Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Friday, December 29, 2017

Madu asli dan tiruan, banyak ujian tidak benar-benar tepat

Madu asli setelah diletakkan dalam freezer selama 2 hari

Aku memang suka makan madu. Paling kerap semasa aku di Sarawak. Biasanya akan makan bersama dengan roti. Madu banyak kebaikannya tak payah cerita semua orang tahu.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69

“Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.”

Masalahnya sekarang ni susah nak dapatkan madu yang asli. Aku rasa lebih 80% ke atas madu yang ada didalam pasaran adalah tiruan.

Ini contoh madu tiruan dijual
Proses membuat madu tiruan

Madu tiruan siap untuk dijual
Dulu aku beli di tepi jalan di  Pasir Putih, sebelum Merchang Terengganu tapi kini di situ pun madunya diragui. Pernah juga masuk ke dalam di kampung Gong Kassim, Merchang sehinnga "habis jalan" (jalan tamat sekitar 8km) tapi kini tidak lagi kerana tukang cari madu itu dah meninggal dunia.

Penjual Madu

Pernah datang penjual madu sekolah aku. Dia kempen untuk beli madunya. Aku buat diam aje. Malas nak bahas pasal madu asli atau tiruan. Takkan bodoh aku nak habiskan duit sedangkan aku tak tahu madu itu betul-betul asli atau mungkin tiruan. Kalau tiruan macam kita makan "gula". Kan  bodoh namanya.

Bila aku diam dia macam nak usik aku, dia bersyarah pasal madu, pasal permakanan sunnah Rasulullah s.a.w. Aku pun dah mula nak naik 'angin'. Aku tak boleh naik angin. Bila naik angin aku nak berhujah. Aku pun kata. sunnah Rasulullah s.a.w. bukan makan madu aje. Qiamullail, baca al Quran dan banyak lagi ibadat khusus tapi tak ada pun orang nak buat.

Dia terdiam. 'Slow, slow' (perlahan) dia ikat botol madu terus berkata, kalau tak ada orang nak saya ke bilik guru pula (masa aku di kantin sekolah).

Madu Asli atau Tiruan

Petikan akhbar bahaya madu tiruan

Ramai orang mengambil jalan mudah dan berisiko membeli madu yang tidak ada kepastian asli atau tidak. Mereka ini bukan sahaja menghabiskan duit tetapi mencari penyakit. Aku rasa ini adalah perbuatan tidak bijaksana.

Ujian Titisan Madu

Banyak sangat teori kononnya boleh dikenalpasti madu asli atau tiruan. Katanya dengan menitis atas kertas atau pasir.


Ujian ini sebenarnya tidak tepat kerana ujian ini adalah untuk melihat kadungan cecair dalam madu sahaja. Kandungan cecair (air) dalam madu berubah mengikut musim. Kandungan air dalam madu madu adalah sekitar dari 15% sehingga 25% bergantung kepada iklim dan kelembapan kawasan.

Jika kandungan air antara 15-20%, ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur. Negara kita suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi, ini menyebabkan madu di kawasan kita kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara kita tidak cenderung untuk menghablur.

Musim hujan biasanya madu sangat kurang kerana madu bunga cair bersama hujan dan lebah tidak dapat mengumpul madu bunga. Pernah saya jumpa penjual madu di tepi jalan di kampung Pasir Putih masih mendapat madu pada musim hujan dan madunya sangat cair dan cerah warnanya.

Titisan dalam air panas

Begitu juga 'test' (uji) dengan menitis madu dalam segelas air panas. Itu juga lebih kepada ujian kandungan air serperti di atas.

Memasak Kuning Telur


Ada orang kata madu asli boleh menjadikan kuning telur "separa masak". Sebenarnya madu mengandungi asid (asam) dan boleh menyebabkan kuning telur nampak macam 'separa masak' kerana proses pengumpulan. Jadi penjual madu tiruan boleh masukkan cuka atau apa-apa asam dalam madu untuk meniru tabiat madu asli yang mengumpal kuning telur.

Tidak dihurungi semut
Semut Madu atau Honeypot Ants

Ada orang berpendapat dan berpegang bahawa semut tidak akan menghurungi madu asli. Katanya dalam hutan banyak semut takkan semut tak kacau sarang lebah yang ada madu?

Kepercayaan ini telah berakar umbi sedangkan aku rasa pelik memikirkannya bagi memahami kerana semut sukakan gula (manisan).

Enzim

Ada beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini, satunya mengatakan dalam madu terdapat enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang, dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas), maka semut akan mula menghurunginya.

