Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, July 26, 2010

Menyelenggara Network sekolah

Seperti yang sebut sebelum ini dalam Facebook, sudah seminggu saya tak ambil hirau pasal internet di sekolah. Saya tak suka bila saya seolah-olah disebut sebagai mengubah setting yang dibuat oleh pihak kontrator pada projek LAN sekolah.

Banyak rungutan tapi saya buat tuli sahaja. Tapi entah macam mana hari ini rasa macam nak buat sesuatu, lalu saya mula membuat semakan kepada 'aliran' network yang agak kompleks juga di sekolah ini kerana sekolah saya ada 3 buah server; server asal Makmal ICT (2003), server penaiktarafan (2008) dan server LMS (RedHat Centos).

Langkah pertama pastikan line schoolnet yang masuk 4 moden yang minumnya 6Mb ini benar-benar terurus.
Bayang ini keadaan wayar untuk 4 moden untuk 4 talian.



Macam mee goring aje dawainya.. kalau laksa tu ok juga boleh tak berbelit sangat.
Saya terpaksa lurut dia..


Ok sikit nampaknya..


Kalau jalin macam ini lagi nampak kemas... Ini pun kadang kala pekerja kontrator tak laksanakan. Yang sibuk asyik nak sain kontrak aje.. Pegawai pulak tumpang desak sama.. Ada yang lebih sibuk daripada pihak kontraktor..

No comments:

Post a Comment