Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, June 15, 2012

Al Fatihah kepada Guruku Ustaz Yahya Othman

Kitab paling aku suka ialah "Maa'ali Fi al-Tariq" (Petunjuk Sepanjang Jalan) karangan al Imam as Syahid Sayyid Qutb. Entah kenapa aku tak pasti. Selain itu ialah "Kitab Minhajul Abidin" karangan Iman Al-Ghazali.

Aku pernah beguru, walaupun tak habis semua sekali sekadar beberapa bab sahaja dengan Allahyarham Datuk Ustaz Yahya Othman di Kuala Lumpur semasa aku belajar di UTM dulu. Dengan beliaulah aku boleh memahami makin mendalam apa yang tersirat dalam kitab kecil itu...

Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh 4 orang rasanya (ada pada muqadimmah kitab tersebut) dan salah seorangnya ialah Allahyarham.


Allahyarham pernah berkata jika diberikan kepada seseorang dan dia membaca dia akan mendapat mengikut 'level' kehidupannya. Ada orang yang alim tetapi membaca tidak memahami kerana dia tiada pengalaman sebagaimana yang di tulis oleh as Syahid... Kitab ini adalah kitab 'perjuangan', hanya boleh dirasai oleh orang yang berada dalam perjuangan...

As Syahid menulis kitab ini semasa beliau ingin berjumpa dengan Tuhannya. Kitab ini tak sempat habis kerana selepas itu as-Syahid digantung. Dia tersenyum melepar senyuman kepada hadiri dan sempat menulis sajak yang menceritakan tantang 'bauan syurga'...

Saya berpendapat tulisan pada kitab ini adalah lebih "murni" berbanding dengan tafsir al Quran Fi Zillali Quran yang ditulis sebelum ini, walaupun tafsir as-Syahid berbeza dengan tafsir-tafsir lain kerana beliau sudah ahmpir dengan Tuhannya!!

Allahyarham sebut dia telah 14 kali khatam kitab ini dan tiap-tiap kali dia khatam dia akan dapat perkara baru daripada kitab tersebut... Aku rasa apa yang disebut, walaupun aku baca beberapa kali sahaja kitab ini. Misalnya dalam bab "Lahillahaillah Manhajul Hayat" (Lahillahaillah sebagai panduan hidup) aku rasa ada perkara baru dalam kefahaman aku setiap kali aku baca...

As Syahid ada menulis misalnya Lahillahaillah mesti digambar dalam "gambar pemikiran". Maksudnya kita mesti percaya sehingga khayalan fikiran kita sekali. Misal contoh paling mudah Hukum Islam boleh tak dijadikan sebagai hukum di Amerika? (bukan Malaysia) Pemikiran yang benar-benar Islam akan percaya tanpa ragu-ragu bahawa Hukum Islam boleh dilaksanakan... Itu akidah Lahillahaillah!! Itu yang disebut dalam bab "GinuAl Quran", generasi al Quran yang dibetuk oleh Rasulullah s.a.w. Generasi pertama yang benar-benar yakim kepada Allah.

Aku beli banyak buah kitab (buku) ini dan aku telah memberikan kepada banyak orang. Aku pernah berikan kepada seorang guru ketua bidang (sekarang pegetua sekolah) yang kuat membaca tapi akhirnya dia pulang semula, dia beritahu bahawa dia tak boleh habiskan kitab tak sampai 200 m/s. Kenapa dia tak jawab.


Kesempatan ini aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Ustaz Yahya Othman, 76, yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang semalam 14/6/2012 di kediamannya di Kampung Labok, Machang, Kelantan. Walaupun aku tak pernah berjumpa beliau selepas itu secara bermuka lebih 20 tahun tapi aku masih segar mengganggap dia guru aku antara guru terbaik!.... Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment