Pagi sebelum masuk makmal, saya terus ke Bilik Peperiksaan atau Kantin untuk melihat 'jadual guru ganti' (masa saya di Sarawak dia orang panggil Sit-in). Ini paling penting sebelum semua orang kecoh dan suara-suara tak sedap akan kedengaran. Itulah tanggungjawab paling penting semasa Peperiksaan atau Ujian di sekolah..
Nasib tak baik, kena ganti..
Pagi saya ke kelas 2 Intan 4. Sebelum ini biasanya pelajar akan tunggu di hadapan Makmal. Sekarang dah terbalik..
Nasib tak baik, kena ganti..
Pagi saya ke kelas 2 Intan 4. Sebelum ini biasanya pelajar akan tunggu di hadapan Makmal. Sekarang dah terbalik..
Suasana peperiksaan memang tenang, hanya saya kurang tenang kerana 80 minit terpaksa menghabiskan masa tanpa "komputer". Biasanya saya bawa notebook.. tapi sekarang notebook bagi member pinjam kerana dia lebih memerlukan...
Ada notebook Toshiba yang nak diberikan kepada seorang members yang baik tapi masih belum diberikan... tapi tak bawa..
Ada notebook Toshiba yang nak diberikan kepada seorang members yang baik tapi masih belum diberikan... tapi tak bawa..
Ini cerita pasti akan mengegarkan warga TIZTOPs, betul-betul 5 minit saya memulakan kertas peperiksaan, seorang pelajar telah tidur dengan nyenyak sekali.. Apa lagi saya ambil gambarnya buat kenangan dalam blog ini...
Bila saya zoom gambar yang diambil dia hanya sempat menjawab 4 soalan sahaja... teruk letut!!
Bila saya zoom gambar yang diambil dia hanya sempat menjawab 4 soalan sahaja... teruk letut!!
Sejarah pelajar ini memecah rekod selama 21 tahun saya mengajar ini kali pertama saya jumpa pelajar tidur dalam kelas masa peperiksaan paling cepat.. Tahniah sekali lagi..
Nak habiskan masa 80 minit tanpa "komputer" membuatkan saya merayau pandangan segenap sudut pada kelas ini..
Satu posting yang rasa kurang menyenangkan.. Walaupun kelas ini agak bersih.
Satu posting yang rasa kurang menyenangkan.. Walaupun kelas ini agak bersih.
Papan kenyataan kelas ini agak ok juga, ada bahan-bahan yang boleh dibaca..
Saya akan sambung ke kelas seterusnya. Hari ini saya ada 4 waktu kelas asal dan satu waktu ganti..
Jangan lupa menanti coretan menarik ini...
No comments:
Post a Comment