Lama aku tak masak, tapi bila ada periuk tekanan (Pressure Cooker) aku mula rajin. Dulu semasa ada periuk tekanan menggunakan dapur gas, aku tak sentuh pun... Tapi yang guna elektrik aku banyak sentuh daripada isteri aku...
Ramai yang beli periuk tekanan tapi malangnya tak guna dan disimpan buat perhiasan. Ada yang beli tapi tak tahu nak guna dengan betul. Ini biasa perempuan... ada duit banyak kalau tak membeli tak seronok!! Apa tak lagi semenjak ada whatsapp yang groups dah jadi pasar raya dan jualan langsung. Aku kalau jadi admin group jika ada iklan jualan terus aku 'ban' tanpa amaran... padam muka!!