Lama tak menulis kerana kesempitan masa. Hari ini saya cuba mengagahi untuk mewarnai blog ini sekurang-kurang dengan satu tulisan jangan terlalu tandus..
Seperti biasa antara pukul 3.00 - 3.30 petang saya akan datang mengambil anak-anak (3 orang semuanya) untuk pulang ke rumah. Hari ini agak terlewat sedikit pasal hujan lebat dan saya juga sibuk dengan 'setting internet' di sekolah.
Kalau lewat memang terkejar sedikit pasal nak cepat, terutamanya nak menunaikan solat zohor, jangan melepasi pukul 4.00 petang.
Bila pulang, tiba di pintu, pintu rumah dibuka, yang sudah pasti isteri saya selalu menyambut kedatangan pulang kerana tahun ini dia cuti rehat selama setahun.
Saya terus melulu masuk dan meninggalkan anak-anak dibelakang kerana nak cepat untuk solat tanpa menoleh ke arah isteri yang berdiri dihadapan pintu. Tiba-tiba suara anak perempuan saya yang tahun 5 menyebut "Wah ummi seksi hari ini".
Suara itu menyebabkan saya terus perpaling ke belakang dan menatapi isteri saya. Ya agak kelainan sedikit berbanding dengan hari biasa.
Dalam usia yang makin ke arah tua, ada sesetengah lelaki sudah tidak lagi mengambil pusing tentang penampilan isteri. Mungkin ada yang makin "mengatal" tapi lebih banyak yang tidak ambil peduli.. dalam lain bahasa tidak prihatin.
Dulu pernah saya menjadi 'kaunselor' kepada seorang guru perempuan yang marahkan suami kerana capatkan sahaja hadiah birthdaynya tanpa membuka di atas katil. Oleh kerana tak tahan nak dengar upatan kepada suami, saya mengambil jalan jadi penasihat kerana suami yang tak prihatin kepada isteri yang begitu bersungguh-sungguh mengembalikan suasana 'bahagia' yang lama sudah berlalu...
Dalam rumahtangga paling penting faham memahami. Belajar sikap dan tingkahlaku.. lebih mudah bersangka baik.. Ini adalah jalan untuk kekal abadi..
Tidak hairan jika sikap cemburu, tuduh menuduh dan banyak sangat persepsi yang tak tepat menyebabkan saling curiga mecurigai..
Apapun kena rai dan peka dengan perubahan tingkahlaku isteri... he he he
No comments:
Post a Comment