Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Thursday, April 5, 2012

Dropbox aku dah 17.75GB

Sebelum ini aku ada menulis pasal Dropbox pada artikel "Dropbox free service untuk penyimpanan dan pengkongsian data". Rasanya baik engkau orang baca barulah faham.

Nak kata bagus taklah bagus sangat tapi banyak juga manafaatnya. Sekarang ni aku guna dropbox untuk berkongsi majalah, e-book dan bahan bacaan dengan kekawan menggunakan satu folder dinamakan ICT. Kebanyakkan bahannya dalam format pdf. Misalnya majalah PC, Mastika, Solusi, Harakah dll

Aku ada folder AIZEK untuk aku kongsi dengan rakan-rakan di IZ untuk buat kerja sekolah. Ini memudahkan. Misalnya sekarang ini kami di minta buat power point untuk SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan) jadi semuanya aku "sumbat" dalam folder aizek. Ada juga kerja peperiksaan aku namakan dengan PERIKSA. Yang ini untuk mereka nak analisis peperiksaan dalam di IZ.

Aku juga buat folder FAILKERJA untuk aku kongsi dengan aku sendiri. Bila aku ada di sekolah aku guna PC sekolah aku buat kerja dan aku simpan dalam folder itu. Jika aku balik rumah aku buka PC aku di rumah, secara automatik fail di sekolah tadi akan masuk dalam folder FAILKERJA di PC rumah aku untuk aku sambung kerja. Aku tak rungsing kalau tertinggal notebook di sekolah. Jadi tak macam dulu aku ke sekolah untuk ambil notebook.

Sebab itu jangan hairan kalau ada cikgu-cikgu lihat notebook aku selalu tak tertutup tertinggal di meja aku di sekolah.....

Pendriver dah rasa tak perlu sangat...

Aku juga ada fail-fail crack, patch atau keygen yang aku simpan pada folder tertentu untuk memudahkan aku men'jahanam'kan software original.. (amaran jangan tiru aksi ini, pasal anda terpaksa meniti di titian nanti dengan beban yang besar...)


Aku tak tahu maksimum sampai berapa?

Aku dapat space free sekarang ialah 17.75GB besar juga. Dropbox akan bagi percuma sebanyak 2GB untuk permulaan. Jika anda invate ramai kekewan anda akan dapat 500MB seorang dan boleh capai sehingga 16MB maksimum. Kalau nak besar lagi ambillah versi Pro dengan 50GB hanya $9.90 sahaja (tukar duit Malaysia aku tak tahu)
Kalau anda nak cuba Dropbox anda boleh 'folo' link ini...
http://db.tt/KtPZSdt

Saya akan kongsi folder ICT dengan mana-mana kawan rapat sahaja. Semuanya adalah bahan ICT, buku, majalah, kitab, akhbar, key installer dll.

No comments:

Post a Comment