Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, March 27, 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) buat pelajar jadi jumud??


Mulai hari ini 27 Mac 2013, aku tak akan menulis berkenaan IT di blog ini lagi. Semua penulisan berkenaan IT akan dibuat hanya di blog aku satu lagi http://zulbmohd.blogspot.com. Perkara ini dibuat bagi memudahkan pelajar ICTL merujuk nota-nota di sana tanpa ada artikel mengarut lain.

Aku tak tahu sangat pasal PBS, 'tobat' aku sekadar buat apa yang terlintas... lagi pun aku mengajar subjek Pendiidikan Sivik dan Kewarganeragaan yang rata-rata dianggap subjek 'kasta rendah'. Subejk diberikan kepada cikgu yang 'tak tentu hala' dalam arus kecermelangan sekolah.

Untuk penuhkan jadual waktu, untuk serata pembahagian waktu setiap guru. Jangan hairan cikgu subjek ini ada ramai dan menghampiri nisbah bilangan kelas yang ada subjek ini.

Baru ini aku diminta buat satu 'kerja bodoh' mengenai PBS. Aku kena buat dua video klip pasal PBS iaitu Penjaminan Kualiti PBS dan Pembudayaan PBS.

Bila nak buat video, kena ada skrip, storyboad dll. Jadi aku kena study pasal PBS untuk menghayatinya. Macam pelakon juga yang berlakon jadi 'pelacur' kena hayati bagaimana kehidupan seorang pelacur.

Dalam menghayati ini maka banyaklah aku tak tahu 'mentang' PBS ini dan banyak pula aku buat perkara yang salah setahun lalu dalam melaksanakannya. Aku tak tahu cikgu-cikgu lain macam mana?

Pada dasar PBS lemah bukan kerana PBS itu tak cekap. Format dan falsafahnya cukup baik sebab dia bukannya baru tetapi perkara yang telah biasa dilakukan hanya di'dokumen'kan secara terperinci setiap perilaku pelajar.

Kelemahan paling ketara ialah kesediaan pihak Kementerian Pelajaran (KPM) dalam pelaksanaannya. Maklmat sebenar 'cair' dalam pejalanan ke sekolah melalui JPN dan PPD. Akhirnya membuatkan cikgu-cikgu macam teawam-awam dalam hal ini.

Kalau ditanya kepada setiap cikgu kita akan dapat jawapan yang berlaianan dan perkara yang sama juga akan dijawab jika ditanya pula pada setiap pengetua.


Gambar di atas adalah pelajar yang membantu menjayakan 'Gulai Kawah'. Apakah band nak diberikan kepada pelajar ini. Subjek mana yang terlibat??

Ringkasan Band 6 ialah Tahu, Faham dan Boleh buat dengan beradab Mithali... Adakah sampai ke sini baru dapat Band 6??


Kebolehan 'melalak' macam ini boleh dikatakan 'beradab mithali?? Macam mana pendapat cikgu lain?

Satu hal lagi, bila mula tahun ini (2013) banyak buku-buku rujukan telah menerbitkan dengan kemudahan untuk penilaian band.. akhirnya cikgu sekadar ambil apa yang pihak penerbit terbitkan, penilaian yang berbeza berasaskan latar belakang tak wujud lagi... dan sedikit sebanyak lari daripada falsafah asal PBS.

Akhir pelajar akan menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai tugasan PBS, pelajar sudah tidak lagi mempunyai masa untuk berehat/cuti macam pelajar semasa kita zaman dulu. Sekarang ada cuti terancang... Aku tak faham menantang apa "cuti terancang" itu. Kalau belajar masa cuti itu bukan cuti namanya... Sama juga kalau cuti sekolah cikgu kena bekerja.. itu bukan cuti.. Kenapa ramai menjadi 'bodoh' dalam hal ini.... dan sekolah berlumba-lumba membuat perkara bodoh ini dan berbangga pula tu... "sekolah mung tadok cuti terancang?? komang ah!!"

Budak sekarang dan jadi jumud dah tak tahu "redah" belukar atau paya cari 'ikan sekilai'. Belaga buah getah, Harungi anak sungai di kuala mencari kepah dan kerang. Tak kenal 'tijah', 'remis' dan 'etok-etok'...

Itu belum lagi aku tanya pasal cari 'cik rhu-cik rhu' di bawah rumah!!


























































4 comments:

  1. itulah realiti PBS bang...

    betul dah spt kata abg tu..pada peringkat idea dan dasar baik...tetapi kena lihat dari segi pelaksanaan PBS itu sendiri...

    Bagaimana ia nak di laksanakan...dan lagi satu beban guru untuk buat PBS tidak di kaji...bagaimana penilai nak hasilkan nilaian yang berkualiti jika masa penilai tidak berkualiti

    ReplyDelete
  2. Beban Guru mungkin boleh kurang kalau pihak sekolah tidak 'terlalu over' dalam pelaksanaannya. Dan membuatkannya secara normal dan tidak terlalu menekan.

    ReplyDelete
  3. TABIK ADMIN BLOG NI

    ReplyDelete
  4. KBSR dan KBSM dah cukup baik. Dari chalk and talk kepada Kemahiran berfikir. But PBS ni..sorrylah. Teacher hate PBS.

    ReplyDelete