Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, June 28, 2012

Janggut

Bila aku nampak macam berjanggut pula sekarang ini  ramai yang tegur simpan janggut? Seingat aku aku memang berjanggut semanjak 1984 dan tak pernah aku cukur janggut sehingga hari ini...

Oh ya, mungkin sekarang nampak macam panjang 'lebih'... 1984-1992 aku tak pernah gunting janggut.. daripada tumbuh halus kemudian janggut itu bersalin sendiri keluar 'batang yang kasar'.

Tahun 1992 iaitu 2 tahun aku berada di Kapit. Entah mimpi apa pada seuatu tarikh aku dah lupa aku gunting janggut aku sehingga pendek (tinggal sejemput aje...). Pagi itu bila aku ke sekolah hampir semua kelas pelajar keluar 'menonton' seolah-olah ada artis atau permain bola yang datang... sehari sekolah hari itu nama aku menjadi seolah-olah seorang bintang. Malah semasa rehat ada pelajar seolah mencari aku nak lihat 'KETUA PENYAMUN' sudah insaf... ramai cikgu usik aku pasal aku telah 'memporak perandakan' persekolahan hari itu.


Dulu kalau aku berjalan kebanyakkan orang 'Iban', terutama kanak-kanak akan cuba melarikan diri tak nak bertembung dengan aku... Aku tanya pelajar Iban.. dia kata aku di gelar "ketua Penyamun" iaitu orang yang memotong kepala untuk dijadikan sembahan bagi projek Bakun agar dewa Sungai Rejang tak marah!!

Gambar rekod jangut terpanjang aku, aku simpan untuk buat lesen memandu... tapi sayang bila beg duit aku hilang gambar itu pun hilang... yang ada tak sepanjang sebelum aku kerat dulu!!

Kajian Sains

Kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.


Unsur-unsur dan bentuk hormon testosteron

Secara jelas bahawa janggut lelaki boleh meningkatkan tahap 'pembiakan' (kegalakan) untuk pasangan suami isteri.

Ada yang tanya saya bagaimana ia mengamakkan? Jawapan yang paling mudah mengikut kajian yang dibuat oleh Saintis ialah melalui usapan atau belaian (sentuhan). Manajubkan??

Menyimpan jambang dan janggut menggalakkan penghasilan testosteron. Apabila seseorang yang menderitai masalah impoten dan ereksi menyimpan janggut dan jambang, kandungan testosterone akan bertambah... Kajian klinikal mengukurnya dalam ukuran mikrogram, dan mendapati tahap testosteron meningkat di kalangan lelaki yang menyimpan janggut dan jambang.

Ada juga nasihat kepada pasangan yang sukar mendapat anak untuk menyimpan janggut atau jambang atau bagi isteri pasangan suaminya menyimpan janggut.

Hukum Menyimpan Janggut

Berikut kita rumuskan empat madzhab mengenai hukum mencukur janggut (bagi mereka yang ada hormon dan berupaya menyimpan rambut pada dagunya):

Hanbali & Maliki: haram hukum mencukur janggut;

Hanafi: Makruh Tahrim

Syafi'iy: Makruh (Qadhi 'Iyadh (fuqaha' Syafi'iy) berpendapat makruh dalam madzhab Syafi'iy ialah tidak dikenakan sebarang hukuman atau celaan).
(Lihat: Prof Dr Wahbah Zuhaili, Fiqh Islami, Jld 1; Prof Dr Abd Karim Z, al Mufassal) 


Peminat Ustaz Azhar Idrus boleh dengar ulasan tentang mazhab Syafie makruh mencukur dan sunat menyimpan. Sila tonton di sini.

Saya sertakan petikan yang banyak tersebar dalam internet untuk tatapan pembaca:-

Firman Allah Ta’ala:

قال يبنؤم تأخذ بلحيتى ولا برأسى
(سورة طه : 94)

Tafsirnya: Nabi Harun berkata: "Wahai anak ibuku, janganlah engkau meragut janggut dan menarik rambutku. "
(Surah Thaha: 94)

Kisah janggut Nabi Harun 'Alaihissalam yang dipegang Nabi Musa 'Alaihissalam ini,menjadi dalil kepada para ulama yang berpendapat bahawa amalan berjanggut itu disyariatkan dalam Islam dan menjadi sunnah nabi-nabi.

Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah budaya atau cara hidup orang-orang Yahudi, Nashrani dan Majusi. Oleh kerana itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:

أعفوا اللحى وخذوا الشوارب وغيروا شيبكم ولا تشبهوا باليهود والنصارى
(رواه أحمد)

Maksudnya: Kamu simpanlah janggut, kamu potonglah misai, kamu ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nashrani.
(Hadits riwayat Ahmad)


روى أن رجلا من المجوس جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد حلق لحيته وأطال شاربه ، فقال له النبي صلى الله عليه وسلم ، ما هذا ؟ قال : هذا ديننا ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لكن في ديننا أن نحفي الشوارب وأن نعفي اللحية
(رواه ابن ابي شيبة)

Maksudnya: Diceritakan bahawa seorang lelaki daripada kalangan Majusi datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi was allam, dan lelaki ini telah mencukur janggutnya dan memanjangkan misainya. Lalu Baginda bertanya: "Apa (yang engkau lakukan) ini?" Lelaki itu menjawab: "Beginilah ajaran agama kami". Kemudian Baginda berkata: "Akan tetapi dalam agama kami (Islam), kami memotong misai dan membiarkan janggut kami panjang. "
(Hadits riwayat Ibnu Abu Syaibah)


Menurut kata al-Imam al-bukhari:

كان ابن عمر يحفي شاربه حتى يرى إلى بياض الجلد

Maksudnya: Ibnu 'Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih. (Fath al-Bari: 11/524)

Daripada keterangan-keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat adalah berjanggut kerana mencontohi amalan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.

No comments:

Post a Comment