Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, July 28, 2010

Cikgu boleh print terus daripada PC belakang..

Setelah kian lama sistem rangkaian network sekolah saya tunggang langgang akibat daripada pelbagai projek dan silih berganti.. Akhirnya kesempatan untuk saya urus atur. Bak kata orang sebelum ini macam JKR, TNB dan Jabatan Air; masing silih ganti, satu buat lubang satu lagi tar jalan dan satu lagi tarik talian... akhirnya macam tak siap-siap.

Hari ini saya setting printer untuk kegunaan cikgu-cikgu (termasuk pelajar) bagi memudahkan pengerakkan cikgu tak payah ke meja Juru Teknik atau ke Bilik Penyeras atas semata-mata nak print bahan.

Cikgu boleh guna pada PC belakang Makmal ICT 2 terus untuk mencetak. Hanya pilih mana printer yang betul bagi memastikan cikgu tak tersilap cari dimana helaian cikgu di cetak.

Printer HP LaserJet 4100n (berusia lebih 7 tahun) boleh print 10,000 keping untuk satu toner black & white. Tonnernya boleh diambil free lagi setakat ini. Saya galakkan cikgu guna printer ini. Oleh kerana dia dah uzur, saya letak dibilik saya supaya mendapat penjagaan rapi. pernah rosak tahun 2006 dan sepatutnya dihapus kira tapi tahun itu dapat oppurtinity saya baikinya sendiri tanpa kos. Ini Wafi dan zam tahu. (Rashia anak beranak)

Printer HP laserJet 4350n boleh print 52 helai dalam masa 1 minit, hampir satu saat 1 helai. Harga pasaran RM6500 ++ diletakkan disebelah meja Juru teknik. Tonnernya juga boleh membuat percetakan 10,000 helaian.

Cikgu boleh guna yang ini juga, tapi hendaklah berjimat cermat kerana pihak kami terpaksa membeli tonnernya sendiri.

Untuk makluman cikgu-cikgu, sekolah kita ada 6 buah printer macam ini yang ditempatkan di Makmal Komputer Primer, Bilik Bidang, Bilik Kokurikulum, Bilik Bahan Bantu Mengajar dan Bilik komputer.


Printer Samsung LaserJet Coulor CLP550n di bilik penyelaras juga boleh digunakan oleh guru. Printer laserJet warna ini boleh print 8,000 helai untuk 1 pek toner (4 toner iaitu hitam. mengeta, pirus dan kuning). Harga tonner sahaja di pasaran ialah RM1900.00 ++

Cikgu kena berjimat cermat dengan printer ini pasal dakwatnya cukup mahal.

Untuk makluman cikgu sekolah ada 2 printer jenis ini. Satu lagi ditempatkan di Bilik Komputer tingkat 3 bangunan baru sekarang dah tukar jadi bilik etems. Nak guna carilah cikgu Zuraini..


Printer OKI LaserJet coulor C5700n adalah printer hasil cetakkan terbaik kerana glossary. 1 pek toner (4 warna) hanya boleh print tak lebih daripada 600 helaian, sedangkan harga tonner adalah sekitar RM1500 ++

Hanya dibenarkan print untuk cover, poster 1 atau 2 helain. Nak buat foto boleh juga, jimat pitih kalau gi kedai kena RM8 untuk 4 keping... itu kena datang senyap-senyap.. Ini kira menyalahi harta kerajaan...


Printer Samsung Laserjet Coulor CLP660n ini juga hampir sama dengan model di atas Sambung CLP 550n. Ini terbaru. Saya lebih printer laser warna ini untuk kegunaan pelajar. Untuk makluman pihak sekolah ada 2 buah model ini. Diletakkan di Makmal ICT 1 dan 2.


Printer Samsung LaserJet ML-2150n ini boleh buat cetakan 2000 helai untuk 1 tonner. Untuk makluman cikgu, sekolah kita ada 3 buah printer model ini. Ditempatkan dua di Bilik Guru dan satu lagi di Pusat Akses.


Printer HPDeskJet 1200 ini adalah printer deskjet yang terbaik hasil cetakkannya. Dakwatnya mahal.. Sekolah ada 6 buah model ini. Ditempatkan di Makmal ICT, Bilik Cikgu Nasir, Bilik PK1, Bilik PSS, Bilik Peperiksaan, Bilik Pengawas.

Ada banyak lagi, saya "lengoh" doh, jadi setakat ini dulu. Cikgu tahu tak sekolah kita ada 35 buah printer semuanya yang boleh berfungsi.... bayangkan 35 buah... Saya belum lagi sebut HP laserJet 1010, 1015, 1020, HPLaserjet P1006, Brother LaserJet, Canon LaserJet 660 dll.

Saya tak tahu kalau cikgu masih tidak mampu membantu pelajar kita untuk berjaya dengan bahan-bahan pengajaran.


PC belakang PCGuru01 dan Guru02 telah disediakan dengan semua jenis printer secara online. Sila guna dengan baik dan berhemah kerana setiap amalan kita pasti di nilai oleh yang Menjadikan....

No comments:

Post a Comment