Kuprum dan sulfur

Pendapat atau teori kedua ialah di dalam madu adanya kuprum dan sulfur, jika madu mempunyai dua kandungan ini pada aras yang tinggi, menyebabkan terhasil haba yang tidak oleh disukai oleh semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan menghurunginya.

Penjual madu tiruan biasanya akan mencampur sedikit belerang (sulfur) untuk meniru tabiat madu asli ini.

Gambar di atas adalah semut madu (honeypot ants atau repletes) yang menyimpan makanannya dalam bentuk gumpalan madu tidak berkaitan dengan semut makan madu. Sekadar nak maklum rupanya ada "semut madu".

Madu Tidak Membeku dalam Petik Sejuk Pada Suhu bawah -15 darjah Celcius

Madu asli tidak membeku walaupun 2 hari didalam dingin beku
bersama ikan dan daging dengan suhu -14 darjah celcius



Aku ada beli madu di Jambul Bongkok, kepunyaan Agro (syarikat Bumiputra). Pada masa itu harganya RM50 untuk 1kg (sangat murah, sekarang tak dapat sekitar RM90). Pembungkusan sangat kemas. Aku beli dah 6 bulan lalu, terjumpa tak habis makan. Aku pun masukkan ke dalam peti ais. Bahagian dingin beku bersama ikan dan daging. Niatnya nak uji sebentar aje, sekitar 1 atau 2 jam.. malas nak simpan bahagian atas kerana makan masa.

Dua hari terlupa nak ambil lihat. Bila aku keluarkan, seperti gambar di atas. Tak sampai 2 minit (serius) madu ini terus mencair.

Madu asli akan mencair tak sampai 2 minit bila dikeluarkan dalam freezer

Ini adalah ciri madu asli yang biasa berada da;am sarang. Tak beku. Aku pun terkejut juga, boleh cepat mencair dan tak ada sedikit perubahan pun. Jika ada campuran air gula (glukosa bukan fruktosa), biasanya air gula akan membentuk kristal. Kalau letak dalam dingin beku lebih cepat mendapatkan hasilnya berbanding letak dalam peti di tingkat buah-buahan/sayur yang mungkin kesannya dapat terhasil selepas beberapa hari disimpan dalam peti sejuk.

Walau bagaimana pun ada bahan kimia anti beku boleh berbuat dan meniru tabiat madu ini, tapi jarang penggunaannya.

Adakah Madu Asli Menjadi Kristal?

 
Terbentuknya mendakan kristal seperti gula pasir pada madu adalah fenomena natural yang terjadi apabila glukosa (satu daripada 3 komponen gula utama dalam madu; fruktosa, glukosa, sukrosa) dalam madu keluar secara spontan dalam sebatian super tepu ’supersaturated’ dalam sebatian madu. Glukosa tersebut akan kehilangan air menjadi glukosa monohydrate dan membentuk seperti kristal.

Terdapat banyak factor yang mempengaruhi pengkristalan madu, ada yang mengkristal dalam beberapa hari, ada yang beberapa minggu namun terdapat juga madu yang tidak mengkristal langsung. Madu yang masih di dalam sarang biasanya yang paling lambat mengkristal sama madu dari nectar hutan atau madu ternak.

Faktor utama kecenderungan madu mengkristal umumnya bergantung kepada kandungan paras glukosa  dan kandungan air dalam madu. Selain itu seluruh komposisi di dalam madu selain glukosa seperti kandungan gula fruktosa/sukrosa/maltose dan lebih 180 bahan lain yang boleh dikesan di dalam madu seperti mineral, asid dan protein juga penyumbang berlakunya pengkristalan tersebut.

Kecenderungan pengkristalan juga dipengaruhi oleh bendasing lain di dalam madu seperti habuk, pollen, serpihan lilin lebah (sarang lebah), propolis hingga kepada buih udara yang ada pada madu. Faktor-faktor ini berkaitan pada jenis-jenis madu yang diperolehi dan bagaimana kaedah pemprosesan dan penyediaan ketika mengawal selia madu.

Kaedah penyimpanan seperti suhu, kelembapan ‘humidity’ dan jenis bekas juga adalah factor yang mempengaruhi pengkristalan madu.

Bagaimana Cara Untuk Menghancur Kristal Yang Terbentuk
Kristal yang terbentuk boleh dicairkan dengan memanaskan madu dengan menggunakan kaedah pemanas dua lapis (double boiler) pada suhu tidak melebihi 40 darjah Celcius. Walau bagaimanapun tidak semua kristal yang terbentuk dapat dihancurkan dengan sepenuhnya jika kristal yg terbentuk sudah terlampau banyak.

