Artikel saya dah tulis dalam laman sekolah http://www.aizek.net/. Oleh kerana saya dah mula untuk berblog semula saya rasa semua tulisan saya harus ada dalam blog, just saya copy & paste aje di sini...
Saya selalu didatangi oleh cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.
Biasanya Cikgu Zam akan menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama kami terpaksa selesaikan.
Oleh itu terfikir saya untuk menulis di sini supaya cikgu atau mana-mana pembaca laman ini yang mengalami masalah yang sama boleh menyelesaikannya sendiri.
Perkara ini berlaku kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat (hidden). Lihat pada rajah di bawah.
Ada beberapa cara mengatasi masalah ini.
CARA 1
1. Klik Start --> pilih Run --> taip cmd
Kemudian klik OK dan paparan seperti berikut akan kelihatan.
Jika pen drive ada berada pada G misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan ini
attrib -r -a -s -h /s /d
Kemudian enter
Insya-Allah fail yang hilang akan nampak semula. Selamat mencuba.
CARA 2
Cara ini ialah membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.
Mula-mula buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.
attrib -r -a -s -h /s /d
exit
Savekan fail berkenaan dengan nama misalnya unhide.bat
Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian klikkan pada fail ini. Tunggu sehingga selesai dan folder msdos ditutup sendiri. Kalau lambat bermakna ada banyak fail. Insya-Allah semua fail akan kembali kepada keadaan asal.
Selamat mencuba.
Sepintas lalu, seungkap catatan..
| Home | Keluarga | Sekolah | Pelajar | Tips | Software | Coretan | Santai
| Resipi
| Loyar Buruk
| Agama
| Admin | Keluar |
Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..
Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
woah !!
ReplyDeletemkaseh cg !
=D
PC kena selalu scan
ReplyDeletesalam, saya dah try solusi atas tapi tak berjaya. Saya punya pendrive tidak boleh dilihat walaupun gunakan administrative tools kat windows.
ReplyDeletetrima kasih..saya dah cuba cara yang kedua..memang berjaya..t.kasih bnyak2
ReplyDeleteSemoga membantu. Yg tak boleh mungkin ada masalah lain
ReplyDelete