Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Wednesday, April 25, 2012

Photoshop CS6 terlalu hebat untuk photo manipulasi

Sebelum ini saya ada menulis tentang CorelDraw X6 (Versi 16) yang baru dilancar kini Photoshop persainnya juga telah memperkenalkan Photoshop CS6 Beta (versi 13) yang sangat hebat sehingga tak sabar untuk mendapat versi sepenuhnya nanti. Saya tak tumpu kepada Adobe Illustrator yang sama-sama vektor grafik tapi saya lebih suka kepada Adobe Photoshop kerana gambungan coreldraw + photoshop membolehkan reka bentuk grafik saya menjadi lebih mantap.

Photoshop CS6 Beta menambah beberapa ciri baru yang sangat mengkagumkan dan memudahkan manipulasi kepada photoshop. Didatangkan dengan berlatar belakang hitam, seperti versi-versi terkini software lain semuanya menggunakan latar belakang hitam sebagai satu trend baru. Sebelum ini Sony Vegas, Corel PhotoPaint, Pinnacle, Cyberlink dll.


Beberapa ciri baru diperhalusi ialah blur, crop, 3D, video, Content Aware Patch, RAW, Wide Angle dll


Pada CS5 (tiada pada CS4) satu tool iaitu Content-Aware dimana boleh hilangkan objek tanpa menggunakan Spot Healing brush. Tapi yang menarik pada versi CS6 ialah bukan sahaja boleh hilang malah boleh gerakkan objek itu ketempat lain (move). Lihat contoh di atas saya alihkan kon ke hadapan sedikit menggunakan fungsi ini.



CS6 telah memperbaiki fungsi blur dengan menambahkan beberapa kemudahan lain pada menu ini ialah Field, Iris dan Tilt-Shift blur yang mana fungsi ini saya sudah melihat pada Corel PaintShop Pro X4 dan rasanya jika ada pada Photoshop saya tak perlulah install Corel PainShop Pro.


Crop juga mempunyai menu yang menarik dan flaksibel.


Untuk versi  Extended satu fungsi untuk 3D diperkenalkan.

Pada versi sebelum ini kita boleh animasi picture (gif) menggunakan menu Animation. Tapi pada versi CS6 ini menu ini dinamakan sebagai Timeline dengan menambah fungsinya untuk buat video. Jadi kita tak perlu lagi Adobe Premier untuk buat video 'simple'... just guna sahaja Photoshop CS6 yang telah di'built-in' Premier..

Banyak lagi 'menda' menarik, kena download sekarang untuk versi portable!!










No comments:

Post a Comment