Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Monday, January 16, 2012

Dulu aku guru kaunseling sekolah?? Boleh percaya ke?

Semalam dan hari ini aku mengemas kini fail-fail aku yang bertaburan dalam hardisk. Cukup pening tapi banyak menyelesaikan masalah kerana banyak bahan aku boleh dijumpai semula dan ini meringankan kerja aku untuk tahun ini. Bayangkan aku ada 1 hardisk 2 tera, 1 hardisk 650G, 3 hardisk 500G, 1 hardisk 320G, 1 hardisk 160G dan beberapa hardisk 80 dan 40G....

Dalam menysusun, aku terjumpa satu simpanan folder 'surat peribadi' berformat Lotus Ami Pro. Ada 60 surat kepada pelajar semuanya ada password. Surat ini sekitar tahun 1995-1998. 5 kali aku teka password akhirnya berjaya. Tak payah sangatlah kerana aku ada kobinasi tersendiri dalam membuat password.

Sebahagian sebesar surat itu adalah urusan aku dengan pelajar aku di Kapit. Ramai pelajar Kapit masih menghubungi aku walaupun aku telah pulang ke Terengganu pada 1 Mei 1994.

Friday, January 6, 2012

Nur Amalina dan Nik Nur Madihah sebagai perbandingan

Saya menerima pelbagai reaksi atas penulisan berita gagalnya Nur Amalina pelajar 17 A1 menghadapi kejutan budaya. Penulisan itu juga bersifat sebagai pendidik yang membicara soal-soal akhlak bukannya menjaga tepi kain atas dasar Nur Amalina telah menjadi ikon pelajar semenjak 2005 selepas kerjayaannya dalam peperiksaan 2004.

Saya juga tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi perbincangan itu kerana ibunya sendiri telah mengiyakan paparan gambar yang tersebar di internet dan memang tidak dinafikan dalam penyebaran maklumat diinternet ada penulis menulis tidak mengikut cara yang sepatutnya sehingga ada yang menambah kononnya Nur Amalina gagal di Universiti. Malah ibunya sendiri yang membeli dan gambar itu diambil sendiri oleh ibunya. Jadi tidak timbullah gambar tersebar itu suatu teknik 'photoshop' Anda boleh baca di sini untuk jawapan Nur Amalina dalam kes ini.

Suka saya membuat perbandingan seorang lagi pelajar yang telah berjaya pada SPM 2008 empat tahun kemudian iaitu mendapat 20A (19 A1 dan 1 A2).


Thursday, January 5, 2012

3 Orang Rasul hanya seorang pengikut?

Hari ini Khamis seperti biasa sekolah saya mengadakan solat hajat dan membaca Ya-Sin. Walaupun minggu pertama persekolah tradisi ini tidak diabaikan. Orang Melayu terutamanya, komited dengan amalan-amalan keagamaan yang telah menjadi tradisi, misal maulidur, nisfu syaaban dsbnya.

Kalau kita tak endah kita mungkin akan dipandang tidak cakna hal-hal keagamaan. Kehadiran saya seperti saya pernah saya tulis dalam blog saya (sila baca di sini) dianggap pelik. Ayat nak kiamat dan mungkin azam tahun baru menjadi satu sindiran.. tapi biasalah itu 'kemanisan' kita berada dalam kelompok Aizek 'Outsatanding Premier School'

Baca Ya-Sin tiap-tiap minggu tanpa sebarang makna jika kita tidak menghayati intipati yang ada dalam surah berkenaan. Saya telah postingkan satu artikel dalam Aizek berkenaan "Apa komen anda ada orang boleh baca akhbar Cina? "



Wednesday, January 4, 2012

Nur Amalina pelajar 17 A1 gagal menghadapi kejutan budaya?

Aku dah tulis artikel ini di Aizek,net. Aku saja paste di sini..engkau orang boleh baca kalau nak baca.

Hari ini, hari pertama sekolah, saya ada membuat sedikit nota ringkas ucapan tuan pengetua diperhimpunan. Bukan nak bodek pengetua tapi nak ambil beberapa yang baik untuk dijadikan panduan dikongsikan bersama.

Niat nak menulis tajuk khusus, tapi bila terbaca perkembangan terbaru tentang Nur Amalina Che Bakri daripada Facebooknya. Saya menukar fikiran untuk membuat sedikit komen santai untuk dikongsikan bersama dalam laman sekolah.

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1.