Sepintas lalu, seungkap catatan..


Coretan ini adalah coretan terbuka, tanpa sebarang selindung dan telus. Sesiapa sahaja boleh memberikan komen pada artikel dan cbox..
Anda berhak menyatakan sesuatu sebagai pembaca yang mempunyai pandangan dan pendapat..

Ooi Ya, jangan lupa bagi makan ikan di kolam, jika anda masuk ke blog ini.
Untuk makluman pelawat blog ini, semua artikel berkenaan IT telah di pindahkan ke blog ZulbmMohd. Oleh sila ke sana untuk artikel IT...

Tuesday, June 19, 2012

Kerapu Stim 5 Minit...


Biasanya kalau kita makan makanan stim di kedai kita mungkin membelanjakan banyak wang. Kita juga beranggapan sukar untuk menyediakannya sendiri. Hari ini aku nak bongkar bertanpa mudahnya masak stim, ya tak lebih daripada 10 minit dengan bahan rempah yang paling minimum.

Mungkin ada yang kurang percaya, tapi semuanya terbukti jika kita tahu rashsianya.



Langkah pertama pergilah ke pantai, sekitar pukul 4.00 petang ke atas kerana pada masa ini biasanya nelayan  baru pulang daripada menangkap ikan. (tapi jangan lupa yang menjual di pantai Teluk Lipat ini sebenarnya mengambil ikan daripada Merchang, Kemaman atau Kuantan)

Beli ikan yang segar dan minta di 'siang'kan untuk anda sebab mudah, sebaik sahaja pulang nanti anda yang sekadar membasuh dan potong mana yang lebihan sahaja. Tapi aku biarkan sahaja (lihat dalam gambar sirip masih nampak... he he). 


Kemudian sediakan barang seperti halia, bawang merah, bawang putih (tak ada dalam gambar), cili padi dan daun limau purut untuk aroma. Jangan lupa garam digaulkan sedikit dengan ikan tadi untuk rasa yang lebih enak.


Masukkan kedalam periuk stim (periuk ini aku beli di Giant berharga RM49.90 saiznya kecil iaitu 20L dan ikan terpaksa dipotong) dan aku menggunakan dapur 'steamboat' yang aku beli di Mydin Kuala Terengganu. Aku ada menulis pasal masak steamboat dan boleh baca di sini - klik -


Lapikkan aluminium fosil sebagai bekas. Tujuannya mudah dan jimat ruang kerana periuk kecil sukar menggunakan bekas tahan panas terutama daripada kaca.


Masukkan semua sekali bahan tadi ke dalam aluminium fosil berkenaan dan pastikan aluminium itu boleh menangkung kuah hasil daripada stim dan wap air masakan.


Jika setkan (hot pot) suhu 1600 anda akan dapati ikan ini masak sekitar 5 minit sahaja. Sudah cukup ikan segar tak perlu masak lama kerana boleh hilang zat dan rasa manisnya....


Jika nak masak sotong pun boleh... tapi seelokknya jangan campurkan ikan dan sotong kerana makanan laut ada rasa tersendiri setiap satu.

Bayangkan tak sampai 10 minit anda boleh makan makanan yang sihat dan menyediakan dalam masa yang singkat tanpa pembaziran...

Makanan yang aku makan 'simple' tapi berselera dengan khasiat yang baik... bersyukur kehadrat Illahi atas semua nikmat yang diberikan..

5 comments:

  1. cikgu , saya suka baca blog ni , disebabkan saya tertarik dengan blog cikgu , saya ada impian nak buad satu blog , akhirnya > http://syok-blogger.blogspot.com terbina . tapi bila say nk komen kt blog cikgu , selalu kne refresh page , sy minx cikgu buat komen pop up , mudah , terima kasih .

    ReplyDelete
  2. Buad, = buat?
    Ejaan lintang pukang... Nak buat blog sendiri?

    ReplyDelete
  3. Bertanpa? = ish ish ish... Cikgu oh cikgu...

    ReplyDelete
  4. knape cikgu marah2? itu hanya teguran tuk penambah baikan,survey:)

    ReplyDelete