai 1 kilometer. Ini adalah kualiti yang mahal.

Kepompong Ulat Sutera

Kepompong liar yang dipungut adalah kepompong yang sudah menjadi rama-rama di mana benang yang tinggal adalah sudah putus kualitinya adalah paling rendah. Ini harganya murah.

Tidak semua kepompong yang ternak boleh diuraikan, jika kepompong ada ulat kembar benangnya berselirat.

Desa Murni mengambil sutera kosong yang biasa di gunakan adalah dari jenis .

1- Nan Yu
2- Jiang Su
3- Rumah Tinggi

Ada juga menggunakan kain dari jenis terbaik iaitu dari cap Nan Yu dan warna dari jenis Remazol (German)

Sutera bukan sahaja daripada ulat, juga boleh daripada labah dan terbuan tapi tak ada yang buat sebagai perusahaan.

Bagaimana nak tahu Asli atau Tidak?

Ada beberapa ujian boleh dilakukan.

1. Ujian Cincin

Ujian ini tidak releven kepada semua sutera, walau bagaimanapun, sutera tulen lebih rendah lapis biasanya mudah ditarik melalui cincin, menunjukkan betapa sutera sebenar adalah licin dan fleksibel.

Kain sintetik cenderung untuk mengumalkan, menjadikan ia sangat sukar atau mustahil untuk menarik melalui cincin.

2. Ujian Mmbakar


Ini bukan satu ujian piawai anda perlu melaksanakan pada sutera! Walau bagaimanapun, ia adalah satu ujian yang agak muktamad. Ambil benang beberapa kain dan meletakkan satu nyalaan untuk mereka.

Sutera tulen akan membakar dengan bau seperti rambut terbakar dan akan menghasilkan abu hitam, dan berserbuk. Ia hanya akan membakar di api nyalaan dan akan berhenti membakar bila di tarik keluar daripada api nyalaan.

Fabrik sintetik akan terbakar dengan bau seperti membakar plastik dan akan menitis, membentuk satu bola hitam sisa (bukan abu), dan menghasilkan asap hitam. Ia akan terus membakar walaupun selepas dialihkan daripada api nyalaan.

3. Ujian Kimia

Guna 16g CuSO4 (Kuprum Sulfat), 150 ml air, 8-10g glycerine NaOH. Masukkan cebisan kain sutera. Sutera asli akan 'dissolves' manakala Sutera tiruan akan 'remains'.

Saya telah mencuba membakar cebisan sutera sekolah yang dibeli dan anak perempuan saya kata ada bau macam rambut terbakar. Ya ke saya... yalah Ayah!!

Saya cuba kali ke dua menggunakan api dapur gas, api besar lalu terbakar bulu ditangan saya. Bau rambut terbakar agak sengit kerana rambut ada sulfur tetapi Sutera Asli tidak baunya kurang sengit!!

Sila liha video di sini http://www.youtube.com/watch?v=9jLCgYOJrLI 

Kesimpulannya??

Sekarang ini jika batik yang dipakai di sekolah itu adalah asli, siapa yang nak tanggung dosa? Pihak Pentadbir, yang mengurus pembelian atau yang memadai cakap tak apa ini hanya batik campuran sahaja tanpa tahu maklumat sebenar??

Atau tak apa? Dosa kecil aje boleh dengan ambil wuduk? Adakah hadis pengharaman sutera ini bukan mutlak??

Ramai guru lelaki teraniya

Cikgu Mahmod pun mendapat maklumat salah yang sama dengan aku. Dia berjumpa dengan saya dan katakan bahawa dia beli bukan sutera tapi jaquard. Kebetulan cikgu Noripah, guru Kemahiran Hidup melintas aku terus panggil puan Noripah dan minta dia terangkan apa dia Jaquard, Satin dan Crepe...

Dia terangkan itu jenis sulaman kain sama seperti apa yang isteri aku terangkan.

Untuk pengetahuan pembaca aku perturunkan jenis-jenis kain supaya kita tak keliru oleh mereka yang 'buta' tapi bercakap macam orang yang mengetahui..

Jenis kain berdasarkan pembuatannya ialah Woven dan Knit.

