Aku memang dikenali sebagai guru paling 'cool & releks'. beri 'natang' apa tugasan pun aku releks aje.. kadang kala AJK di bawah aku cemas kerana biasanya aku buat kerja 'last minute'.
Aku kesian juga lihat guru yang terlibat dengan sijil. Mereka sesetengahnya masih guna kaedah 'kuno' iaitu print satu-satu. Bayangkan kalau 200 atau 300 sijil..??
Hari ini entah apa angin aku, aku cuba mendekatkan mereka dengan CorelDraw. Aku juga perkenalkan bagaimana mudahnya design dengan CorelDraw dan print sijil secara sekali gus! (guna mail merge)
Aku hanya minta dia orang taip sahaja nama, no kp dan sijil untuk apa dalam excel. Kemudian aku save kepada csv. Memang mudah tak sampai setengah jam sijil 200 keping bleh dihasilkan.
Print merge ini juga boleh dibuat untuk kad jemputan, cabutan no. bertuah pada pamplet sesuatu program. Kita selalu print pamplet 100 keping misal, semasa print kita boleh 'merge'kan data nama guru pada setiap pamplet. Bayangkan pamplet yang disediakan ada nama cikgu di situ. Kita boleh tahu cikgu mana suka buang pamplet merata-rata, tak menghargai yang buat pamplet 'berjelir mnak mampus'!!
Malah saya juga pernah buat untuk no. siri pada resit derma untuk Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin. Resit buat sendiri lebih jimat daripada beli yang dicetak di kedai RM2.50 sebuku.
Maaf pengguna Adobe Illustrator CS6, jika nak guna print merge anda perlu tukar kepada Adobe InDesign CS6. Itu aku kurang suka Illustrator... mesti ada yang tak setuju dengan aku!
bagus la... xtau la pulak blh guna corel draw utk bt mail-merge...selalu guna word+access, publisher+access, excel+publisher,word+excel..pas ni nk try la...hihi..tenkiu for info..
ReplyDelete