Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, April 4, 2012

Tali Leher (Cara nak pakai) @ Tie

Tie hadiah masa pertunangan
Aku tak ingat secara jelas bila kali pertama aku pakai tali leher. Rasanya masa aku nak ke parlimen untuk lihat persidangan parlimen. Masa tu aku tahun satu di UTM. Aku memang tak 'reti' pakai tali leher, ada yang membantu. Kemudian aku mula pratikal latihan mengajar tahun dua untuk Diploma Sains Serta Pendidikan UTM di SM Sains Muar Johor pada tahun 1986.

Aku mula beli tali leher dan aku memilih tali leher yang halus dengan harga RM9.90 di Hanku Jaya, Jalan Tengku Abdul Rahman (dah tak ada sekarang ini... ganti dengan Maybank). Tie itu masih ada sampai sekarang aku simpan buat kenangan tapi tak pakai pasal halus nampak semacam aje!!!

Bila pratikal aku kena pakai tie jadi aku belajar cara pakai tie, tapi aku hanya boleh pakai melalui tangan (maksud bukan dileher) dan sampai sekarang aku pakai tie ditangan sahaja..

Mengajar Fizik di Kapit 1990. Tie yang dipakai adalah
tie pertama aku beli semasa latihan pratikal 1986
Sekarang di Aizek, wajib pakai tie dah 8 tahun di sini, hujan, ribut, kilat aku 'terpaksa' pakai tie hingga banyak gambar-gambar aku di FB semuanya bertie...

Aku perturunkan cara nak pakai tie untuk yang masih pakai tie berZIP!!!

Yang pakai tie berzip hanya budak tadika.. jadi belajarlah cara nak pakai tie... he he

3 comments:

  1. Hahahaha... Tak pernah pakai tie berzip... Kat sekolah pun tak jadi pengawas.. Kita budak jahat.. ngee

    ReplyDelete
  2. Dah ada tutorial cara pakai necktie ni, boleh buang yang berzip tu.

    ReplyDelete