Jenis kain berdasarkan serat asli (alam) pula ialah Catton. Manakalah berdasarkan Serat Sintetis ialah Aramid, Acrlic, CDP, Polyester, Polymide (Nylon) dan Spandex. Manakala yang berasaskan Serat Semi Sintetis pula ialah Modal, Royan Viscosa dan Royan Acetat. 

Jenis kain campuran pula ialah TC (Teterton Cotton) / Polyester - Cotton dan CVC (Cotton Viscose) 

Batik Sutera ramai yang tak ambil perduli

Aku telah lihat ramai tak ambil cakna dalam hal ini dan mengganggap perkara ini remeh aje. Ada dalam banyak majlis aku lihat ada yang berkupiah dan warak pakai kemeja batik sutera sedangkan larangan sutera adalah larang mutlak oleh Nabi s.a.w.

Sama juga ada orang yang tak kisah dengan makanan yang dibeli halal atau haram. Ayam sembelihan orang Islam atau tidak...

Ada yang sudah sedar tapi pakai lagi kerana rasa membazir... sedangkan zaman sahabat dulu bila di haramkan arak mereka balik terus mencurah arak sehingga dalam tafsir disebut mengalir seperti sungai... Tak terfikir pada masa itu kalau dijual kepada bukan Islam boleh dapat duit!! Jika kita menjaga agama Allah, pasti
 Allah emnjaga kita walaupun kecil mana usaha kita.

 Sutera Satin dijual sekitar RM200
Sutera Jacquard yang dijual sekitar  RM150
Sutera Crepe yang dijual sekitar RM180
Contoh baju-baju sutera yang ramai dipakai oleh lelaki. Kalau nak pakai pakaian yang elok dan mahal
pakailah pakaian daripada "Microfibrik". Misalnyaya John Master mengeluar kain lembut yang berkualiti macam sutera menggunakan benang microfibrik.


Pakcik diatas pakai batik John Master harga sekitar RM150
Sebelum aku mengakhiri tulisan ini satu yang aku cukup hairan, kenapa payah sangat nak faham arahan perkeliling kerajaan yang mengarah kita memakai batik untuk setiap hari Khamis bukan memakai sutera!! 

Sutera yang dipakai itu bukan design batik. Corak batik sebenarnya kena belajarlah dengan Cikgu Pendidikan Seni Visual (PSV). Apa guna cikgu PSV kalau tak boleh nak manafaatkan untuk faham apa itu corak batik!!!

............

Sekadar Info - Sejarah Sutra

Pada awalnya, sutra merupakan produk ekslusif Kekaisaran Cina atau Tiongkok. Sutra mulai dikenal di Cina sejak sekitar tahun 2700 SM. Hanya bangsa Cina yang mengetahui rahsia pembuatan sutera selama berabad-abad. Siapa yang membocorkan cara pembuatan sutra akan dibunuh sebagai seorang pengkhianat. Karena monopoli inilah yang membuat harga sutera sangatlah mahal, bahkan sebanding dengan emas pada masa itu.

Lalu pada tahun 550 M, Kaisar Romawi Timur atau Bizantium yang bernama Justinian I mengirim 2 biarawan yang menyamar sebagai mata-mata ke negeri Cina. Mereka berhasil mengambil ulat sutera dari negeri Cina dan mengetahui cara membuat sutra pada tahun 552 M. Sejak saat itu, monopoli sutra bukan lagi milik Kekaisaran Cina.

Sejak saat itu, sutra dikembangkan di seluruh wilayah Kekaisaran Romawi dan menyebar ke seluruh dunia. Di Indonesia, sutra mulai dikenal sejak abad kesepuluh. Kemudian pada tahun 1718, bangsa Belanda membawa teknologi untuk budi daya sutra di Indonesia. Sejak saat itulah, sutra mulai dikembangkan di Indonesia.

2 comments:

  1. untuk mendapatkan maklumat detail berkenaan ujian pembakaran keatas jenis-jenis benang/kain.

    http://www.youtube.com/watch?v=kb4tCcnA6jo

    ReplyDelete
  2. Nota Tercicir...: Kemeja Batik Atau Batik Sutera? >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Kemeja Batik Atau Batik Sutera? >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Kemeja Batik Atau Batik Sutera? >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete