Petang tadi dalam perjalanan ke Paka dapat call ajak minum di Kopitian. Zumo tokey Mans'tech Computer kata sahabat lama Zaimi ada datang. Zaimi ini adalah bekas tokey asal Main'stech Computer sebelum dijual kepada Zumo. Juga pernah tubuh kedai komputer 4M bersama 3 rakan lain antara pengerak utama perkembangan IT di Dungun. Ada lagenda Zaimi ini kerana dia adalah "Best Program IT" seluruh ITM Malaysia dalam satu pertandingan... nanti saya panjangkan dalam artikel khusus untuk ini.
Saya bergegas pulang dan sempat bersembang, tapi bukan pasal IT tapi lebih kepada permasalahan ummah. Pelikkan 3 orang IT di Kopitian bersambang agama!!
Tak ada apa yang menarik dalam tulisan Israj dan Mikraj kerana hampir setiap tahun kita mendengar kisah-kisahnya. Daripada kecil sampai tua... Ada cerita yang mempunyai nas yang jelas dan ada yang tak ada misalnya umur dunia dan sebagainya. Itu bukan suatu yang boleh merosakkan aqidah!!
Tapi bila kita persoalkan Allah itu berada tidak bertempat dengan Allah berada bertempat, yakni bersemayam di atas Arasy kita telah mempersoalkan soal aqidah.
Aqidah Ahli Sunnah Wajammah ialah Allah berada tidak bertempat, ada orang kata fahaman Wahabbi yang mengatakan Allah ada bertempat yakni di atas langit bersemayam di Arasy??
Cuba besarkan petikan yang saya ambil daripada Sinar Harian hari ini 30 Jun 2012 muka surat 26, adakah tulisan ini cuba menyeleweng dan mempertikaikan kefahaman ahli sunah wa'jamaah di Malaysia secara halus? Kita sekarang bukan berbahas pasal umur dunia... tapi kita mempersoalkan adakah ALlah itu ada atas langit atau tidak?
Saya juga merasai pelik dengan fahaman ini? Adakah Nabi Musa a.s. mempunyai Allah yang lain apabila beliau sekadar bertemu Allah bukan di langit?
Biar mereka yang pakar agama menjawab. Tapi jangan jadi akhbar tempat untuk merosakkan aqidah umat Islam di Malaysia secara halus!!!
No comments:
Post a Comment