Dua tiga hari saya setiap pagi mesti ke sekolah dengan 'handphone' yang dicas penuh dan pulang dengan kelipan masej 'low battery'.
Dulu pernah menjadi Penolong Setiausaha Peperiksaan, kemudian di turunkan pangkat menjadi juru analisis peperiksaan dengan membuat analisis bagi tingkatan 1-5. Menjadi juru analisis pening juga kepala selepas aje peperiksaan tamat. Semuanya nak cepat.
Semakin cepat kita buat semakin cepat pula analisis dikehendaki. Rasanya itu pasal keluar slogan "Berhati-hati di JalanRaya". Maknanya kita kena berhati-hati dalam menjalankan tugas. Laju tak boleh slow sangat pun tak boleh.. "BERHATI-HATI..."
Dek kerna e-Pantau SPM Online ini tak sewena-wenanya saya telah menjadi juruanlisis untuk 140 lebih sekolah dengan semua masalah dan beban menjadi tanggungjawab untuk dijawab.
Muka kena manis, bahasa kena baik dan lembut.. Sehari dua ini, "Nantang bengong", "Celakat sungguh", "bongok" dll sudah hilang dalam kamus percakapan saya dengan pemanggil..
Facebook pun online 24jam, Yahoo Masegger pun dah install.. bak kata memang berkhidmat untuk negara. HPhone saya jika jawab SMS 10 sen, saya jawab semua SMS. Panggilan semula dan menjawab e-mel.. Oii zul kor dah bertukar wajah.
Pasal e-Pantau SPM yang orang kata bermasalah. Kenapalah? Malah ada yang kutuk, nak buat sangat sistem kalau tak reti.
Saya selamba sahaja menjawab, Microsoft antara pasarana dan peralatan yang terbaik. Buat windows longhorn dan vista tak berjaya. Inikan saya diberikan tinggal di rumah usang tinggalan warden di Lembah Bidong. Makan pun dengan "anak gadis belasan tahun" yang masih tak kenal mana satu antah.. berlaukkan gulai telur. Ikan pula entah berapa tahun berada dalam ais.. mungkin dah sampai masa dijadilakn fosil... Nak kan satu sistem e-Pantau SPM Online terbaik?
Dalam pening-pening kesiankan cikgu -cikgu aku siapkan satu sistem peperiksaan sementara daripada Excel yang menggunakan gred terkini dengan GPK. Sila lihat di sini http://www.aizek.net/data/spm_t5.xlsx Kalau kor orang nakkannya donwload ajelah di sini. Passaword boleh e-mel kepada saya (zulbmohd@yahoo.com). Tiada sebarang hak cipta, boleh ditambah baik jika ada lihat kekurangan.
Salam cikgu,
ReplyDeleteboleh tau tak macam mana nak buat database macam sistem e-pantau tu?
sebab saya bercadang nak buat untuk sekolah saya, sebagai contoh saya ada keputusan pelajar dalam excel lepas tu nk buat online database biar pelajar dan ibu bapa boleh tengok.
kalau cikgu boleh terangkan, memang banyak membantu lah!
Kena tahu php progaming. Mesti ada basic HTML yang kukuh
ReplyDelete