Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Sunday, July 1, 2012

Guru tak boleh merotan pelajar sekarang?

Macam biasa aku pagi ke kantin untuk sarapan dan beberapa kali akhir ini jadual aku nampaknya lapang pada waktu pagi. Kebetulan berada di sebelah dengan Cikgu Musa Awang, kaunselor baru sekolah aku menggantikan Cikgu Wan Mohd Anuar.

Cikgu Musa kenalan aku antara terawal semanjak aku pulang ke Terengganu daripada Sarawak. Kenal dia kerana dia pernah membuka kedai komputer 4M bersama 4 orang kawan yang semuanya nama bermnula huruf M. Ini aku sudah cerita sebelum ini (sila baca di sini).

Cikgu Musa mencerita bagaimana pelajar sekarang sudah ada ura-ura tak boleh dirotan. Kami mempertingkai tentang kajian yang dibuat dan rasa orang 'besar-besar' dalam pendidikan kaunseling sekarang itu naik bukan kerana kepakarannya tapi kerana 'politik' akhirnya keputusan yang dibuat makin lingkup!

Saya suka hujah cikgu Musa, misalnya marahkan mat rempit, jalan raya diletakknya 'bumper' kononnya nak halang mat rempit tapi mat rempit berpindah ke tempat lain, yang susahnya ialah orang yang lalu lalang di situ. (ada terbaca blog anak murid aku pasal bumper --- klik di sini)

Cikgu Musa kata pencuri juga di hukum tak setimpal, orang mencuri tak serik... lihat di Pakistan katanya orang boleh tinggal kedai macam tu sahaja kerana orang tak berani nak mencuri. Kalau dia mencuri, sekali sahaja dia boleh mencuri pasal hukuman potong tangan membuatkan dia tak selasa mencuri dengan sebelah tangan dan orang ramai akan takut dan serik melihat hukuman tersebut!

Tapi di Malaysia, rumah terpaksa di pasang grill, pintu pagar di kunci, pintu hadapan pun dikunci bukan satu malah dua dan ada juga yang tiga kunci!! Siapa yang susah... yang bersalah (pencuri) tak ada kesan pun!! Hukuman sekarang adalah hukum yang 'bodoh'.

Aku tambah kalau rumah terbakar... jawab dia rentung pasal tak boleh keluar tingkap terkunci dengan grill!

Aku dulu, masa di SMK Sultan Omar ada juga merotan pelajar... rasanya tak kurang daripada 120 rotan aku telah rotan pelajar sepanjang 7 tahun aku jadi Ketua Guru Dispilin. Sebahagian pelajar yang aku rotan ber'terima kasih' kepada aku. Tapi tak kurang ada yang sampai hari ini 'berdendam'.

Yang berterima kasih itu aku lihat semuanya menjadi manusia yang baik, malah ada yang bekerja dan berpendapatan lebih baik daripada aku seorang 'guru cabuk' sahaja...

Kalau aku kata rotan macam solat... mesti ada yang kata aku dah sesat... dan samakan aku dengan AyahPin. Tapi kalau boleh dengar penghujahan aku, supaya boleh faham apa yang dimaksudkan dengan persamaan solat itu adalah lebih baik.

Terjemahan surah al-Ma'un: 4,5 (mafhum): "Maka kecelakaanlah orang-orang yang mengerjakan solat, yang lalai dari solat mereka."

Ayat dalam bahasa Arab berbunyi (sila semak teks asal arab untuk sebutan yang tepat): 'Fawailullillmusholleen'. Oleh sebab "wailun" ditafsir sebagai neraka wail, maka terjemahan ayat berbunyi seperti ini, “Maka (ke) neraka wail orang-orang yang mengerjakan solat, yang lalai dari solat mereka.”

Konsep rotan juga macam tu. Ada niat dan jangan salah niat!! Kita rotan pelajar bukan kita benci kepadanya. Kita rotan untuk pengajaran sebagai hukuman supaya dia tak melakukan perkara yang sama untuk masa akan datang.

Sebab itu ada pelajar yang aku sepatutnya rotan dia 3 kali aku hanya rotan 2 kali sahaja dan aku simpan untuk dia sebagai hutang, kalau dia teruskan buat kerja 'nakal'nya aku akan rotan yang baki itu. Aku rasa ada lagi pelajar yang berhutang rotan dengan aku sampai hari ini...... Bila mahu bayar???

Sebagai guru kalau kita rotan pelajar dengan emosi marah, kita tidak akan dapat manafaat daripada rotan itu, malah rotan itu sama seperti solat yang Allah akan 'hubang' ke muka kita macam 'kain buruk'. Pelajar yang kena rotan tidak insaf malah akan menjadikan kita musuhnya.

