Apabila guna kamera 16 megapixel, saiz gambar besar dan bila nak masukkan ke internet perlukan banyak masa. Rasanya di internet ini 1 megapixel dengan 1024 x 768 pixel pun sudah cukup besar.
Masalah yang berlaku ialah nak kecilkan saiz (resize). Apa program yang paling sesuai? Kalau guna photoshop tak sesuai pasal makan masa. Dulu saya guna picasa yang diberikan oleh google secara percuma. Tapi picasa perlu beberapa step..
Boleh kecilkan semua fail dalam satu folder pada folder asal dan tak perlu rename kerana software ini akan berikan nama secara automatik. Saiz untuk kecilkan itu boleh di customkan!!
Pilihan untu setting walaupun tak banyak tapi cukup friendly...
Anda boleh dapatkannya di http://imageresizer.codeplex.com/ selamat mencuba...
Salam. Tuan boleh buka menggunakan microsoft office manager pastu disitu ada option utk resize
ReplyDeleteWasalam, terima kasih Anonymous 9:41. Memang Microsoft Office picture manager ada resize dan semua program grafik ada resize.
ReplyDeleteMaksud saya tanpa buka apa-apa software hanya buka folder gambar kita klik mouse terus boleh resize dan ini amat mudah dan tak perlu tunggu buka software untuk resize.