Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, June 26, 2012

Pernah Guna Lotus Approach??


Aku agak "putol kayu" dalam Microsof Access. Satu sebab aku guna Lotus Approach. Dulu aku guna dBase III Plus untuk database. Selepas itu aku ada belajar Clupper 5.0 dengan Mat Pendek (Mohd Azli, tokey Just Tech Computer). Tapi tak sempat habis Clipper aku terjumpa dengan Lotus Approach melalui Zaimi (tokey kedai Main'tech Computer sebelum Zumo).

Aku belajar programming clipper untuk selesai beberapa masalah teknikal database, tapi bila aku guna Lotus Approach aku dapati Lotus Approah boleh manipulasi database dengan baik tanpa kita perlu buat programming. Lotus Approach hanya guna databse orang lain, misalnya guna dBase kerana Lotus Approach  tak ada fail database sendiri, tapi hebatnya dia boleh manipulasi lebih baik daripada dBase sendiri. Misalnya kita boleh set number dengan 16 digit sedangkan pada masa itu Access hanya boleh maksimum 12 sahaja.



Akhirnya aku buat satu program sistem peperiksaan sekolah menggunakan Lotus Approach (LA) dengan sangat mudah berbanding dengan Access. Hanya Lotus Approach ada had sedikit sebab software ini sudah mati semenjak 1999.


Slip peperiksaan sekolah aku menggunakan LA. Bayangkan boleh buat query dalam menu report tanpa perlu buat simple progrmming macam Access. Sangat mudah!!!


Ini worksheet database, boleh copy and paste dengan cukup mudah.


Ini report..


Ini crosstab...

Oh ya.. Lotus Approah ini sekarang ini macam FileMaker Pro.. tapi aku masih suka Lotus Approach tapi malangnya Lotus Approach talk boleh kongsi data dalam server!! tapi FileMaker Pro boleh.



Walaupun orang kata aku kuno tapi aku masih lagi guna Lotus Approach.... 

No comments:

Post a Comment