Apa yang pengguna boleh buat ialah biarkan madu tersebut dalam bentuk kristal dan kacau sebelum mengambilnya. Pengguna juga boleh jadikan madu tersebut sebagai madu kristal 100% dengan mengacau pada suhu rendah. Untuk makluman, madu kristal ialah salah satu bentuk madu yang dipasarkan di negara-negara sejuk.

Bahaya Madu Tiruan




Aku selalu lihat cikgu-cikgu (kawan aku) begitu mudah beli madu daripada penjual yang datang ke sekolah. Mereka membelanjakan duit yang banyak untuk meracuni diri sendiri... Ini termasuk kes bunuh diri juga. Yang gantung diri dengan tali lagi jimat duit berbanding bunuh diri cara ini....

Tahukah mereka bahawa Chloramphenicol merupakan  antibiotik jenis spektrum luas yang mula diperkenalkan pada tahun 1949 banyak digunakan dalam pembuatan madu tiruan. Mereka menambahkan antiobiotik jenis ini (kebiasaaan) bagi menghasilkan madu tiruan yang nampak macam asli.

Dos sebenar yang diperlukan oleh manusia tidak diketahui tetapi penggunaannya pada jangka waktu yang panjang (pengambilan madu tiruan yang ada antibiotik ini), boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan ubat ini yang diketahui.

Antara kesan sampingan adalah pemakan madu tiruan ini akan mendapat penyakit seperti aplastic anemia, bone marrow suppression, leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah. Maka berhati-hati terhadap pengambilan madu tiruan.

Fakta Saintifik

Ini ada fakta saintifik sikit. Payah nak faham tapi aku 'bubuh' (letak) juga dalam artikel ini.

HMF (Hydroxymethylfurfural) adalah hasil pemecahan produk dari fruktosa (satu dari komponen utama gula dalam madu) yang terbentuk secara perlahan ketika penyimpanan dan sangat cepat terbentuk apabila madu dipanasakan. kandungan HMF yang ada di dalam madu menyebabkan madu digunakan sebagai satu panduan dalam menentukan waktu penyimpanannya dan jumlah kepanasan yang telah digunakan.

Pembentukan HMF dan pengumpulannya di dalam madu sangat berbeza bergantung pada jenis madu. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan madu telah melalui proses pemanasan melampau ketika proses pengasingan.

Madu yang dijual dalam jumlah besar biasanya perlu dibawah 10 -15 mg/kg untuk membolehkan selanjutnya diteruskan dan memberikan waktu shelf life sebelum mencecah paras 40mg/kg.
Bukanlah suatu yang pelik bagi madu yang dijual/berada di negara yang panas (khatulistiwa/savana) kandungannya HMF nya setinggi 100mg/kg. Ini selalunya disebabkan suhu yang tinggi (lebih 35’C) dimana madu terdedah pada suasana persekitaran yang panas.

Beberapa negara termasuk Malaysia, meletakkan satu penanda aras untuk kandungan HMF yang diimport. Jika melebihi paras yang ditentukan, madu diiktiraf sebagai tidak asli dan akan ditahan di bawah kastam Malaysia dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kita boleh cuba melihat pada warna madu kerana kadang-kadang ianya memberikan suatu penanda aras terhadap kualitinya, kerana madu menjadi semakin gelap dalam proses penyimpanan dan pemanasan.

Paras HMF yang tingg (lebih dari 100 mg/kg) menunjukkan yang ianya campuran atau telah dicemari dengan inverted sugar.  Gula tebu atau sukrosa , boleh ”inverted” dengan memanaskan asid makanan , dan proses ini membentuk HMF. Banyak makanan yang manis yang ditambah bersama siran jagung yang tinggi fruktosa seperti minuman ringan bergas, boleh mempunyai HMF setinggi 1000 mg/kg.
HMF ini untuk diketahui perlu di hantar ke makmal untuk diuji dan sedikit kos ringgit perlu dikeluarkan untuk membuat ujian mengenainya.

Ok aku pun nak tidur. Cukuplah pasal madu. Makan madu kita bertenaga, nanti aku ada masa aku cerita pula pasal bermadu pula.









1 comment:

  1. Nota Tercicir...: Madu Asli Dan Tiruan, Banyak Ujian Tidak Benar-Benar Tepat >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Nota Tercicir...: Madu Asli Dan Tiruan, Banyak Ujian Tidak Benar-Benar Tepat >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Nota Tercicir...: Madu Asli Dan Tiruan, Banyak Ujian Tidak Benar-Benar Tepat >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK

    ReplyDelete