Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, March 27, 2013

Cuti Terancang Aku Masa Sekolah Dulu, Tangkap "Che Rhu"


Ini rumah semasa aku kecil. Aku tinggal di sini semenjak sekolah rendah sehingga tingkatan 5. Rumah ini adalah rumah sewa. Kemudian kami tinggal sebelah tanah ini bila keluarga kami membina rumah sendiri. Banyak kenangan manis yang masih tidak luput dalam ingatan. Antaranya 'Cuti Terancang' aku mencari cik rhu-cik rhu (ada kata che ghu-che ghu payah nak eja sebenarnya)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) buat pelajar jadi jumud??


Mulai hari ini 27 Mac 2013, aku tak akan menulis berkenaan IT di blog ini lagi. Semua penulisan berkenaan IT akan dibuat hanya di blog aku satu lagi http://zulbmohd.blogspot.com. Perkara ini dibuat bagi memudahkan pelajar ICTL merujuk nota-nota di sana tanpa ada artikel mengarut lain.

Aku tak tahu sangat pasal PBS, 'tobat' aku sekadar buat apa yang terlintas... lagi pun aku mengajar subjek Pendiidikan Sivik dan Kewarganeragaan yang rata-rata dianggap subjek 'kasta rendah'. Subejk diberikan kepada cikgu yang 'tak tentu hala' dalam arus kecermelangan sekolah.