Saya suka meberikan contoh yang terbaik untuk pendidikan anak-anak. Misalnya anak kita buat salah, kita ada dua pilihan samada nak rotan dia atau nak nasihatkan dia. Kedua-duanya betul, tapi kalau kita rotan anak kita mungkin akan ada sedikit emosi yang terganggu dan mungkin ada sedikit hubungan kemesraan kita akan terjejas tapi natijah besar dia akan sentiasa berwaspada.

Jika kita memilih nasihat, dia mungkin lebih mesra dengan kita tapi dia kurang berhati-hati atas kesalahannya.

Saya pernah rotan anak sulong saya, rasannya agak kuat juga... tapi sekali itu sampai sekarang saya tak pernah rotan lagi, tapi mudah berurusannya dengannya. Kalau saya kata "Din tolong angkat kain dijemuran", di terus pergi walaupun saya nampak dia sedang bermain PESS2012. Begitu kalau dia sedang menonton. Ya kita tahu kalau menonton boleh mengganggu jalan cerita... tapi dia akur! AlHamdulillah saya tak perlu tinggikan suara untuknya.

Kalau rotan itu ada dalam pendidikan agama kita, mesti ada sesuatu yang cukup menarik dalam hukuman ini yang mungkin kita tak sedar akannya...

Sebab itu anak kita diboleh pukul dengan rotan ketika berusia 10 tahun kalau dia meninggalkan solat. Tapi kita "bodoh sombong" dengan agama kita sendiri. Kita lebih selesa memilih kaunseling barat kerana kita rasa kita lebih 'hebat' dan moden.

Kita lebih suka mencari buku pendidikan anak-anak daripada penulis barat daripada penulis Islam kerana kita sudah jauh daripada agama kita sendiri.

Seorang sarjana Islam yang banyak menulis tentang adab atau cara mendidik anak-anak berasaskan Islam iaitu Abdullah Naseh Ulwan dalam sebuah bukunya yang berjodol ”Tarbiah al-Aulad fi al-Islam” telah meletakkan beberapa syarat sebelum atau semasa merotan anak-anak sebagai antara tuntutan didikan.

Antara syarat untuk merotan anak-anak ialah sebagaimana berikut :

1. Ibubapa atau penjaga mestilah terlebih dahulu menggunakan segala usaha nasihat dan mendidik yang lain terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan merotan apabila cara yang lembut sudah tidak berkesan

2. Tidak merotan anak-anak semasa dalam kedaan terlalu mara yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap anak-anak

3. Tidak merotan di tempat-tempat larangan atau merbahaya seperti muka, kepala, dada dan perut anak-anak

4. Tindakan merotan kali pertama terhadap anak-anak mestilah perlahan, tidak terlalu kuat yang boleh menyakitkan samada di tangan atau kaki. Jika tidak berkesan untuk satu rotan maka terus dirotan sehingga tiga kali. Jika masih berdegil selepas dirotan sebanyak tiga kali maka boleh dirotan sehingga 10 kali tetapi jangan melebihi jumlah itu sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Jangan merotan seseorang melebihi 10 kali melainkan dalam menjalankan hukum hudud Allah.

5. Tidak merotan anak-anak yang belum sampai umurnya 10 tahun sebagaimana sebuah hadis nabi s.a.w yang bermaksud : Perintahlah anak-anak kamu dengan sembahyang ketika berumur 7 tahun dan rotanlah mereka jika tidak sembahyang apabila berumur 10 tahun….

6. Apabila anak-anak meminta melalui lisan agar jangan merotannya ketika mahu dirotan buat kali pertama maka hendaklah diberi peluang kepada mereka berubah tanpa dirotan berserta dengan janji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama selepas itu. Tindakan ini adalah lebih baik berbanding tetap merotan mereka

7. Ibubapa atau penjaga mestilah merotan sendiri anak-anak yang degil bukannya mewakilkannya kepada adik-beradik yang lain untuk melakukannya bagi mengelakkan timbulnya persengketaan antara adik-beradik.

8. Apabila anak-anak sudah baligh maka tindakan dalam merotan hendaklah lebih kerap dan diulangi sehingga anak-anak berubah ke arah yang baik serta menjauhi segala kesalahan yang dibuat selama ini

Saya masih tercari-cari apa kesan daripada perubahan enzim atau anti bodi dalam tubuh anak-anak yang di rotan, tapi saya masih belum berjumpa dengan lebih terperinci. Saya sekadar berjumpa kesan daripada hukuman rotan daripada hukuman zina. Ada tulisan pengalaman yang boleh di baca di sini.

Mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.

Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.


Satu sebab yang pernah saya terbaca, antara kegagalan pendidikan anak-anak di rumah kerana tidak ada rotan digantung di dinding. Rupanya gantung rotan di dinding itu sudah mendisplinkan anak-anak. Bagaimana pula bila cikgu tak boleh bawa rotan di tangan?

Akhir inilah dilema cikgu sekarang....




No comments:

Post a Comment